Bidang Fotografi Berdosa

Bidang Fotografi Berdosa

2012 Tahunku Yang Kacak

Salam satu Blogger. Tempoh hari ada satu perbincangan secar santai dengan salah seorang rakan tentang dunia fotografi ini. Kawan aku ini memang tahu hobi aku ini mengambil gambar. Tapi pandainya tak juga!!!..heheheheh.

So dia tanya aku macam mana nak pandai mengambil gambar ini. Aku kata setiap ilmu itu haruslah ada guru samada kau research dari sumber-sumber tertentu dan kemudian berguru dengan cara yang betul. Cara berguru terdapat pelbagai cara, sudah tentu kita tak mampu nak membayar kos  yang tinggi  untuk bidang fotografi ini. Apatah lagi bidang ini hanya untuk suka-suka sahaja. Dahlah lensa dan kamera mengambil kira kos yang tinggi. Lagipun macam aku ni yang bekerja, mungkin masa mencemburui aku untuk maintain kelas-kelas fotografi ini.

So aku kata joinlah outing-outing fotografi yang dianjurkan. Seperti sessi ambil gambar model atau seni landskap kita join. Join apa sahaja aktiviti yang diadakan. Dari situ akan ujudlah satu team fotografi yang membolehkan kita belajar dan menceduk ilmu dari mereka. Setahu aku, selama yang aku  join group-group ini mereka semua tak pernah lagi kedekut ilmu..

Member aku kata, apabila kau join aktiviti sebegini bermakna kau mesti mempunyai model kan?
Ya..aku akui dan aku menambah biasanya kalau bayaran model ini 2 jam dalam RM150 - RM200 bergantung pada model itu sendiri.

So member aku tanya lagi, so kau orang berami-ramai ler mengambil gambar model tersebut mengikut arahan yang kau orang berikan?
Ya....sebab kami bayar so dia kena ler ikut style yang kami berikan..

Member aku bertanya lagi, maka kau melihat aurat model tersebut kan? Bukankah secara tak langsung kau bersubahat dalam maksiat ini?
Aku mendiamkan diri. Pada mulanya aku hendak marah tetapi bila difikirkan apa yang dikatakan oleh kawan aku ini ada benarnya...

Satu persoalan yang tidak terpikir dibenak aku selama ini. Memang benar sekali. Kalau nak dikutkan 90% gambar model yang diambil biasanya memang seksi ler. Tapi pada masa itu niat kami bukanlah pada nafsu tapi atas nilai seni fotografi ketika itu. Memang dalam hati ada terdetik  "lawanya model ini".

Tapi pada masa yang sama kita membenarkan pelakuan tersebut kerana terdapat demand dari ahli-ahli fotografi yang sering membuat outing...
Dan pada masa yang sama kita menghalalkan kelakuan tersebut padahal pada khususnya ianya salah sama sekali...

Ini cabaran sebagai pengetik gambar sebenarnya yek....
Dan nasib baik aku suka ambil gambar-gambar abstrak, gambar semut, kucing, ikan..... hehehehehehehe.

Catat Ulasan

19 Ulasan

M'Rie R'Nie berkata…
Hehehe..dalam bidang photography. Model itu tidak termaktub hanya kepada manusia sahaja. Model itu boleh juga haiwan, tumbuh-tumbuhan, mahupun harta benda. Mungkin sahabat saudara itu berfikir dari 1 sudut sahaja. sebenarnya saudara bisa menjawab seperti yang saya nyatakan.

model manusia pun enggak salah. as long apa yang dipakai enggak mendedahkan auratnya serta tidak menaikkan nafsu syahwat jurufotonya.
TRAVELOG ATEH berkata…
memang berdosa kalau amik pic perempuan ataupun lelaki yang mendedahkan aurat. kalau amik pic prmpuan pun yang tutup aurat gambarnyer hendaklah dipuji dr segi lihtng, kmpossi etc dan bukan memuji kecantikkan model itu sndri. apa pun amik pic landskp pun best
Unknown berkata…
kadang bergantung pada niat photographer itu sendiri..=)

tp apa yg penting, cantiknya sesuatu gmbar terletak pada kepintaran photog itu..
Unknown berkata…
berhati-hati dalam urusan hati :)
Aimacomel berkata…
xtau nk komen pe.. ada pro ada kon jgk dlm isu ni.. Kalau dah mmg terang2 salah & berdosa tu ttp jgk la berdosa kan.. tp.. entahla abg hanif,
Aieda Adnan berkata…
aku suke amek gamba architecture... :)
Unknown berkata…
susah nie, terpulanglah dengan niat. tapi yang jelasnya, gambar potrait memang dilarang, samada menutup aurat atau tidak. tolong perbetulkan kalau saya silap.
MalizaMah berkata…
emmmm no komen.. sbb bab2 ni leeza pun tidak menguasainya..
jadi info di atas adalah baik.. tq..
wlpn leeza bukan jenis snap2 pic org. haaaaaaaaaa
cydayf berkata…
ergh, no komen jugak.. tak berani nak berhujah bab-bab gini, cyda dtg membaca je :D
Pha Is berkata…
banyak lagi benda yg boleh dijadikan model selain manusia yg x menutup aurat. hehe
Pha Is berkata…
banyak lagi benda yg boleh dijadikan model selain manusia yg x menutup aurat. hehe
khairil berkata…
hmm.. ada betulnya pandangan tu. kalau nak selamat mungkin lebih baik ambil gambar pemandangan semulajadi, sambil tu dapat juga memuji keindahan alam ciptaan Tuhan :)
Bunda_nora berkata…
bunda tak arif dalam bidang ni..so ambil saja pendapat yang baik...
CikMunBlogger berkata…
wah ! ade abang photog la masuk blog kite . pasnie kalau mun ade amik gmbar ape ape , boleh mohon komen and kasi kata membina kan ? hehe

mun nie bukan photog , tapi minat photography . huhu . sebelum nie mun pernah terfikir pasal nie . disebabkan mun was was dengan isu nie , mun tak amik gmbar org yg tutup aurat selain gmbar bdak bdak je .

mostly mun amik gmbar nature or bebudak je . hehe .
OKje berkata…
ambik bini je le sebagai model... dapat pahala lagi...he..he...
Unknown berkata…
kalau remy...model nya mestilah makanan.....he3
Tanpa Nama berkata…
Salam tuan blog.

Sy seorang jurugambar dan pernah berbahas dgn seorang rakan tentang hal ini.

Semuanya bergantung kepada niat jurugambar itu sendiri. Sy akui terkadang fikiran kotor menjengah tiap kali merakam gambar aksi model. Mengenangkan perkerjaan begini punca pencarian rezeki, iman perlu diperkukuhkan.

Jadi, pandangan sy, niat dan iman memainkan peranan dalam pekerjaaan ini. Selain sikap profesionalisme diutamakan.
Unknown berkata…
jgn ambik gambo perempuan..ambik je alam sekitar sbg model :D
Tanpa Nama berkata…
@Syaifuddin Alias tp kne ingat la, dlm fotografi ada landskap, modelling, product, decoration.

tapi klu setakat bli kamera SLr utk upload dlm fesbuk etc elok la amik landskap je.

semua selamat. diri sendiri jauh dari maksiat, model plak xjadi bahan salah guna org lain.