Kenapa Bosan berblogging!!!

Kenapa Bosan berblogging!!!

blog
Tension, benci dan kusut kepala berblogging!!!
Inilah luahan setelah 3 bulan berblogging..
Ini adalah realiti dan perkara ini berlaku hampir kepada 80% blogger baru yang berkecimpung dalam dunia blogging!!
Kenapa jadi macam ni?

Tiada komen
Inilah perkara pertama yang memutuskan riwayat kau berblogging. tiap-tiap hari kau buat entri tapi tak ada orang yang baca...hehehehe.
Kau yang tulis dan kau yang baca sendiri..tah-tah kalau tahap tension kau sendiri komen..hehehehehe.
Tiap-tiap hari buka blog dengan harapan ada orang beri komen..tapi selalu kecewa.
Cukuplah kalau seorang yang komen...muka tersengih mengadap lappy kau..Bangga kerana ada orang yang komen....hehehehehe.
Cara atasi: Blogwalking dan komen

Tiada Traffic

Kalau tak ada komen dapat traffic pun sudah cukup kan. Tapi malangnya tiap-tiap hari buka cuma ada 10 atau 15 orang pageview blog kau. Kalau nasib baik dapatlah 5 orang ..hehehehe.
Ingatkan mula-mula berblogging biasalah traffic kurang tapi dah berbulan-bulan tak naik-naik juga traffic...weiii!!! tension aku..
Cara atasi: Blogwalking

Tiada Pendapatan

Mula-mula berblogging biasalah pendapatan bukan perkara utama. Tapi lama-kelamaan bila baca blog kawan-kawan dapat duit kau pun join Nuffnang, Mangga dan macam-macam. Tapi tiap-tiap bulan RM yang hanya RM0.25 sen ajer..hehehehe.
Mulalah rasa bosan nak berblogging, tujuan asal untuk suka-suka atau ayat power untuk luahan pendapat telah jauh tersasar.
Cara atasi: Komen dan traffic baik, maka pasti dapat pendapatan.

Tiada Idea
Alasan yang paling mengarut. Tapi ada benarnya kerana apabila kita mula-mula berblogging kita membenarkan skop entri kita kecil. So idea tu kurang ler... Sebagai contoh nak cerita tentang hal kau ajer. So tak banyak idea yang boleh digunakan.
Bila kurang idea maka secara perlahan-lahan dari tiap-tiap hari updated blog....jadi 3 hari sekali...jadi 1 minggu sekali dan last sekali  tak update-update..hehehehhe.
Sebab takkan kau nak perahkan kepala kau nak buat entri, bukannya ada komen, ada traffic dan jauh sekali ada pendapatan....!!!!
Baik buat kerja lain!!
Cara atasi: Luaskan Skop Blog Anda.

Kurang Pengetahuan
Ini juga penyebab kau bosan berblogging. Bila anda terjun ke dunia blogging, mahu tak mahu kena belajar ilmu blogging sedikit demi sedikit. Bayangkan anda tak tahu macam mana nak updated background, SEO teknik, basic knowledge berblogging.
Dan orang yang mempunyai pengetahuan yang zero tentang dunia blogging ini akan ambil masa hendak belajar semua ini. Dan tambah parah bila kau edit HTML, tunggang langgang blog kau. Aarhhh!!! lagi tension. Kena betulkan balik semua setting kau!!!
Ini yang buat kau bosan...
Cara atasi: Blogwalking ke blog-blog yang ada buat tutorial


Sebenarnya yang menyebabkan bosan ialah dari sikap kita yang malas blogwalking. Blogwalking adalah intipati dalam berblogging!! Dan ianya paling susah dan menjemukan dalam keseluruhan berblogging.. Di tambah lagi ianya membuang masa anda!!! Paling kurang bagi saya kalau blogwalking 2 jam!!
Kalau tak sanggup nak blogwalking jangan berblog.
Kebaikan blogwalking:
a) Increase Traffic
b) Increase Komen
c) Increase Follower
d) Increase Pendapatan
e) Increase Skil
f) Increase Pengetahuan
Nilai moral entri ini ialah selalu blogwalking ke blog aku !!!!!..kekekekeke

Catat Ulasan

19 Ulasan

Unknown berkata…
bgsnyerr entry nie..tp sy nie kategori x de idea memanjang..hihihi
Unknown berkata…
Yay! aku org pertama yang komen... setuju 101% bw adalah intipati segalanya dalam berblogging, walau sehebat mana pun entry ko.. tapi berat tangan (bukan kaki ye ha ha ha) bw adalaha penting dlm menyebarkan fitnah eh silap ha ha ha dlm menyebarkan blog serta entri terbaru korang... ok tak komen aku ni Hanif?? keh keh keh.. (aku bagi support) supaya ko tak komen sendiri kat ruang ni ha ha ha ^^
cik asam jeruk berkata…
hahahah slalu blogwalking tp jarang nk komen..camno tu?
Unknown berkata…
betul tu.. nak tambah sikit.. rajin ping entri ke laman-laman ping seperti guablog, apesal, busuk... n lain2 lagi.. saya dpt beribu pengunjung dari sana.. n untuk entri unik dan satu-satunya di mlaysia, jgn lupa ping ke busuk.. confirm jadi top1 di hasil carian google... contohnya, katak mempunyai bibir?...
LidiaSuraya berkata…
tapi bukan malasssss tapi tiada masa.... huwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
MalizaMah berkata…
Saya sgt setuju... sbb blogwalking itu penting. saya mengenali rakan blogger dgn blogwalking.
dan pastinya ia mampu meluaskan pengetahun dgn melihat blog org lain.
Unknown berkata…
huhuhu..bagusnya info ni..

sesungguhnya blog saya masih pre matured lg sbb xde masa berblog dan blogwalking..

mulai harini nak set matlamat, 1 minggu 3 entri..yahuu..

sape nak produk shaklee jom singgah http://supermomndaddy.blogspot.com
CikTeddyCorner berkata…
hahaha..trus terang tu ckp suruh org lawat dia selalu..kalo cenggini nk letak blog die dlm bloglist la..ekeke
suke x? :D
malyna Jury berkata…
banyak post dalam draf..
banyak tulisan tapi kurang gambar..
sbb kamera aku bersama ayah ku di mekah... skrg diorg balik..
aku rajin la blog..


tapi
aku masih terpiki patut ke aku publish apa yang ada dalam draf..

takut tersentap orang2 yang membaca mengenai pandangan ku yang terlalu jujur dan berbisa.. cewah!..
Cikrosecute berkata…
Setuju sangat2....kadang2 ai mengadap blog berjam-jam kikiki...
NoorBieLover berkata…
bagus ntri ni..sblm ada blog sendiri sampai la dah ada blog sendiri,sy suka bw..seronok cuci mata tgk 'rumah' orang.hihih
THE AUTHOR berkata…
Cik Teddy --thanks letak dalam bloglist..
sapa tak suka kalau melawat blog kita...kan...kan..kan..
lagi satu boleh pingkan!!
nur_za berkata…
setuju..entry terbaik la...heeeheh
Abu Bagi berkata…
ya betullll... intipatinya ialah bw bw bw bw bw. untungla orng yg ada bnyka masa nak mgadap lappy kan...

tapi sekrng ni orng tak yah nak bw sngt pun blh capai trafik tinggi tinggi la.. pgi je ping entry kat mana mana.. ada yg siap bgi duit lagi siapa2 yang berjaya bgi hits kat blog diorng..

macam2 nak dapatkan trfik dn komen yg bnyak kan.. ada yg mata lebam lagi mengkali..

sofar aku tak berjaya lagi nak gain income dgn blog, duit nuff aku spnjang setahun lebih blogging cuma 71 ringgit je nuff bagi.. hahahahaaha lawak pun ada.. tapi semngt aku masih kuat lagi sebab aku meletakkan earning sebagai bukan keutamaan aku.. light2 je kat situ, kalau dia nak bagi duit magi la, masukkan dlm tabung nuff aku tu hahahaha..

aku suka showoff, kongsi pengalaman, dan tempat tempat menarik.. hope blh bagi sedikit info kpd user.. sebb tu suka tepek gambar hahahaaha..

ek nape aku buat karangan dalam entry ni hahahaaahaha sori tuan tanah :)
shahdiana berkata…
sangat betoi...akak sokong...kalo kita buat entry & takde sapa komen sangat sedey okay....tahniah the new one hanifidrus.blogspot.com
Fariz Reza [FR] berkata…
Assalam abang hanif (^_^) bloglist awak dah dialihkan ke sini tau http://blognomborsatu.blogspot.com

sori tak inform (^_^)
Taufik berkata…
seriusly memang aku terasa bila macam post ni.
kena setepek kat batang hidungku
maka terusku capai pautan untuk melampiaskan catatan
dengan harapan aku tak akan terjerumus ke lembah yang hina ini

terus terang aku memang terlalu noob dalam bidang penulisan bahkan blogging ini
justeru aku menempa perihal rohaniah bertatahkan tekad menuntut ilmu dari blog ini

terima kasih
Misz Ti berkata…
Haha. Btl3. Entri ini mmg bernas. Lawak tp benar.
Jom follow theotherme.blogspot.com