Barang kemas Imelda dipamer

Barang kemas Imelda dipamer

Filipina bercadang untuk mempamerkan barang kemas bekas isteri Presiden Ferdinand Marcos, Imelda, yang dirampas 26 tahun lalu dan berharap ia dapat menjadi daya tarikan pelancong.
Koleksi bernilai kira-kira AS$8 juta (RM25 juta) itu disimpan di peti besi di bank sejak berpuluh tahun selepas dirampas sebagai sebahagian aset yang disyaki dicuri oleh keluarga Marcos sebelum melarikan diri ke Amerika Syarikat pada 1986, selepas 20 tahun memerintah negara itu.
Pegawai Kanan Suruhanjaya Presiden Kerajaan Baik, Maita Gonzaga berkata, kerajaan bercadang untuk melelong barang kemas itu selepas mempamerkannya di sebuah muzium.

“Ia dapat menarik pelancong dan menjadi pengajaran yang tidak boleh dilupakan. Ini adalah bukti kukuh mereka mencuri,” katanya.


Sebahagian daripada koleksi barang kemas itu ditemui oleh kerajaan AS ketika keluarga itu tiba di Honolulu, sementara yang lain dirampas daripada rakan Greek Marcos ketika cuba menyeludupnya keluar

Catat Ulasan

3 Ulasan

teratai berkata…
Teruja nak tengok gambarnya!
Cikrosecute berkata…
macam2...mahal giler rantai tue..
Unknown berkata…
lepas ni org berpusu2 nak pecah masuk merompak muzium..hehehe