Kepentingan Bloglist Bukan Sekadar Widget.

Kepentingan Bloglist Bukan Sekadar Widget.

Akhirnya pandangan aku tentang kepentingan bloglist telah terjawab.
Dalam bulan ini aku dah dapat mengesan 2 blogger yang membuat segmen mengenai pertukaran bloglist.
Kiz Garden dan Blogger Ben Ashaari dengan tema bloglist cuma caranya berlainan.
Dan perkara ini pernah saya utarakan dalam kepentingan bloglist dalam mencanang blog anda menjadi lebih mesra SEO.
Selain sebagai simpanan untuk memudahkan anda blogwalking.

Saya merasakan kebanyakkan blogger baru berpendapat bloglist adalah satu wacana untuk memudahkan mereka blogwalking melalui senarai bloglist yang biasanya diletakkan di sidebar blog  mereka. Dengan adanya bloglist disebelah side bar mereka ini memudahkan mereka dengan hanya satu klik sahaja ke blog-blog tumpuan mereka samada mempelajari ilmu baru dalam blogging atau blog itu sendiri mempunyai post yang menarik atau sekadar menjadi pengikut meletakkan blogger otai di bloglist mereka.

Tapi sebenarnya anda samada sedar atau tidak, kepentingan bloglist sudah jauh melangkau ke arah SEO ( Search Engine Optimization).
Bloglist sebenarnya adalah satu backlink dalam sesebuah blog.
Maksud backlink secara kasar ( untuk permudahkan pemahaman) adalah satu linkage dari sesebuah blog yang  lain meletakkan URL anda kedalam blog mereka.

Kenapa ia penting?
Ia amat penting kerana dalam Google terdapat berpuluh-puluh juta blog. Dan Google sentiasa index (crawl) setiap blog anda untuk memudahkan pencarian. Dan anda sebagai blogger bertanggungjawab untuk permudahkan lagi tugas Google ini atau pembantu Google yang membuat kerja ini ( Namanya Spider). Perbezaan antara semua blog adalah backlink!!
Sebagai contoh pembantu Google ini namanya Spider akan pergi ke blog A, dan dalam blog A terdapat URL anda maka ia akan melompat ke blog anda untuk index blog anda. Bayangkan jika URL anda diletakkan di beribu-ribu  blog-blog lain. Kebarangkalian blog anda dijenguk oleh Spider ini amatlah tinggi!!!

Apa yang saya dapat jika Spider ini index/crawl blog saya?
Pertama sekali jika sesiapa mencari maklumat tentang post  bertajuk Blog Tips. Dan anda pernah membuat post sebegini  tapi bayangkan berapa ramai blogger yang pernah membuat post tentang blog tips. Triknya jika blog anda sering dijenguk oleh Spider maka post anda akan menjadi keutamaan pertama yang muncul dalam enjin pencari!!! Secara tak langsung ia akan memberi traffic yang baik kepada anda!!!
Kedua ialah impian mendapat pagerank yang baik. Jika Google sering index blog anda maka ia akan memberi hadiah kepada anda  iaitu PAGERANK. Pagerank dikira dari no 1 hingga 10. Sekarang ini saya mendapat PR1 dan untuk mendapatkan pagerank yang baik salah satu teknik ialah menambahkan backlink saya.
Ketiga ialah dari segi Alexa Link anda akan bertambah secara automatik selagi ada pihak lain meletakkan URL blog anda di bloglist mereka. Dan apabila Alexa kamu mempunyai link yang baik maka sudah tentu pengiklan-pengiklan akan mencari anda. Pengiklan di dunia ini membuat pemilihan menggunakan dua guide sahaja iaitu Pagerank dan Alexa.
Kalau kedua-dua baik  maka tak perlu saya terangkan lagi!!!!

Dahulu sering kita dengar blogger-blogger terdahulu sering berkempen Exchange Banner. Betul tak? Dahulu kempen sebegini dibuat kerana bloglist belum muncul lagi. Pada dasarnya sama sahaja. Bila teknologi berkembang maka exchange banner tidak diperlukan sangat kecuali melibatkan blog yang berteraskan ping sistem seperti Apesal atau  Ping.busuk.

Jom bertukar bloglist bersama Hanif Blog ( http://hanifidrus.blogspot.com)  cuma dalam kes saya ini, bloglist anda saya letakkan di blog yang berlainan yang bernama Hanif Bloglist.
Tetapi  Hanif bloglist ini di layan seperti blog utama saya dan jika kurang percaya pergi ke Hanif Bloglist dan periksa Alexa saya yang saya dapat dalam masa 2 bulan saya buat blog ini. Jika kurang pasti lagi anda boleh membaca entri-entri khas saya tentang penerangan bloglist saya di pages/ tab bloglist.

Setiap blogger memopunyai impian yang tersendiri. Saya akui kebanyakkan blogger baru yang berkecimpung pasti memberi alasan berblogging ini adalah untuk kepuasan diri . Dan saya sendiri masih berpegang pada prinsip ini !!
Tapi apakah gunanya membuat sesuatu post jika tiada siapa membacanya?
Dan apakah guna berblogging tanpa mengetahui tahap kemajuan anda?
Suka atau tidak suka untuk mendapatkan traffic anda terpaksa blogwalking dan pada masa yang sama untuk memajukan diri anda dalam bidang blogging ini aplikasikan teknik-teknik SEO seperti membuat pertukaran bloglist...

Secara jujur saya katakan, saya telah setahun setengah berblogging, selama setahun saya membuat post tanpa apa-apa teknik SEO apatah blogwalking. Jumlah pengungjung hemm!!! tahu-tahu ajer ler. Tahap kebosanan telah mula menjelma dalam benak fikiran ini. Bermula pada bulan May 2010 saya telah berusaha keras dalam berblogging ini dan pada bulan November 2010 saya telah berjaya menurunkan Alexa dan mendapat pagerank pertama saya. Setelah setahun baru saya sedar akan kelemahan saya dalam berblogging.!!! Dan bulan December saya mendapat BE Nuffnang yang pertama!!!

Berblogging memulakan kerja keras apatah lagi merayu seseorang bertukar link dengan anda. Blogwalking tidak cukup sekadar 30 minit sehari. Belum dicampur membuat post setiap hari walaupun anda meniru bulat-bulat atrikel suratkhabar...ehhehehehe. Belum lagi dicampur tentang membuat maintenance blog anda...
Tapi jangan jadikan tekanan pula..hahahhahaha. Jadikan ia sebagai satu hobi......
Selamat berblogging dan jangan lupa exchange bloglist dengan saya......

Catat Ulasan

11 Ulasan

zareliqa afiqa berkata…
Kalau kekalkan trafik tu penat jugak nak maintain kan..huhu
THE AUTHOR berkata…
Betul....betul...sebab tarffic kita disebabkan pengunjung. Kalau macam Ariff.Shah lain sebab dia mempunyai pembaca tetap..
Tanpa Nama berkata…
susah gak ek..huhuhu
Unknown berkata…
xsempat bace...sibuk sapu sampah kat belog...t singgah len..hohoh
Cikrosecute berkata…
memang penat hihihi nak maintain traffik...
Hanim Irsyad berkata…
susahnyee.. huhu..


http://irsyanim.blogspot.com/2012/01/mari-pakena-nasi-lemak-meletup-di.html
AZMI KHAN berkata…
penting bloglist nie sbb boleh tingkatkan traffic.....
panas berkata…
ok faham sudah...tq anif sebab bg tutorial...

http://cerciterpanas.blogspot.com/
teratai berkata…
useful info,thanks Hanif:)
jahajahatable berkata…
ok..dah paham hanif...thanks...this explained almost everything...
Adik Sempoi berkata…
ok..dah faham..thanks hanif sebab terangkan pasal ni dengan lebih detail