Pengagihan Tong Sampah Percuma

Pengagihan Tong Sampah Percuma

sisa pepejal
Pada hari Khamis yang lalu aku ada mendapat surat dari Majlis Pembandaran Melaka untuk mengambil tong sampah percuma 120 liter. Selama 2 hari pusat pengagihan dibuka dari pukul 8.00am - 9.00pm.
Aku dengan wife aku rancang nak ambil malam sikit sebab malas nak cuti separuh hari semata-mata nak angkat tong sampah ini.

Pemberian tong sampah ini sebenarnya ada kena mengena pasal undang-undang baru iaitu Solid Waste And Public Cleansing Bill 2007 ( Akta Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007).  Secara tak langsung dengan pemberian tong sampah ini akan membentuk masyarakat untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat terhadap pembuangan sampah yang lebih sempurna melalui penggunaan tong sampah yang sesuai, seragam, tahan lasak, mesra alam

Tapi aku nak beritahu kau orang, akta itu membolehkan seseorang didenda atau dikompaun jika membuang sampah merata-rata, malah tindakan sama akan dikenakan jika tidak mengasingkan sampah mengikut jenis sebelum dibuang. Diharap kerjasama orang ramai bagi membuat pengasingan terlebih dulu seperti botol, kaca dan surat khabar. Itulah intipati akta ini.
Pasal akta ini juga aku kena CAR masa audit ISO14001:2004....

i.Pengurusan sisa pepejal: Hanya kutipan sisa pepejal isi rumah dan yang serupa dengannya, sisa pepejal awam dan sisa pepejal dari keinstitusian awam ; dan
i.Pembersihan awam antara lainnya meliputi pembersihan di jalan awam, tempat awam, tandas awam, longkang awam, pantai dan memotong rumput di bebendul jalan awam 


Dengan termeterainya Akta Ini, maka Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih keseluruhan bidang kuasa kerajaan negeri dalam pengawalan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam dibawah penyeliaan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).
Kasihan kerjaan negeri terlepas satu lagi punca pendapatan tapi jika ia untuk penambaikan keseluruhan baguslah . Untuk aku bagus kerana lori-lori baru disediakan, sistem pengawalan yang standard dan paling penting aku dapat tong sampah baru...!!!!!!!

Berbalik pengagihan tong sampah semalam, ramai orang betul dan aku pun tak faham macam mana dia nak edarkan. Melalui surat yang aku terima mereka satukan 5 buah taman di satu pusat pengambilan. Bayangkan kalau taman kecik-kecik tak per..ini taman bagak punya!!!
Semalam malam aku pergi kereta dah ler penuh kat jalan kecik tu, orang lak punya ramai. Bila aku nak submit form tiket no giliran lak habis. Suruh datang esok !!!
Member aku semalam pun angkat gak, dapat nombor tiket tapi no 402 dari 540...kekekkeke. Dari pukul 8.30pm tunggu, pukul  10.30pm baru dapat.
Biasalah benda free kena ler tunggu...hehehehhe.
Tapi kalau 5 taman kau gabung dan kawasan menjadi sesak pun tak sesuai.. lupakan sajer masalah ni, malam ini nak cuba lagi!!
Kalau nak, jangan lupa membawa borang pendaftaran yang lengkap bersama satu salinan kad pengenalan dan bil utiliti seperti air atau elektrik....kalau tak bawa memang tak dapat ler...

Aku tengok lawa gak tong sampah tu, siap ada roda lagi. Cuma ia agak tinggi untuk orang-orang pendek nak buang dan mengeluarkan sampah dari situ...
Aku kata kat wife aku, aku akan berusaha dapatkan tong sampah ini dan hadiahkan kat wife aku  sebagai menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan Kami Ke 10...kekekekekeke.
Green Environment ..Save Our Planet!!!!!!!!!

Latest Updated: Semalam dah dapat ambil, tak ramai orang. Senyum lebar orang rumah aku ..kekekekeke.


Catat Ulasan

2 Ulasan

P#eoniX berkata…
x der gambo ker???hehehe...
Unknown berkata…
tong sampah ni kira penting juga. XD. takpa2, jadi hadiah pun ok.