Mencuri 900 buku- Pelik

Mencuri 900 buku- Pelik

Ini kita namakan ketaksuban memba buku...hehehehehe
Polis Jepun menahan seorang lelaki yang dituduh mencuri hampir 900 buku daripada beberapa perpustakaan, kata jurucakap polis, semalam.

Penganggur, Mitsuka Suizu, 61, dilaporkan memberitahu polis: “Saya ingin menyimpan buku yang saya baca” selepas mereka menemui 896 buku di kediamannya di Ube, barat Jepun.

Jurucakap polis berkata, Suizu pada awalnya ditahan kerana mencuri 12 buku sepanjang tempoh enam bulan, tetapi pemeriksaan di rumahnya mendapati sejumlah besar buku disorokkan, di mana akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan semuanya bernilai dua juta yen (RM77,921). Di bawah kanun keseksaan Jepun, kesalahan mencuri dihukum hingga 10 tahun penjara atau denda hingga 500,000 yen (RM19,840).

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
membaca itu baik tp bab mencuri tu yg saqlah...tp niat x menghalalkan cara.... mcm2...
Cikrosecute berkata…
Memang giler buku sanggup mencuri hihihi
Nor Zilla Sensei berkata…
walaupun mencuri..tapi bole jadi ulat buku ni yg bijak pandai ni..hehe
Unknown berkata…
hobi yg pelik.. hehehe