Kenapa Tidak Perlu Tukar Domain Sendiri.

Kenapa Tidak Perlu Tukar Domain Sendiri.

Ramai bercerita tentang kebaikan jika kita tukau guna domain sendiri.
Sebagai contoh sekarang aku punya domain ialah hanifidrus.blogspot.com dan jika aku merancang tukar domain sendiri ia akan menjadi hanifidrus.com.
Itulah maksud memiliki domain sendiri.
Aku baca ramai yang kata memiliki domain sendiri amat baik dari segi Search Engine, itu aku tak dapat sangkalkan lagi ler...tapi sebelum anda tukar ke domain sendiri  harus bersiap sedia memikirkan benda ini dahulu.

Adakah anda Blogger Yang Serius Dan Berilmu
Jika anda hanya seorang blogger yang mengupdated entri 1 bulan sekali. Aku rasa tak perlulah anda mempunyai domain sendiri. Seorang blogger yang serius bukanlah semata-mata membuat entri tetapi mesti mempunyai pengetahuan tentang maintainkan blog anda dari segi loading time dan asas-asas SEO.
Selain itu dengan domain baru ini biasanya kita menggunakan wordpress it the best!!! So kita fahami dahulu add on Wordpress.
So anda kena bersiap sedia menjadi newborn blogger...huhuhuhuh

Siap Sedia Hadapi Kehilangan Alexa Dan Pagerank.
Jika blogspot yang anda sekarang ini mempunyai Alexa yang baik dan pagerank yang baik setelah bertukar ke domain baru. Anda harus perlahan-lahan daftar semula Alexa dan juga harus menghadapi pagerank =0 anda..hehehehhe.
Need to start from beginning..huhuhuu

Backlink
Ini yang paling lemah, aku rasa. Kena berposak-poasak dan beritahu satu dunia bahawa anda telah tukar domain dan suruh mereka tukarkan bloglist mereka. Selain itu aku  kurang pasti, follower juga mesti kena cari semula.
Walau apapun kalau anda tukar domain, anda boleh menggunakan gunakan teknik redirect blog lama ke blog baru anda. Tapi ilmu mesti ada bagaimana nak buatkan...hehehehhe
Kalau tak nanti semua rakan blogger anda masa klik ke blog lama anda takkan redirect ke blog anda..hahahhahaha.

Banwidth dan Hotlinking
Bandwidth adalah unit untuk mengukur bilangan data atau maklumat yang dihantar dalam satu jaringan (network) dalam tempoh masa tertentu. Selalunya dalam unit bit sesaat (bit/s) atau kbps.
Jika banwidth penuh maka bila pengunjung pergi ke blog kau akan keluar macam ini..Bandwidth Limit Exceeded The server is temporarily unable to service your request.
Tapi jika kau guna blogspot , kau tak perlu fikirkan tentang bandwidth ini...hehehehhee

Manakala hotlinking ialah mengambil image dari link blog lain. Biasanya kalau kita buat entri, kita malas nak upload gambar so kita ambil link gambar dari domain .com, ia akan hilang bandwidth. Tapi kalau anda pengguna blogspot, orang ambil ambil link image gambar anda. Anda tak perlu risau...hehehehe

Bayaran
Adakah anda sanggup mengeluarkan wang untuk membayar hosting domain anda setiap tahun. Jika sanggup, no problem tapi apa faedah atau sumber kewangan yang anda boleh dapat dari blog anda untuk membayar domain tersebut. Kalau sebulan pendapatan dari blog hanyalah ciput ajer, tak perlulah.
Sekarang ini tiap-tiap bulan nak bayar duit broadband pun terasa beban dan ditambahkan hutang domain lak....iskkkkk
Memang ler ada lihat iklan setahun RM20 tapi sekali lagi berapa bandwidth yang anda dapat? Kalau 2 minggu pakai bandwidth dah habis so kena bayar lagi...hehehehe.

Profesional
Bila kita dah mula pakai domain sendiri, orang akan kata taksub dan kata wah!!! awak dah ada domain sendiri!!! Tapi bila buka blog anda..hampeh dari segi kekemasan dan susunan blog. Dan makin lembab loading time...hehehehehe
So sekali lagi anda mesti ada ilmu untuk setanding dengan nilai jangkaan orang ramai kepada anda.....

Blogspot anda telah berusia lebih 3 tahun
Inilah dilema yang paling aku benci, tak lama lagi blog aku akan berusia 3 tahun. Dalam masa 3 tahun ini macam-macam aku belajar tentang dunia blogging terutama blogspot serta blog tersayang aku ini. Macam-macam aku dah buat kat blog ini hingga aku dah lupa apa yang aku buat..hahahhaha. Kalau nak cerita tentang backlink dan keyword untuk blog ini memang dah banyak aku buat....
Dinasihatkan kalau anda sudah mempunyai ilmu tentang domain sendiri pastikan jangan terlalu lama duduk kat blogspot ini nanti anda akan terasa sayang nak tukar....heheheheh

Inilah dilema yang harus anda kaji sebelum menukar ke domain sendiri. Jangan ikut rakan-rakan anda yang telah tukar ke domain sendiri.
Tapi as a blogger ...kita harus sentiasa improve...so jika dah ada ilmu, kewangan dan disiplin dalam dunia blogging ini, apa salahnya...betul tak..
Aku rasa dalam masa 1 tahun lagi aku pun nak tukau gak...hahahahahha. (angan-angan)

Entri ini dibuat berdasarkan aku pengguna blogspot..kalau aku ada domain aku tak tulis macam ini..hahahhahahah


Catat Ulasan

23 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ikut kemampuan dan seriusnya kita dlm blogger....
masih brminat dlm blogspot.....ikut hati jak nak buat entri......
Unknown berkata…
betul juga..kalau tak mampu dan tak nak mula dari 0 tak perlu lah..
Unknown berkata…
kuakuakau... kena pikir panjang la sebelum buat keputusan..
Misterie87 berkata…
Hahaha..bro saya rasa ada yang kurang tepat dengan kenyataan bro. Domain tiada kaitan dengan bandwith jika kita gunakan pada blogspot. Bandwith ni hanya effect jika kita menggunakan self-hosting bro.

and part hotlinking tu jika kita menggunakan hosting jer bro. kalau guna domain jer kat blogspot. benda tu memang ada effect kalau orang ambil gambar dari blog kita. tapi effect dia positif. sebab kalau dia just copy link atau gambar. secara tak langsung rasanya benda tu akan bagi backlink pada kita juga.

kalau bro tak pernah guna domain untuk blogspot bro. cth 1st time guna. bila kita pasang custom domain. akan ada setting auto direct dari custom domain ke domain blog asal bro. benda tu cuma effect kalau kita tukar dari custom domain ke custom domain yang lain jer.

and bab bayaran renew domain hanya dilakukan 1 tahun sekali. bahkan kalau kita nak renew untuk 5 tahun sekali pun boleh bro. tak dak masalah punyalah.

Tapi custom domain ni hanya sesuai kalau kita nak buat blog baru jer. kalau kita dah lama guna default domain blogspot. better kekalkan guna default domain. sebab bukan senang nak upkan blog bila bertukar setting ni. Tapi apa2 pun saya percaya pihak Google a.k.a Blogspot akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan taraf produk mereka setaraf dengan WordPress.
Syar berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
boni kacak berkata…
hehe..betul tu bro. ak sebelum ni pun jenuh naikkan balik pagerank dengan turunkan alexa ranking.. tukar domain terus jadi berjuta2 alexa ranking.. tapi takpelah.. dah terlanjur.. betul cakap bro.. kalau da lama dengan blogspot ni, memang sangat2 sayang nak tukar ke wordpress...
OKje berkata…
He..he... yang ada ni pun tak femes mana... follower pun ciput, entri pun tah pape.... nak tukau domain...he..he.. tak yah mimpi dululah ye OKje Lain tahun....hu...hu...
Munir berkata…
saya pun sama...hahaha..
teratai berkata…
Suka yg ada sekarang, tak boh tukar2!
Unknown berkata…
tukar domain?? hohoho...mungkin tak...yg blogspot pon merangkak nk setup mcm nk bagai..nk mula dr 0 mmg tak la..penat woo..lain la kalo aku ni power seo mcm forblogger.net tu...
Terjah sini juga==>> CENSORED to be UNCENSORED
snf berkata…
LAMA tajenguk2 sini.sibuk 2 bulan di sekolah.hehehhe:-).hidup blogger...
MalizaMah berkata…
leeza sendiri pernah terfikir nk tukar ..sbb ada baca yg kata ada kelebihannya.
tp bila leeza fikir, leeza sndiri buat blog pun tak lah hebat mana.
kan kan..
Firdausy CiLiKku berkata…
buat blognih pun sekadar suka2jer.. sambil mengisi masa lapang.. hehehe.. hapdet blogpun jrg2.
nak kena serius jd blogger 24jam br bleh pk domain sendri
Potia Casadelarossa berkata…
Salam.. bersetuju dgn pengulas ni : MRie RNie
Unknown berkata…
ada terfikir juga nak tukar tp fikir dulu lah..hehe
Pha Is berkata…
pernah gak terfikir nk ada domain sendiri.. tapi, tu la, bila difikirkan balik, mcm tak perlu je. berblog pon skadar suka2... x serius sangat. lagipon, ilmu pon kurg lagi.. hehehe
Unknown berkata…
susahnya untuk berblog.. perlukan masa dan semagat yg kental.. layan blogspot dah la..
Unknown berkata…
kalau nk berniaga online ok kot... sekadar hobi, xperlu lah kot...just my own opinion..
Unknown berkata…
sy tak serius berblog just suka2 je so rasa takyah nak berdomain kot. hehe~`

sy kata tak berapa suka singgah blog laki2 tp kenapa sy datang sini jugak. ehehehe~~
wantie berkata…
ooo.. baru saya faham. patutlah kawan saya yg ada domain sendiri tetiba dia ckp bandwitch dia dah penuh.

ni ler ghuper ghupernya punca dia noh..
Aimacomel berkata…
kita budak kecik lg, baru lg dlm dunia ni. jd xde terfikir pun nak kearah tu lg.. lagi pun sekadar suka2 je blogging ni
TiranaAduka berkata…
banyak info yg bagus di sini