Mesin Kuda

Mesin Kuda

Sabtu lalu berborak ngan member, berborak tentang isu lama. Mesin kuda. Satu aktiviti perjudian haram yang popular tahun 2000 rasanya dan telah merosakkan ramai insan akan kegilaannya. Rasanya semua dah paham apa tu mesin kuda. Dulu coin yg digunakan ialah duit RM1, sekarang dah tak pakai. Masukkan duit tu dalam slot dan automik ada gambar kat mesin slot tu kuda berlari. Komputer slot tu yg generate, tugas kau hanya menjerit lihat kuda tu lari dgn harapan kau menang.Gilanya mesin ini kadang2 dgn modal RM1, blh dpt RM200 ke atas.

Kalau kau letak 4 coin, fuhh!! hang kali dgn 4. Paling kecil RM1. Dulu bersepah bende ni, kat tempat snooker, konpem ada. Malah ada kedai yg khas main bende. Ia nama ajer mesin kuda..tapi ada juga gambar itik, kambing dan mcm2 binatang lagi. Aku tak main, cuma temankan kawan2 main. Suka2. Tapi pengaruhnya amat dahsyat, pernah terjadi depan mata aku, aku lihat mamat ni siap bawa anak bini dia semata2 nak main bende ni. Kenapa aku tak main, logiknya ialah kalau semua orang menang, tokey tu pasti bangkrap. Pada masa tu, ramai yg hilang kerja, bercerai berai kerana gilakan mesin kuda ni. Satu malam kalau kau pemain tegar boleh habis ribuan ringgit. Nasib baik pihak polis dah ambil tindakan cepat.

Pada awal 2002, permainan ni dah tiada berleluasa lagi. Moralnya, jgn berjudi. Apa jua aktiviti hang buat yg berteras judi, tiada yg baiknya.
Aku dan kawan2 ketawa bila pikirkan kebodohan kami  dulu nak tengok apa tu mesin kuda. Nasib baik tak terpengaruh. Satu lagi nasihat, jgn ler nak try-try bende yg salah ni, kalau tak terjebak tak per. Kalau dah terjebak, lu pikirlah sendiri..

Catat Ulasan

0 Ulasan