Psy mahu jadi penyanyi Korea terhebat di AS

Artis rap Korea Selatan, Psy kini popular di Amerika Syarikat (AS) ekoran video muzik lagunya Gangnam Style kini melepasi 130 juta tontonan di YouTube.
Klip video lagu berkenaan mula disiarkan di laman perkongsian video tersebut pada pertengahan Julai lalu.
Pada minggu ini, Psy meneruskan usahanya untuk mendominasi dunia dengan muzik pop Korea atau K-pop apabila satu klip video pendek mengenai Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang diterbitkan di AS.
Klip video berkenaan diterbitkan oleh Scooter Braun yang merupakan pengurus kepada bintang remaja popular, Justin Bieber.
Bercakap mengenai klip video tersebut, Braun berkata, mereka merancang untuk menjadikan Psy sebagai artis Korea Selatan pertama yang mencapai kejayaan besar di AS.
"Kami keluar bersama di California selama empat hari dengan saya dan Psy kini merupakan kawan," kata Braun dalam klip video berkenaan.
"Kami bersetuju untuk mencipta sejarah bersama-sama," tambahnya.
Kongsi Hanif Artikel :
 

+ comments + 1 comments

September 12, 2012 at 12:30 PM

bertuah PSY...

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Han's Template | Hanif Template
Copyright © 2013. Hanif Bin Idrus Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Hanif Templates
Proudly powered by Hanif Idrus Blog