Artis 80an Berhutang Along

Artis 80an Berhutang Along



Hasratnya mengembangkan kerjaya seni diceburi lebih 30 tahun lalu, bertukar mimpi ngeri apabila bukan saja album diharapkan tidak menjadi, malah berdepan hutang ceti haram.
Itulah dilema dihadapi penyanyi era 80-an, Dzulkifli Jalil atau lebih dikenali sebagai Jack Dzull selepas diperdaya kenalan mendakwa dapat memasarkan album terbarunya, Rahsiaku diterbitkan pada 2009, namun membawa kepada masalah kewangan sehingga dijerat along.

Katanya, individu berkenaan dikenalinya ketika sibuk membuat persiapan album terbabit dan menawarkan khidmat susunan lagu, rangka promosi termasuk rekaan kulit album mengandungi enam buah lagu ciptaannya sendiri itu.

“Selepas menyerahkan RM12,000 untuk kerja berkaitan termasuk menerbitkan album ini di bawah label syarikat berkenaan, dia yang bekerja sebagai penerbit sambilan di situ turut menjadi perunding imej dengan mengenakan caj bukan-bukan.

“Sebagai artis lama, saya menurut saja apa katanya kerana ingin terus berkarya. Wang itu diserahkan selepas dia meyakinkan saya masa terbaik untuk melakukan ‘come back’ dalam industri yang saya sertai sejak 1980 lagi,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Bekas penyanyi kumpulan Headlights itu berkata, tidak lama selepas itu, dia bertanya kepada beberapa rakan di dalam industri sama ada mereka menyedari kehadiran album berkenaan, namun terkejut mendapati ia tidak dipasarkan. Tidak berpuas hati, katanya, dia sendiri pergi ke beberapa kedai muzik di sekitar ibu negara dan terperanjat apabila dimaklumkan cakera padat mengandungi lagunya itu tiada di dalam senarai jualan.

Catat Ulasan

0 Ulasan