"Secret Service" AS Salah Laku Seks

"Secret Service" AS Salah Laku Seks

agen
Tiga ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) yang dikaitkan dengan skandal melanggan pelacur ketika lawatan Presiden Barack Obama ke Colombia baru-baru ini hilang kerja – sama ada dipecat atau memutuskan untuk bersara.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, jurucakap agensi itu Paul Morrissey berkata, seorang staf peringkat penyeliaan dibenarkan untuk bersara, kakitangan penyeliaan kedua pula meletakkan jawatan dan seorang lagi dipecat.

Lapan kakitangan masih kekal dalam cuti pentadbiran, kata Morrissey.

Kenyataan itu mengesahkan ejen-ejen telah diberi peluang melalui ujian poligraf untuk menentukan sama ada mereka berbohong atau sebaliknya.
Pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) berkata, 20 wanita ditemui di Hotel Cartagena, Columbia sebelum Obama hadir untuk Sidang Kemuncak Amerika.
Sehingga 12 anggota tentera AS disiasat berhubung isu itu.
Jurucakap itu berkata, siasatan masih di peringkat awal dan lapan lagi masih disiasat.

Catat Ulasan

0 Ulasan