Outing model di Mini Malaysia - bini jeles

Outing model di Mini Malaysia - bini jeles


Miss Puji

Miss Ulia
Pada 12.12.2010 aku ada buat planning outing kat Mini Malaysia. Plan  macam ramai orang nak pergi tapi tup-tup aku ngan member aku ajer yang  ada. Model lak 2 orang...hehehehehe. Aku tak kisah sangat sebab ni  projek pertama kami berdua so mahu tak mahu kena teruskan. Lagipun aku
nak ambil kesempatan ambil gambar Mini Malaysia untuk website Melaka  Photo aku...

Bermulalah projek kami berdua dengan 2 orang model ambil gambar. Start  kat Taman Asean dulu... Model-model ni budak kerja kilang aku, sajer jer  nak belajar ambil gambar model ni.
Permulaan ambil gambar aku rasa macam OK tapi ada ketika idea hilang.  Pehh!!! ambil gambar semua tak kena. Member aku emm...klik san klik sini.
Petang tu dah habis....

Malam tu bini aku call, apa macam dah setel ambil gambar model. Aku kata  OK. Berapa orang yang ambil gambar. Aku kata 2 orang ajer dengan 2  model. .. Tapi aku tahu bini aku punya perangai. Mesti tengah jeles punya...kekekeke. Sebab tu ambil gambar semua tak kena....!!!!
Pagi tadi nak pi kerja di kata jangan lupa letak gambar kat FB, nak tengok!! Aku kata OK. Masa tengah lintas jalan nak masuk kilang aku kata  jeles nampak...Bini aku pandang aku dengan mencemekkan muka.

Ini semua member-members aku punya pasal ler. Kalau ramai datang seperti yang  dijanjikan, memang bini aku tak jeles punya.My wife very sporting.. Ini  berdua dengan model lak... Haii!! Kalau aku pun jeles jugak. Kacau  betul!!! Nak marah serba salah kerana alasan ambil gambar tapi nak marah
pun boleh sebab kameraman berdua ajer... Kecian bini aku..marah dalam  senyap...kekekeke.

Lain kali aku tak nak buat macam tu lagi.....I know I'm wrong. Next time  must do preparation!!!! Aku rasa aku dengan member aku boleh buat anjuran outing photo melalui pengalaman pertama kami buat benda ini. Nak tengok komen gambar kat FB, kalau komen OK aku rasa kalau dianjurkan lagi mesti ada sambutan...
It nice and with new model but very profesional.
Thanks to our model Miss Ulia and Miss Puji.
Thanks to Mr. Thin for all your equipment and full support.

Catat Ulasan

0 Ulasan