Review Blog Sendiri !!!!!

Review Blog Sendiri !!!!!

Aktiviti entri hari ini ialah review blog sendiri. Pernah dengar tak segmen ini...hahahahaha. Muka tak tahu malu... Menandakan masa terluang yang cukup banyak pada hari ini di tempat kerja...hahaha. Review blog sendiri ialah untuk berkongsi segala kerja yag aku buat selama ini  kat blog aku. Kadang kala kita manusia memerlukan pendapat semua pihak. Dan pada masa yang sama berkongsi ilmu dengan semua blogger.

Alexa ohh!!! Alexa... Dah berbulan aku mengejar Alexa ni.. Target nak turun bawah 300, 000 tapi sejak bulan lepas apabila capai 350,000 nak turun 50,000 pun manyak susah!!! Dulu tiap-tiap bulan nak turn 100,000 kacang ajer...
Macam semalam mula-mula turun 319,000...esok lak bila tengok naik balik 323,000...panas jiwa aku. Ni ler yang berlaku kat Alexa aku sekarang ni....
Mungkin apabila Alexa Rank semakin baik maka persaingan pun semakin ketat...
Good new lak, Alexa Link aku pula dah capai 300...
Bacaan rujukan: Apa Itu Alexa

Manakala Bounce Rate aku lak seperti biasa dalam 75%...huhuhuuhu. Aku pun dah tahu nak buat macam mana. Macam-macam cara aku buat seperti letakkan shout box ke pages lain. Padahal aku tahu pindahkan shout box ke pages lain menyusah pembaca. Betul tak? Tapi masih gagal lagi. So kategori gagal ler projek bounce rate aku ni...hehehehhehe.
Bacaan Rujukan : Apa Itu Bounce Rate

Loading Time pula semakin baik, paling tinggi pun dalam 7 sec. Itu pun bergantung pada widget-widget yang bergantung pada external URL yang buat lembab loading time aku. Salah satu penyebab juga ialah image yang besar. Aku ada buat satu eksperimen ( untuk pengguna blogspot) dimana semua image aku letak ke URL lain dan aku hotlinking ke blog aku. Memang laju loading time walau saiz image 2000kb. Jangan sesekali pakai kat blog berbayar yekkk..nanti hilang bandwidth mereka.
Bacaan Rujukan: Bagaimana Menurunkan Loading Time

Internal Link dan External Link aku semakin baik dalam 105 sahaja. Dulu isskkk memang tinggi bangat dalam anggaran 200 keatas. Kalau tinggi sangat nanti pagejuice kau problem. So aku amalkan petua nofollow dalam mana-mana post atau widget yang aku ambil.
Bacaan Rujukan: Apa Itu Internal Link /External Link  dan No Follow/ Do Follow- Part 1, Part 2 Part 3

Follower aku pun semakin baik tapi sejak kebelakangan ini slow sangat . Ini kerana aku dah pindahkan follower aku ke pages shout box. Hanya mereka yang klik shout box aku jer akan nampak follower widget aku..hehehe. Ini pun memberi kekeliruan kepada pembaca aku . Tapi apa  nak buat, terpaksa korban follower widget demi loading time...huhuhuhuu. Dalam hal ini aku memang rugi.
Bacaan Rujukan: Follower Buang Masa

Sekarang ini memang giat mencari sesiapa yang sudi bertukar Bloglist dengan aku dan semua segmen berkaitan bloglist aku join. Malah dari segmen bloglist aku rayau semua URL yang join bloglist...hehhehehehe. Dan untuk perkara ini aku telah ujudkan satu laman khas untuk senarai bloglist aku ...Tujuan ialah senang nak blogwalking dan cari backlink..hehehehe
Bacaan Rujukan : Bagaimana Membuat Bloglist

Untuk memastikan pembaca aku kekal di blog aku, (berkaitan dengan bounce rate), aku telah membuat memudahkan agar pembaca aku tak jemu dan mempunyai pilihan, aku telah membuat popular post dan recent post dikedua-dua belah sidebar aku. Selain itu aku juga telah membuat Sitemap dalam pages tab aku sekali dimana ia mengumpulkan semua artikel aku yang beratus-ratus... Nampaknya ada perkembangan yang baik, sebab ada komen yang aku terima dari post-post yang lama.
Bacaan Rujukan : Apa Itu SiteMap

Templates warna blog lak aku dah dekat setahun tukar warna putih. Sebab melalui pembacaan warna putih mesra pembaca. Blogger Otai Denaihati atau AriffShah dari dulu background warna putih. Nice!!Padahal aku minat warna gelap..huhuhuhu.
Bacaan Rujukan: Guide Line To be Great Blogger

Cukup-cukup ler Hanif oiii!!! review blog sendiri..hehehhehe. Nak kutuk blog sendiri rasa macam tak mampu..Kalau sesiapa nak kutuk Blog Hanif hari ini dibenarkan..hahahaha. Orang Melaka selalu kena kutuk dan mengutuk!!!!
Sebenarnya banyak yang saya buat seperti meta tag, spesifik labelling ping ke laman sosial...dan lain-lain

Catat Ulasan

16 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tahniah..anda memang blogger tegar. cikasam hanya mampu memandang..xmampu nak buat sume tu..hahaha.

-cikasamjeruk-

kes mls nk login :P
Abu Bagi berkata…
pestime nampak orng review blog sendiri hahahahaha.. nak buat jugk tapi banyak maklumat blog sendiri gua tak faham..

nice entry ni.. gua baca sampai abis tauuu... hahahaha..

anda mmg blogger yg hebak.. tahniah..:D
Tanpa Nama berkata…
info ayesha mcm ne nak join, bloglish kamu, td jumpa link ni dari membe blogger.. tq
Cikgu Hairul berkata…
Sama la kita. Mengejar alexa rank macam nak terkorban.
shahdiana berkata…
BAGUS BANGAT NI...JAP LAGI ABIS KEJE OPIS AKAK NAK MEMAHAMINYA....
THE AUTHOR berkata…
Kak shadiana..profile blogger kakak tak ler masuk sebab belum public lagi..huhuhuu...
Fathiah Hamim berkata…
bagus la buat review sindri.
baru kita sedar balek sebenarnya kan. hehe
kalo orang laen review mungkin tak mendalam macam neh pun. :)
THE AUTHOR berkata…
hehehe..ni ler aktiviti kat opis tahap memulau Naga... Tahun Naga katakan...hahaha
nur_za berkata…
feewit..review blog sendiri ye bang..hehhe..ok2..terbaik
Tanpa Nama berkata…
tak pe la nanti wat versi part 2 lak.hihiih
Tanpa Nama berkata…
salam hanif, ayesha da masukkan link kat BL ayesha.. tq ye
shahazrin berkata…
klau nak direview boleh jin segmen saya hehe
nia berkata…
mcmna nak letak yang popular post ek kat tepi tu
THE AUTHOR berkata…
Feza..nanti saya buat post yek...
agak masalah berkata…
entri review blog sendiri. boleh join x? hehe. ruang komen ni pon boleh la