Fotografi: 50mm/f1.8 Budget Terbaik DLSR

Fotografi: 50mm/f1.8 Budget Terbaik DLSR

hanifidrus

Salam satu blogger. Hari ni mood nak cerita tentang fotografi pula....hihihihihi.
Dalam bidang fotografi ini, tiada siapa yang boleh mendabik dada bahawa dia yang terbaik.
Kerana bila berbicara tentang fotografi ini ia berkaitan imaginasi, idea dan sudah tentu sedikit ilmu yang asas tentang shutter speed, aperture dan ISO.
Macam berblogging, ilmunya tak habis setakat buat entri tapi mesti memahami sedikit ilmu SEO. Betul tak?
Dalam dunia fotografi lensa adalah penghalangnya kerana harganya dan lensa pula boleh dikategorikan samada macro lensa, zoom lensa atau prime lensa.
Hari ini aku nak cerita tentang prime lensa yang telah berdekad ada dipasaran iaitu 50mm/f1.8.
Harga murah sangat..kalau baru dalam RM400 dan secondhand RM100 boleh dapat.
Ini harga Canon lensa.
Kelemahan prime lensa ini anda tidak boleh adjust zoom dia. Dia statik. So untuk atasinya anda mesti bergerak mengikut kesesuaian objek.
Tapi yang mahalnya ialah optikalnya iaitu f1.8 dimana anda boleh dapatkan depth of field yang cantik. Atau bahasa mudahnya blur background terutama kalau ambil gambar potrait.
Kalau standard lensa aperture kau hanya boleh turun f3.5 maks.
Selain itu kalau guna prime lensa 50mm/f1.8 ini anda tidak hadapi kesukaran ambil gambar ditempat yang kurang terang sebab sekali lagi aperture dia membantu.
Tahukan apa tu aperture..maksudnya lebih kecil f lebih besar bukaannya so anda tak perlu guna shuttter speed kecil.
Guna flash ler...kadang2 flash ini dia menghilangkan warna2 lain disekelilingnya. Tak best rasanya...terutama melibatkan event yang bercahaya warna-warni.
Aku bercerita tentang lensa yang murah. Kalau nak 18-250mm dengan f1.8..emmmm. Harganya RM4000 kot. Ini contoh...
Bagi pengguna DLSR boleh beli lensa ini kalau mood nak guna lensa standard 18mm-50mm tu dah tahap membosankan..kikikiki.
Aku dah cuba dan ianya marvelus sekali. Budget lensa murah dan hasilnya wow!!!?
Tapi anda boleh tanya juga kalau kedai ada jual extension tube.

Untuk pengetahuan aku dah dapat follower 1000...Secret Lady..Thanks yekk..Nanti aku review



Catat Ulasan

9 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
wah,banyak ilmu tentang fotografi ni..
Aimacomel berkata…
saya kalau bab fotografi ni mmg xtau pape la. yg saya suka gambar saya je ada kat dlm tu. kehkehkeh..
anyways thanks utk info ni. sgt berguna sbb adik & kakak sy pengguna DSLR
THE AUTHOR berkata…
hehehehhe...tahu sikit2 tu nakkongsi sama rakan-rakan. Sekarang kan trend pakai DLSR.
Jumpa yang baik dan murah ..tu g tau!!
Jie berkata…
Taktahu sangat ilmu pasal fotografi nnih, wah! la de surprise jgk eh.
Razif berkata…
tak pakar pasal photographi ni ..
wantie berkata…
ckp tentang lense ni, bila nak beli je rasa menggelator lutut.

memang mahal..
Unknown berkata…
tak pernah pakai dlsr....... camera remy kechik jer.....
Cikrosecute berkata…
seronoknya dapat kamera nie..
SyapickDoherty berkata…
thnx for info..jenguk2 la blog sy ye..boleh bg komen yg membina :)