10,000 bakal hilang pekerjaan bila gaji minimum dilaksana tahun depan

10,000 bakal hilang pekerjaan bila gaji minimum dilaksana tahun depan

hanifidrus
Salam Satu Blogger. Kecoh sekarang di Indonesia kerajaan Indonesia ingin melkasanakan gaji minimum tahun hadapan RM695.
Ramai majikan menyatakan  kebimbangan mereka, dan perkara ini akan menyebabkan ramai majikan lari.

Tapi sebenarnya kalau anda lihat gambar di atas, harga barangan semakin naik tapi gaji yang tidak naik-naik. NILAI RM10 pada 10 tahun yang lalu dengan pada masa sekarang amat berbeza jauhnya.
Betul tak?

Dan untuk Malaysia jua, pada tahun hadapan semua majikan harus melaksanakan gaji minimum RM900 kepada semua rakyat Malaysia.

Sudah tentu ujudnya pro dan kontra dalam hal ini tetapi dalam jangka masa panjang, taraf hidup rakyat sudah tentu stabil dengan merendahkan gapping yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terlalu miskin.

Kalau di Indonesia Gaji Minimum RM695 dan Malaysia RM900 sahaja, cuba tanya majikan berapakah sebulan gaji mereka.. Mereka tetap untung cuma margin keuntungan mereka kurang. Tapi yang pasti gaji mereka pasti melebihi RM900....hehehehehehe


Asosiasi Pengusaha Indonesia (Apindo) berkata, sekurang-kurangnya 10,000 pekerja boleh kehilangan pekerjaan apabila pentadbiran Jakarta melaksanakan kadar baru gaji minimum sebanyak 2.2 juta rupiah (RM695) tahun depan. Ketua Divisyen Keselamatan Sosial dan Gaji Apindo, Hariyadi Sukamdani semalam berkata, peningkatan 44 peratus itu bakal menjejaskan majikan.

“Hingga kini, 100 syarikat pakaian merancang untuk menutup perniagaan mereka ekoran peningkatan gaji itu,” katanya kepada tempo.com. Dia berkata, beberapa kilang kasut turut menimbangkan untuk mengambil tindakan sama.

Syarikat intensif buruh yang dimiliki peniaga Korea dan Jepun terletak di Kawasan Berikat Nusantara di utara Jakarta, menyuarakan mengenai masalah lebihan pekerja jika gaji baru itu dilaksanakan. Hariyadi yang juga Timbalan Pengerusi Kamar Dagang dan Industri Indonesia (Kadin) berkata, duta Korea dan Jepun telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap polisi baru itu kepada Apindo dan Kadin.

Minta tolong Klik Google + kat entri ini. SEO Contest ler....hahahaha


Catat Ulasan

12 Ulasan

MalizaMah berkata…
dh klik g+... heeee.....
hmmm....
susah juga bila ada gaji minimum...
Unknown berkata…
aduhai... bila citer ttg gaji sedih la sangat... tapi ok la kan, naik je tiap tiap tahun.

naik tu ciput. syukur gak daripada tak dak langsung.

bila talk about barang naik harga. mau pengsan. sakit hati mula bertambah tambah la pulak.
jie susanos berkata…
bgus la gaji naik...
Unknown berkata…
sedih pulak bila kenangkan nasib semua pekerja yg terbabit nanti......
Unknown berkata…
ni brite untuk indonesia yek bro?
beckhrooy berkata…
RM900 sebulan untuk Malaysia memang perlu pada pendapat aku, RM695 pula no komen sbb tidak tahu sama ada itu byk atau kurang di sana.
cydayf berkata…
Oklaa klu gaji naik..
boni kacak berkata…
gila la..sanggup tutup perniagaan daripada nak menggajikan pekerja
dya nasir berkata…
ok lah kalau gaji naik..tpi xpyh lah smpai tutup perniagaan.huhu
Razif berkata…
Di Malaysia ni kalau sykt besar mungkin la boleh melaksanakan gaji minimum RM900 tu, kalau pengusaha kecil jenuh tu
OKje berkata…
Jadi majikan pening jugak ek.... nak bayar gaji lagi, modal lagi...tak yah keje lagi senang..he..he...