Shila Amzah terima hadiah RM1 juta

Shila Amzah terima hadiah RM1 juta


hanifidrus
Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah (gambar) yang mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China, malam kelmarin dikatakan bakal menerima hadiah dana lebih RM1 juta.
Mengikut laporan portal hiburan murai.com.my, Shila, 22, mengesahkan perkara itu tetapi angka sebenar hadiah kemenangan itu hanya diketahui hari ini setelah satu rundingan diadakan bersama penganjur pertandingan berkenaan.
“Hadiah dana itu meliputi rakaman album, konsert, promosi dan perkara lain yang melibatkan kerjaya saya di China nanti,” jelas Shila dalam portal berkenaan.
Malam kelmarin, Shila berjaya menewaskan penyanyi dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.Penyanyi itu yang juga anak kepada penyanyi ND Lala menyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (lagu popular Jaclyn Victor), Grenade (lagu nyanyian Bruno Mars) dan sebuah lagi dalam bahasa Mandarin ketika pertandingan akhir berkenaan.
Shila yang membuat ucapan selepas dinobatkan sebagai pemenang di pentas Asian Wave itu menegaskan dia bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang dalam kalangan penyanyi hebat lain yang turut bertanding.

“Saya berterima kasih kepada peminat serta pengundi dan pertandingan ini telah memberi peluang untuk menonjolkan bakat yang saya ada,” ujarnya dalam ucapan di laman YouTube.Pada pusingan pertama Asian Wave 2012, Shila telah menyanyikan lagi penyanyi Adele, Set Fire to the Rain dan pada pusingan kedua dia mengalunkan pula lagu penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu Forever Love yang telah menarik perhatian juri dan komposer terkenal China, Eric Moo.
Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke pertandingan akhir yang telah berlangsung sejak 31 Ogos lalu dan pemilihan akhir seramai lima penyanyi sahaja.Asian Wave merupakan pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari penyanyi bertaraf bintang yang mewakili negara masing-masing.Shila yang kini berada di Shanghai akan pulang ke tanah air pada 26 September ini. Beliau bagaimanapun gagal dihubungi Kosmo! bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kemenangannya itu
JOm join segmen HanifIdrus Segmen Terjah...kini jumlah peserta ialah 113 orang!!!!!!!!

Catat Ulasan

8 Ulasan

Rochelle Liong berkata…
Wow ! Banyak tu woo ! Shila telah membanggakn nama M'sia . SO proud of her !! :D
Tanpa Nama berkata…
Tahniah untuk Nur Shahila Amir Amzah.....
nanti ada masa bawa lagu Jalur Gemilang plak...hehehe
Aimacomel berkata…
tahniah utk shila amzah.. bangga2 anak malaysia menang =)
Niza Romli berkata…
tengok youtube shila ptg tadi..memang best vokal dia smpi juri semua bangun dan bertepuk tangan. tahniah shila :)
Unknown berkata…
beliau mmg terbaik
Unknown berkata…
rezeki shila.....
terbaek!!
Salmi berkata…
Dah tgk kat you tube.. memang hebat persembahan shila..