Lesen Untuk GRO Di Labuan

Lesen Untuk GRO Di Labuan

hanifidrus
Salam Satu Blogger. Pelik tapi benar yang berlaku di Malaysia iaitu pengeluaran lesen Pas Lawatan Kerja Sementara( PLKS) untuk GRO Filipina. Inilah yang aku tonton tadi semalam semasa perbahasan Parlimen.
PLKS untuk GRO ini harus diperbaharui setiap 6 bulan  Selepas 2 kali (1 tahun) Pemegang lesen PLKS GRO ini harus ada "cooling time" selama 6 bulan lagi di negara mereka sebelum datang ke Malaysia atau Labuan.

Memang dari segi istilah tiada apa sangat dengan GRO atau lagi sedap kalau istilah dalam bahasa melayu, Pegawai perhubungan Pelanggan. Tapi realitinya GRO ni menggambarkan pekerjaan yang bergelumang dengan minuman keras dan pergaulan bebas, dan di Malaysia ni kalau kata GRO orang akan faham lebih kurang macam pelacur, mungkin sikit bawah ja dari pelacur.

Wah!!! rakyat Labuan dah advanced bro...GRO asing dah ada lesen. Tak lama lagi anak-anak gadis Labuan pun dah boleh mohon lesen jadi GRO sebab mereka kan anak watan Labuan..hehehehe.
Mana boleh kasi wanita Filipina dominasi negeri Labuan....hehehhehe.

Aku sebenarnya terkejut mendengar perbahasan dan penerangan sebegini diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Apa keistimewaan Labuan sehingga mampu memberikan lesen PLKS GRO. Aku tak nampak logiknya dari segi moral dan agama rakyat berbilang bangsa di negara tercinta aku ini.

Mungkin kerajaan Malaysia bercita-cita hendak menjadikan Labuan saingan kepada Hadyai di Thailand dan Batam di Singapura sebagai pusat seks bebas Asia Tenggara.

Tak lama aku rasa lesen pelacur pun akan diluluskan kot!!!
I'm Speechless....!!!
Anda pula.....?
Atau aku ker orang yang terakhir yang mengetahui perkara ini....kikikiki/





Catat Ulasan

18 Ulasan

Jue Jaynee berkata…
kat sabah ? pelik tu..ada lesen ke.xde lesen ke..mmg banyak juga.

perubahan yang drastik blog abg ni.
sampai xkenal da..
Unknown berkata…
siap ada lesen bagai .. mkin advance ler mlysia nie
OKje berkata…
Risaunya....kang tak pasal-pasal bencana datang!!! Na'uzubillah...
MalizaMah berkata…
knp boleh begitu yerk???
persoalan persoalan.
Momo berkata…
dgr2 labuan femes dgn bende macam tu...dah takde sekatan ke??
wantie berkata…
hamboi... apa kes bagi lesen tuk GRO? memang melampau. tak kisah le org asing ke orang tempatan. benda tak baik wat pe nak luluskan.

harus di banteras.
dya nasir berkata…
bukan nk banteras tpi menggalakkan..dya baru tahu pasal ni
Nor Zilla Sensei berkata…
saya pun org pertama yg th ni.huhu.
sama la kita :-)
Tanpa Nama berkata…
GRO ? LESEN ? bio benau ??

dah letak blog awak dlm bloglist saya
Blog Santai berkata…
Hmmm..not good...not good
haryati berkata…
wah...yeke? erm... semoga bumi malaysia sentiasa dalam lindunganNya...amin
boni kacak berkata…
tunggu je la bala sampai lepas ni...
Unknown berkata…
gro pun dapat lesen....pasni tak leh ler pi serbu...sebab berlesen.....
apa nak jadi pun tak tahu lah......
nak kena bala ler tu.....
Cikrosecute berkata…
dunia sekrg tak ikut syarat agama...lesen gro pun di luluskan...
Mrs Velentine berkata…
Labuan mmg banyak GRO filipin
karmilaillang berkata…
sentap sy bang hanif.....bru tahu perkara ni, sebb sekrg sy menetap dekt labuan
minuman keras, rokok, coklat dan tax kereta import je yg murah dekt cni..
labuan ni kecik je..tpi ada 50 pub d sekitar labuan yang beroperasi setiap malam..huhuhuhu
mudah2an d jauhan drp sebarang bencana...
karmilaillang berkata…
sentap sy bang hanif....bru tahu pulak siap bg lesen bagai....

labuan ni tak da apa yg menarik hnya yg murh, coklat, minuman keras, hrga rokok, dan tax kereta import...

labuan tak la besar mn, tpi klu tak silap ada 50 pub beroperasi setiap malam dekt cni...

mudah2an, labuan d jauhan drp bencana Allah....
Tanpa Nama berkata…
mmg byk pinoy d labuan nih.. alasan bg dirg lesen sbb itu la pencarian / income labuan..
sy pun kaki enjoy jg, tp sdh insaf...
benda ni ssh mo hapus selagi polis mc terima / ambil duit perlindungan, tauke ayam tuh pun kaya jg bah , duit bah itu, siapa indak mau?