Melaram Gambar Kereta Curi di Facebook

Melaram Gambar Kereta Curi di Facebook

Dua pencuri dipenjarakan selepas memuat naik gambar mereka dalam Facebook bersama kereta yang dikebas.

Damon Keegan, 20, dan Aaron Wilhelm, 18, melakukan beberapa kecurian dengan mensasarkan kenderaan mewah di bandar raya Manchester.

Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar apabila gambar yang menjadi bukti jenayah dilakukan mereka dan maklumat yang mengaitkan mereka dengan kecurian itu ditemui polis.


Pasangan itu ditahan Krismas tahun lalu selepas dikaitkan dengan tapak kaki yang ditinggalkan di permukaan bersalji dalam satu kejadian pecah rumah.

Namun ketika diikat jamin, mereka masih melakukan jenayah, mengambil gambar kereta yang dicuri oleh mereka.
Polis mendapat maklumat selepas mangsa kecurian menunjukkan mereka mengenai laman Facebook Wilhelm.

Catat Ulasan

0 Ulasan