Daniel tidak lagi takut untuk makan, minum

Daniel tidak lagi takut untuk makan, minum

hanifidrus
Seorang budak yang tidak pernah makan sepanjang hidupnya, mencipta keajaiban apabila mengambil makanan untuk kali pertama baru-baru ini, lapor media semalam.
Daniel Harrison, 5, mengalami alahan serius ketika menyusu semasa masih bayi, menyebabkan dia takut kepada makanan atau minuman.
Untuk meneruskan hidup, Daniel terpaksa diberi makan melalui tiub ke perutnya. Namun, hasil rawatan pakar di Austria, Daniel kini boleh menikmati makanan seperti orang lain. Bapanya, Kevin Harrison, 43, berkata tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaannya melihat Daniel mengambil makanan seperti budak normal.
“Ia seperti memenangi Piala Perdana, Piala Eropah dan Piala Dunia sekali gus,” katanya. Menurut Kevin, sesetengah makanan utama perlu dilenyekkan terlebih dulu kerana Daniel masih sukar mengunyah akibat otot di mulutnya tidak berkembang dengan baik.
“Daniel boleh makan apa yang kami makan, dan dia sukakan coklat serta biskut,” katanya. Menurut Kevin, dia amat bangga dengan perubahan berlaku pada Daniel.
“Saya berasa seperti akhirnya berjaya melakukan tanggungjawab sebagai bapa,” katanya. Sebelum ini, Kevin dan isterinya, Catherine, membawa Daniel ke Hospital Universiti di Graz, Austria, untuk membolehkan pakar di situ memberi rawatan sewajarnya.

Kaedah disediakan di hospital itu tidak diamalkan di Britain. Melalui kaedah itu, Daniel berjaya disedarkan bahawa dia memang perlu dan mahukan makanan. Pakar perubatan menggunakan pelbagai kaedah khusus bagi memujuk Daniel supaya lebih terdedah kepada makan dan mengurangkan ketakutan memasukkan makanan ke mulut. Kaedah itu turut dipraktikkan ke atas 12 pesakit dari seluruh dunia dan semuanya berjaya.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
ade juga ek yg takut makan..
ingtkan ada yg tak leh berhenti makan aja
Cikrosecute berkata…
Alahai! kesiannya...
Unknown berkata…
yeay!!...itu namanya nikmat makan dan minum..hikhik
Unknown berkata…
alaa..bila la anak aku nk ade selera makan..dh nk masuk 3 tahun tp berperang bile nk suh makan
Gangnam Style Boleh Memurtadkan