Lawak Hari Sabtu

Lawak Hari Sabtu

Tiap-tiap entri pasal sesuatu yang serius...bosan gak..
Jom kita baca dialog lawak yang aku terjumpa dalam simpanan bekas kotak e-mail aku yang dulu-dulu.

CERITA
1
Orang Asli Dan Polis
orang asli :
selamat pagi tuan
polis :
selamat pagi
polis :
apa hal
orang asli :
saya nak buat repot tuan
polis :
fasal apa tu
orang asli :
kawan saya di baham harimau
polis :
pukul berapa
orang asli :
dia tak pukul, terkam
polis :
habis?
orang asli :
tak habis, tinggal kepala

 
CERITA2

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya:

” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca
macam orang lain?”

“Dah tentu, ” jawab doktor.

“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan
riang.

 
CERITA3

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan
terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin :
Saya datang untuk ujian darah.
Shan :
Awak takut ke?
Amin :
Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin :
Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan :
Saya datang untuk ujian air kencing…

Catat Ulasan

1 Ulasan

AININ SURAYA berkata…
hahai lawakk!! . si lurus + si buta huruf + si sengal =="