Impak Google Friend Connect Dihentikan

Impak Google Friend Connect Dihentikan

Google Friend Connect
Google Friend Connect telah pun dilupuskan baru-baru ini kepada semua pengguna Wordpress tetapi pengguna Blogger masih boleh menggunakannya.
Namun adalah wajar kita mengambil tindakan awal untuk bersiap sedia jika Google hentikan perkhidmatan terhadap pengguna platrom Blogger lak selepas ni.
Impak pemansuhan Google Friend Connect pada dasarnya tidaklah begitu besar kerana fungsinya sebagai justifikasi rakan-rakan yang mahu kawan dengan anda.
Dari SEO lak tidak memberi apa-apa manfaat malahan dianggap pengganggu dari segi external link.

Namun begitu GFC ( Google Friend Connect)  adalah satu widget yang amat popular dan wajib kepada mana-mana blogger yang baru atau lama.
Ianya juga sebagai pemberi semangat kepada blogger seiring dengan pertambahan followernya.
Dan buktinya boleh dipaparkan dengan pelbagai segmen berkaitan GFC ini.
Namun Google terpaksa menghentikan perkhidmatan GFC untuk memberi laluan pada anak emasnya Google Plus.

Itu pendapat peribadi saya. Google berusaha keras untuk menaikkan projek khasnya itu dalam usaha mematikan dominan Facebook.
Selain itu saya simpati pada juara-juara follower yang melangkau sehingga 30K follower. Penat lelah bertahun-tahun habis sekelip mata.
So, kita kena updated balik ranking follower.

Terdapat beberapa alternatif untuk menggantikan widget follower.
Alternatif yang terbaik ialah mengguna dan memahami Google Plus secekap yang mungkin. Ini adalah perancangan utama Google dan adalah bijak kita mengikuti saranan yang diminta oleh Google.
Kedua ialah mengguna fan page Facebook dalam mencari follower blog kita.
Ketiga kita boleh menggunakan Twitter. Twitter pada pada dasarnya mesra blogging.
Selain itu terdapat pelbagai network sosial yang lain kita boleh gunakan seperti My Space, Grouply, Yammer tapi pendapat saya laman sosial ini semakin merundum ahlinya..
Terpulang pada anda..
Jangan bersedih....walau pun GFC ini tiada namun sebagai blogger kita terpaksa teruskan hidup ini dan sebagai survivor dalam dunia blogging yang mencabar ini pasti kita akan menemui penawar hati kita menggantikan GFC. Life Must Go On!!!

Catat Ulasan

4 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
itulah, semalam membe dari seberang msj. pukul 4 pagi terus online, semata2 nak tukar followers 2...
saliana berkata…
habis macam mana,,??huhu =(
jahajahatable berkata…
aku ta paham. kalau gfc dibuang, adakah folower turut dibuang, sori budak baru, banyak tak tahu
jahajahatable berkata…
tq, da paham dah