Intipati Belanjawan Malaysia 2013

Intipati Belanjawan Malaysia 2013

Belanjawan 2013
 
Berikut ialah intipati Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.
Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
* Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
* RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
* RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
* RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
* Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
* RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
Diambil dari Malaysia Digest

Isi Penting:
Bonus 1 Bulan Untuk Kakitangan Kerajaan
Harga Gula Subsidi RM.20 dipotong--esok akan diulas..
123,000 unit rumah harga berpatutan  akan dibina
Pesara kerajaan dapat bonus RM500
Diskaun Untuk Bayaran Balik PTPTN
125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera akan menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan berkuatkuasa 1 Jan 2012
Tingkatan Enam ke atas akan mendapat Bantuan RM250--naik RM50
Pelajar Darjah Satu hingga Tingkatan Lima - Bantuan RM100
Caj Pasport Dikurangkan Dari RM300 ke RM150
 Pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 berkuatkuasa 1 Jan 2012
1.4 juta anggota Perkeso boleh menjalani pemeriksaan kesihatan percuma di hospital kerajaan atau klinik panel Perkeso
 RM1,000 secara `one-off' kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 perkhidmatan serta tidak berpencen
RM50 juta diperuntukkan untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India
Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000
Kelayakan jadi askar dinaikkan
Projek taska OKU dilaksanakan

Catat Ulasan

11 Ulasan

THE AUTHOR berkata…
Ini keyword mahal ini....hehehehhe
Lagipun kita kena tahu juga..hahaha
JOZAN FC berkata…
cepatnya dh update hehe dasyat2
Unknown berkata…
thanks.... lyla mmang tngah cari ni.. huhu, cepat betul update ..
Harun Ar berkata…
Hebat...., "Sebuah janji untuk rakyat"
Abu Bagi berkata…
sodih.. kakitangan pekerja swasta yg bergaji kecik macam kitaorng tak dapat apa..
tirahzairi berkata…
tirah xupdate pon pasal nie...hihi
seno berkata…
mampir sob.....salam kenal
Aimacomel berkata…
i think belanjawan 2013 ni okey je kot.. walaupun saya kerja swasta, errm entahla :) (tiba-tiba xtau nk komen pe)
luke berkata…
Durian runtuh.Kerajaan semakin terdesak. Tiba masa rakyat menjadi raja.
Cikrosecute berkata…
perihatin betul bro....cayalah...