Penyokong Indonesia Maut Saksikan Perlawanan Malaysia Dan Indonesia

Penyokong Indonesia Maut Saksikan Perlawanan Malaysia Dan Indonesia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedih apabila dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya sedih atas kejadian itu dan kesal dengan tindakan segelintir penyokong yang bertindak ganas sekali gus mencemarkan sukan berkenaan.

Polis Indonesia berkata, dua penyokong bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir itu manakala sebahagian lagi penyokong dikejarkan ke hospital termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma.

Catat Ulasan

5 Ulasan

cik asam jeruk berkata…
Innalillah. takziah. tak tau nak ckp ape
Unknown berkata…
harap mreka x pa2.
Khair berkata…
innalillah...salam takziah...
Tanpa Nama berkata…
takziah..
hope budak koma tuh bukan budak yang ada tunjuk masa last game hari tuh.yang duk atas besi part atas sekali.duk canggung.daif n berselipar buruk je.bajunya lusuh.hope bukan dia..kesian sangat masa kami semua tengok kat tv time tuh
nia berkata…
bahaya jugak tengok bola ni ya. hurmm..berasak2 boleh membawa maut. lemas.