Hanif Idrus SEO : Heading Tag

Hanif Idrus SEO : Heading Tag

hanifidrus
Apa itu heading tag. Ianya adalah satu struktur HTML dan  sebahagian teknik SEO. Sebenarnya heading tag ini terdapat 2 fungsi yang berbeza tapi digunakan serentak. Walau bagaimana pun ramai bersetuju heading tag ini amat penting untuk SEO.


Kepentingan Heading Tag Dalam SEO
Secara singkat, penggunaan heading yang baik akan dapat membantu artikel menjadi lebih terstruktur. Dan pada akhirnya akan mempermudah pengunjung (pembaca) dalam membaca/mempelajari artikel. Selain itu, penggunaan struktur heading yang baik juga akan mempermudah (ro)bots Google dalam mencari keyword penting dalam artikel (yang diharapkan nantinya akan meningkatkan SERP artikel blog di Google).

Terlebih dahulu, aku rasa lebih baik kita  semua fahamkan dahulu apa itu heading di dalam struktur blog atau laman web. Heading merupakan tajuk utama untuk satu-satu artikel/kandungan atau elemen-elemen lain yang wujud dalam satu-satu dokumen HTML. Ini merupakan satu asas untuk pendalaman ilmu SEO untuksemua.

Saiz Tulisan Dalam Heading Tag
Masalah utama apabila kita menggunakan heading tag ini ialah saiz tulisan anda berbeza-beza mengikut dari h1 ke h6. Bahasa mudahnya ialah sebuah tag/code HTML untuk memperbesarkan tulisan. Lihat gambar diatas.  Ini menunjukkan saiz tulisan memain peranan yang penting dalam Google mencari keyword yang penting.

Bukan sahaja saiz tulisan tetapi tulisan yang digelapkan ( bold), italic semuanya mempunyai makna keutamaan dalam Google. Berhati-hati apabila anda menggunakan benda-benda semua ini.

Kesimpulan
Sebagai contoh dalam entri saya 2012 Tahunku Yang Kacak. Aku memaksimakan penggunaan heading tag H2, H3 dan H4. Setiap heading tag sudah tentu terdapat tajuk 2012 Tahunku Yang Kacak sebagai umpannya...hehehehehhe. Daripada entri tersebut anda dapat melihat masalah utama iaitu saiz tulisan yang berlainan. Nampak macam buruk ajer.....hahahhahahah.

Jangan anda keliru dengan heading tag ini. Secara amnya kekuatan heading tag bermula dari h1 ke h6. Lagi kecil nombornya lagi power.
Tetapi anda menghadapi masalah saiz tulisan. Biasanya dalam entri kita gunakan h3 - h4 sahaja. Itu pun dah mencukupi daripada langsung tidak gunakan?

Pada dasarnya saya memahami ramai kurang memahami heading tag ini sama seperti saya sebelum ini tapi kita ambil konsepnya sahaja.
Bagaimana nak letakkan heading tag terdapat pelbagai cara, tidak perlu mengodek kod HTML.

Tahukah dalam blogspot juga terdapat heading tag yang telah disediakan?
Tahukah anda terdapat satu aplikasi untuk taip entri yang mesra SEO iaitu Window Live Writer ( maaf gambar hilang)


Catat Ulasan

16 Ulasan

Unknown berkata…
hanif, blog awak dah semakin kacak lah, banyak tip2 blog dah blog awak...bagus saya suka dapat ilmu
afzalsukasuki berkata…
oo saiz font pon memainkan peranan ke?hmm.pasni aku nak bold benda2 penting la.tq2 sebab berkongsi :)
Unknown berkata…
hu3...susah jugak remy nak gaham pasal SEO nie......
kena ambil khursus dgn bro ler.....
Cik Nor berkata…
all the best..:)
teratai berkata…
Hanif memang berilmu dlm bidang SEO ni...tahniah!
Pha Is berkata…
walaupun masih kurg faham, tapi lpas ni nk kena belajar lagi la pasal SEO ni.. hehe
wantie berkata…
betul tu. yg kecik tu la yang rasa sangat nak baca & nak click.
dya nasir berkata…
sushnya nk faham seo ni
haryati berkata…
tq for sharing info ni...
Tanpa Nama berkata…
huhu..poning3..

bro ditag : http://reality2fantasy.blogspot.com/2012/12/segmen-siapa-yang-paling-jujur.html
Unknown berkata…
info amat berguna..tq bro...
Encik Bell berkata…
serius cakap ilmu tentang SEO ni seronok utk dipelajari. tapi klu x cuba mmg susah nak faham :)

thanks atas info yg menarik ini
Pecinta pink^^ berkata…
tak berapa paham..hukhuk..
OKje berkata…
Pergh!!!! bila Hanif idrus berbicara....memang serammmm!!! he..he...
OKje berkata…
Pergh!!!! bila Hanif idrus berbicara....memang serammmm!!! he..he...