RON 95 Mudah Meletup Bila Kemalangan ?

RON 95 Mudah Meletup Bila Kemalangan ?

Cebisan petikan tentang RON 95

Subject:  RON 95 Mudah Meletup Bila Kemalangan ?


Akhir-akhir ini banyak betul berita kereta terbakar apabila berlaku kemalangan. Kadang-kadang kemalangan yang kecil dan kereta yang baru dan tidak diubahsuai pun terbakar.

Adakah petrol RON 95 yang mula diperkenalkan di Malaysia pada Mei 2009 adalah salah satu punca kenapa kereta mudah terbakar bila kemalangan ?

Diharapkan ada kajian menyeluruh dilakukan terhadap fenomena yang berlaku ini.

Ikuti komen-komen berkaitan RON 95 dan berita kereta terbakar apabila kemalangan pada pautan berikut

http://waghih. blogspot. com/2010/ 04/ron-95- mudah-meletup- bila-kemalangan. html
Kenapa RON 95 Mudah Meletup ?
Assalamualaikum,

Minyak kenderan yang kita gunakan seharian diklasifikasikan sebagai RON (Reaserch Octane Number) yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95, 97 dan banyak lagi. Minyak kenderaan ini dihasilkan daripada campuran iso-octane, toluene dan benzene (benzena).

Pernomboran RON menunjukkan semakin tinggi nilai RON semakin banyak jumlah iso-octane yang terdapat di dalam minyak RON berkenaan. Ini bermakna, RON 97 lebih baik daripada RON 95 kerana RON 97 mempunyai kandungan octane lebih banyak daripada RON 95.

RON 95


Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.

RON 95 Malaysia pada amatan saya berbeza dengan RON 95 yang digunakan di negara Australia dan Eropah. Sebagai seorang ahli kimia, saya sangat biasa dengan bahan-bahan kimia. Pada amatan saya (maaf jika saya silap) RON 95 di Malaysia mengandungi kandungan benzena yang banyak.

Ini kerana semasa saya mengisi minyak RON 95, bau minyak tersebut lebih banyak berbau benzena. (saya biasa dengan bau benzena).... Jadi saya menjangkakan bahawa kandungan RON 95 Malaysia mempunyai benzena yang tinggi.

Benzena mudah terbakar


Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.

Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.

Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.

Itulah hipotesis yang dapat saya lakukan...(jika tersilap saya mohon maaf kerana saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan)

Sekadar berkongsi... Wallahualam



MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri
Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri


SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt=0418&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_07.htm&arc=hive
Dua pemandu maut, 2 parah
ALOR GAJAH 17 April – Dua terbunuh termasuk seorang daripadanya rentung manakala dua lagi parah apabila dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Jalan Solok Duku-Tanjung Bidara di sini hari ini.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, seorang bayi perempuan berusia 10 bulan anak pasangan yang terlibat dalam kemalangan tersebut terselamat.
Mangsa terbunuh ialah pemandu kereta Proton Saga, Che Ku Mohd. Hakimi Chik Wan, 33, yang rentung setelah kenderaan tersebut terbakar.
Selain itu, turut maut, pemandu sebuah lagi kereta, Perodua Viva, Syed Al Amin Abdul Jalil, 25.
Isteri Syed Al Amin, Rohana Hassan, 23, yang duduk di sisi mangsa serta seorang kenalan pasangan itu, dikenali sebagai Jaidal Ibrahim cedera parah manakala bayi mereka, Siti Syaria Waldina Abdullah tidak mengalami sebarang kecederaan.
Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahman Jid berkata, kejadian berlaku ketika Che Ku Mohd. Hakimi sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Tanjung Bidara dari pasar Masjid Tanah.
Katanya, Syed Al Amin pula datang dari arah Port Dickson, Negeri Sembilan dan menuju ke rumahnya di Sungai Udang.
“Namun semasa tiba di tempat kejadian, Proton Saga dipandu Che Ku Mohd. Hakimi dipercayai terbabas dan memasuki ke lorong bertentangan sebelum bertembung Perodua Viva dipandu Syed Al Amin.
“Rempuhan kuat itu mengakibatkan Che Ku Mohd. Hakimi pengsan dan rentung apabila keretanya terbakar manakala Syed Al Amin juga mati kerana tersepit,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, ketiga-tiga mangsa yang terselamat dihantar ke Hospital Kem Terendak untuk rawatan manakala mayat kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Katanya, Rohana bagaimanapun dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, Che Ku Mohd. Hakimi meninggalkan seorang balu, Norashikin Abdul Wahid, 31, dan dua anak lelaki, Che Ku Wafiq Shami, 3, dan Che Ku Syafi, 10 bulan.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_40.htm
Wanita hamil nyaris maut kereta terbakar

KUANTAN 15 Dis. - Seorang wanita hamil nyaris maut apabila kereta yang sedang diisi minyak oleh suaminya disambar api di sebuah stesen di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, Noraini A. Malik, 26, yang mengandung empat bulan, melecur di tangan kiri, kaki kiri dan terbakar sebahagian rambutnya apabila api secara tiba-tiba menyambar kereta Perodua Myvi yang dinaikinya di stesen tersebut.
Ketika kejadian, mangsa berada di tempat duduk hadapan sebelah pemandu ketika suaminya sedang mengisi minyak. - Utusan
http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive
Pemandu Toyota Harrier rentung dalam nahas
SEREMBAN 21 Mac - Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 279.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam ini.
Jurucakap polis memberitahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.23 malam ini sewaktu lelaki tersebut yang sedang menuju ke arah selatan dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan di bahagian kiri.
"Kenderaan jenis Toyota Harrier itu kemudiannya terbalik beberapa kali sebelum terjatuh dan terbakar di dalam gaung berdekatan.
"Keadaan itu mengakibatkan mangsa terperangkap dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di sini malam ini.
Dua jentera bomba bersama 10 anggota dari Mantin dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai
Mereka mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang rentung dari dalam kenderaan berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu menjelaskan, punca insiden berkenaan masih lagi disiasat.
Abd. Halil berkata, sehingga kini maklumat mengenai identiti mangsa yang dipercayai keturunan Cina tersebut masih belum diperolehi.
Tambahnya, mayat mangsa yang hangus terbakar itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.
"Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya dapat menyalurkannya bagi membolehkan siasatan lanjut," kata beliau.
http://www.panducer mat.org.my/ Tiga-nyaris- maut-kereta- terbakar- dalam-kemalangan .html
Tiga nyaris maut kereta terbakar dalam kemalangan
BUTTERWORTH 10 Jan. - Tiga nyaris maut apabila terperangkap dalam kereta yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Permatang Pauh dekat Ampang Jajar di sini semalam.
Kemalangan kira-kira pukul 5 petang itu melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan van pekerja yang bertembung berhampiran persimpangan susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan.
Pemandu van tersebut, N. Mathavan , 33, berkata, dia panik apabila orang ramai menjerit-jerit memintanya keluar dari kenderaan selepas melihat api mula keluar dari bawah van yang dipandunya.
Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang bertugas menghantar seorang pekerja sebuah kilang berhampiran yang tinggal di Perai dekat sini.
''Ketika kejadian, saya lihat kereta (Proton Wira) juga terbakar. Saya menjadi lebih panik melihat pekerja yang saya hantar tidak memberi reaksi bila dipanggil.
''Saya cuba angkat kaki tapi terasa sangat kebas dan hanya mampu mengerang kesakitan. Mujur ada (orang awam) yang tampil membawa kami keluar,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Mathavan berkata, dia tidak dapat mengelak kereta Proton Wira yang datang dari arah bertentangan memandangkan laluan tersebut agak sibuk ketika kejadian.
Sementara itu, jurucakap bomba memberitahu, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.15 dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
''Ketika tiba di tempat kejadian, semua mangsa termasuk penumpang van yang pengsan sudah dikeluarkan dari kenderaan masing-masing dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan,'' katanya.
http://mstar. com.my/berita/ jenayah/cerita. asp?file= /2010/2/7/ mstar_jenayah/ 20100207180722&sec=mstar_jenayah

Lelaki Rentung Kereta Terbakar Dalam Kemalangan
KUANTAN: Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar selepas merempuh sebuah kereta lain di Kilometer 139.9 Jalan Kuantan-Seremban dekat Rompin, semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata ketika kejadian, mangsa Mohd Amirudin Abd Rahman, 31, dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Seremban kira-kira 7.50 malam.
Beliau berkata mangsa gagal mengawal kereta jenis Mazda sebelum dia bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira yang datang dari arah bertentangan.
"Pertembungan itu dipercayai menyebabkan kereta yang dipandu mangsa meletup dan terbakar dan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri itu kemudiannya ditemui dalam keadaan rentung," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya mayat mangsa kemudian dibawa Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat sementara pemandu kereta Proton Wira yang berusia 22 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di hospital sama.
Kes tersebut, katanya akan disiasat di bawah Seksyan 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah Rompin di talian 09-4145222 untuk membantu siasatan. BERNAMA

http://www.panducer mat.org.my/ news-Jabatan- Kimia-siasat- punca-kereta- peronda-terbakar .html
Jabatan Kimia siasat punca kereta peronda terbakar
KUALA LUMPUR 21 Mei – Kereta peronda Proton Waja yang terbakar dalam satu kemalangan selepas bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) malam kelmarin telah dihantar ke Jabatan Kimia.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Shafien Mamat berkata, siasatan oleh Jabatan Kimia membolehkan polis mengetahui secara terperinci punca kebakaran kenderaan itu.
‘‘Sehingga kini, polis belum dapat mengenalpasti bagaimana kereta peronda itu terbakar,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada masa yang sama katanya, polis sedang mengesan pemandu kenderaan jenis Rexton yang terlibat dalam kemalangan itu.
‘‘Diharap pemandu kereta tersebut tampil membuat laporan polis secepat mungkin,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai poli berhampiran bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam Sabtu lepas, kereta peronda itu sedang dalam perjalanan membawa dua suspek yang didakwa mencuri di Pasaraya Carrefour menuju ke Balai Polis Sri Petaling.
Bagaimanapun, kereta peronda itu telah terbabit dalam kemalangan dan terbabas sebelum terbakar setibanya di susur keluar ke Taman OUG, Lebuh Raya Kesas.
Pihak bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian mengambil masa 15 minit untuk memadamkan kebakaran.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt=0226&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm&arc=hive
Lelaki rentung kereta yang dipandunya terbakar
IPOH 26 Feb. - Seorang lelaki yang memandu sendirian rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar di Kilometer 19, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands , dekat Pos Slim di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mangsa dikenali sebagai Balwinder Singh, 48, ditemui terbaring di luar keretanya dipercayai cuba menyelamatkan diri kira-kira pukul 7.45 pagi tadi.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.
Azisman berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke sini apabila kereta jenis Mercedez Benz yang dipandu sendiri tiba-tiba terbakar.
Ketika kejadian mangsa dipercayai terperangkap dalam kereta yang turut musnah dalam kebakaran itu.
Tiada sebarang pengenalan diri ditemui di tempat kejadian dan polis sedang mengesan waris mangsa.
Siasatan awal polis mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah kerana tiada kecederaan pada badan mangsa.
Polis mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut. - Bernama

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt=1019&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm&arc=hive
Pelakon rentung dalam kemalangan maut semalam
KOTA BHARU 19 Okt. - Salah seorang mangsa yang rentung dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu - Kuala Krai di Kampung Bunut Payung di sini semalam adalah pelakon filem Black Maria, Wan Noor Diana Mohd Kamarulzaman, 22.

Pelakon yang lebih mesra dikenali sebagai Dayana Kamal itu turut membintangi beberapa drama televisyen seperti Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku dan Ayah Kami.
Dalam kejadian pukul 4.15 pagi semalam, Dayana bersama dua lagi rakannya rentung selepas kereta Proton Persona dinaiki terbabas lalu merempuh tembok jambatan di jalan itu. - Utusan
http://angkasanuri. blogspot. com/2009/ 12/adun-tioman- pahang-kemalanga n.html
ADUN TIOMAN PAHANG KEMALANGAN

Rakan saya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain, 36, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Batu 16, Jalan Pekan-Rompin, dekat Pekan, semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam tadi.

Saya difahamkan sejurus beliau sekeluarga keluar dari kenderaan yang terbabas, kenderaan berkenaan terbakar dan meletup sebanyak lima kali.

Isterinya, Zurina Yosof, 34, dan empat anaknya, Mohd Jibrail,9, Amirah Balqis,7, Mohd Mikail,6, dan Mohd Atid sembilan bulan serta anak saudaranya, Mohd Harun Hamili, lapan tahun turut cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam ketika mereka dalam perjalanan dari Pekan menuju ke Rompin selepas pulang ke kampung isterinya di Kelantan.

"Mohd Johari yang sedang memandu kenderaan itu terlelap menyebabkan kenderaan jenis Toyota Fortuner itu terbabas dan terbalik sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam satu majlis kenduri baru-baru ini saya bersembang panjang dengan beliau tentang senario politik semasa di Rompin khususnya di Dun Tioman walaupun kami dari parti politik yang berbeza. Saya mendoakan semoga beliau sekeluarga cepat sembuh dan dipermudahkan Allah SWT. Semoga apa berlaku menjadi muhasabah dan diambil sebagai peringatan dari Allah SWT.


Posted by angkasanuri



http://mtdchenderoh .blogspot. com/2009/ 10/lagi-kereta- terbakar- mungkinkah- kerana.html

LAGI KERETA TERBAKAR. MUNGKINKAH KERANA RON95?


Kejadian berlaku kira- kira jam 7.30 pagi saya terserempak dengan kebakaran yang berlaku ke atas sebuah kereta di Sauk, jalan Kuala Kangsar- Lenggong berhampiran dengan kuari.

Ketika itu saya dalam perjalanan ke tempat kerja.

Al- Hamdulillah, pemandu dan penumpang selamat. Kereta yang dipandu oleh Salleh dalam perjalanan menghantar anaknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong, Kati.

Beliau hanya menyedari kebakaran berlaku apabila diberi isyarat oleh pemandu kereta di belakangnya. Api dikatakan bermula dari bahagian sisi belakang keretanya.

Beliau yang tinggal di Kampung Changkat Pinang , Sauk bekerja sebagai penjaja "Apum Balik" di pasar- pasar malam sekitar Kuala Kangsar.

Beliau bersama anak perempuannya berjaya menyelamatkan diri hanya mampu memerhatikan keretanya hangus dijilat api bersama orang ramai.

Pasukan Bomba sampai ke tempat kejadian sekitar jam 7.40 pagi.

Kejadian yang sama berlaku di Kg. Raban, jalan yang sama pada hari ahad sebelumnya juga melibatkan kebakaran sebuah van produa rusa apabila berlanggar dengan sebuah kereta Mercedez Benz menyebabkan pemandu van berkenaan mati terbakar di tempat kejadian.

Beberapa hari sebelum itu, akhbar tempatan melaporkan kebakaran kereta akibat kemalangan di Kelantan yang mengorbankan seorang selebriti tempatan.

Kadang- kadang saya terfikir, mungkinkah kekerapan kebakaran kenderaan akibat kemalangan disebabkan penggunaan petrol Ron95 yang digunakan secara meluas di negara kita pada masa kini?

Mari kita kaji... dan fikir- fikirkan...

Posted by MTD Chenderoh

http://www.malaysia kini.com/ news/104113

Catat Ulasan

0 Ulasan