Buat khemah yang gagal

Buat khemah yang gagal

Pada 11.12.2010 kilang aku ada buat Family Day. Sekarang ni musim  hujan, so aku plan nak dirikan satu khemah untuk keluarga yang bawa  anak-anak mereka jika hujan. Sediakan payung sebelum hujan...

Pada hari tu aku pun dirikan khemah. Untuk pengetahuan khemah aku ni  jenis manual, kena pakai tali yang banyak. Kehemah tu aku rembat masa  jadi pengakap dulu. Ini cerita belas tahun jugak lerr.
Aku nak uji skill lama yang dah lama terkubur. Dulu dalam masa 10 minit  aku berjaya dirikan khemah untuk 6 orang. Masa muda-muda dulu.

So, pagi tu aku datang aku cari spot baik-baik nak dirikan khemah. Aku  ajak members aku tolong daripada dia melayut termenung tengok aku . Mula-mula buka khemah ajer, khemah aku terbang sebab angin kuat sangat.  Aku dah tahu dah ni, aku mesti hadapi masalah selepas ni. Gunakan batu ajer khemah tak terbang, lepas tu ikat tepi-tepi khemah tu  gunakan kayu yang telah di carik kecik-kecuk. Macam paku ler....

Nak jadikan cerita terbuka lak kayu yang dipancang kat khemah tu,  terbang lagi!!! So, untuk menyedapkan cerita. Datang seorang lagi bantu.  So ada 3 orang lerrr. Setiap seorang amik sudut khemah tersebut dan pancang kayu.
Step kedua, kena ikat pancang kayu untuk dirikan khemah tersebut. Tak cukup lak. Kurang pancang untuk khemag belakang. lalu tarik tali dan sangkutkan kat pokok. Masa tu jugak salah satu kayu yang dikat kat
khemah tercabut. Betul kan balik.
Lepas pasang pancang dan sudut khemah dengan kayu. Tiba masa untuk  pasang tali rapia kat bahagian lain , supaya nempak macam khemah ler. Akhirnya, khemah pun siap tapi senget benget ler...Aku rasa aku dah tak  der skill. Bini aku kata buang ajer khemah tu..beli yang moden punya.
Aku diam ajer. Hati tengah panas tengok khemah pelarian aku ini. Sampai habis , seorang pun tak tidur kat dalam .Aku nak ajak pun segan...hehehehe. Anak aku ada ler lepak kejap, tu pun terlambakkan air
kat dalam khemah ...Tension....hemmmm

Catat Ulasan

0 Ulasan