Politik dan kepimpinan

Politik dan kepimpinan

Sudah begitu lama aku tak berbicara tentang politik? Mungkin kerana akumsudah bosan melihat kekalutan politik Malaysia pada masa kini. Atau sudah hilang kepercayaan akan erti politik itu sendiri yang semakin hilang. Politik hari ini pada pandangan aku semuanya tentang perjuangan kendiri? Bukannya tentang unsur-unsur kejujuran, nilai murni dan kesaksamaan.

Cuba lihat apa yang tinggal sisa politik Malaysia. Kekuatan masyarakat majmuk mula terhakis. Bangsa yang berlainan kaum mula sangsi antara satu sama lain. Ketuanan melayu sudah mula dipersoalkan secara terbuka. Mana perginya kontrak sosial yang dimeterei. Rakyat pula semakin perit kehidupannya malahan ada yang diperbodohkan untuk kepentingan politik.

Kekuatan politik bukan lagi diukur dari segi maruah dan pendirian tapi diukur mengikut isu semasa atau isu popular. Jika tidak ahli politik akan terlingkup kariernya. Politik kini adalah karier, rakyat jatuh tempat di bawah sekali. Manakala wang dan kuasa agenda utama, politik merupakan lubuk wang jika anda pandai menggunakannya. Tanya pada rakyat, ahli politik mana yang paling bersih. Rakyat pun susah nak jawab!!

Kerana mentaliti rakyat sudah terpahat, jika anda ahli politik mesti makan rasuah. Politik juga telah mempermainkan isu keagamaan. Agama kini menjadi mainan politik. PAS masih kalut dengan hukum hududnya. BN pula memejam mata bila berulang-ulang kali isu agama dipermainkan. Semua sudah lupa peristiwa pahit yang berlaku di Malaysia dahulu yang melarang rakyat Malaysia membincangkan dua perkara iaitu hal agama dan bangsa semua kaum. Tapi skrg amat mudah diperdebatkan.

Dulu apa yang aku belajar ibu segala ilmu adalah politik. Kini politik bagi aku adalah lakonan. Aku dah muak dgn politik Malaysia. Semuanya pelakon2 terkenal dari DAP, PAS, PKR, UMNO, MIC, MCA, GERAKAN dan lain-lain. Aku namakan mereka pelakon kelas elit!!

Tapi yang pasti rakyat semakin tersepit. Inilah politik dan kepimpinan Malaysia pada masa kini. Aku masih menanti pemimpin karamastik yang boleh memimpin kita, bukan pemimpin daun lalang.. Aku tahu pandangan aku tidak akan dipersetujui segelintir org namun ini pandangan peribadi aku.
http://hanifidrus.blogspot.com/2011/10/puisi-rayu-cinta.html

Catat Ulasan

0 Ulasan