Tom Cruise Umur 50 Tahun

Tom Cruise Umur 50 Tahun

Aktor Tom Cruise memberitahu filem terbarunya, Mission Impossible 4 tidak lagi menjadikan misinya mustahil kerana usianya yang hampir mencecah 50 tahun.

Pelakon Top Gun yang akan memasuki angka 50 pada Julai 2012 nanti berkata, biarpun mencapai usia itu, dia tidak berhasrat untuk mengurangkan lagak aksinya untuk filem-filem yang akan datang.
“Saya gembira mencapai usia ini dan rasa bertuah dapat berlakon watak aksi dan melakukan apa yang saya gemar. Pastinya, usia 50 tahun tidak akan memberi kesan apa pun kepada saya,” katanya.

Menurut satu sumber terdekat pelakon ini, Cruise berhasrat mengadakan parti di seluruh dunia bagi meraikan hari jadinya yang ke-50 nanti.

“Saya tidak sabar untuk mencapai usia 50 pada 3 Julai tahun depan dan rasanya kami akan mengadakan parti yang besar di setiap negara untuk meraikannya,” katanya.

Catat Ulasan

2 Ulasan

dah tua rupanya tom cruise nie yea...
fuh 50 tahun? nampak muda lagi