Kegilaan URL dot.my - Wajarkah?

Kegilaan URL dot.my - Wajarkah?

2012 Tahunku Yang Kacak
Salam Satu Blogger. Hari ini nak cerita tentang isu panas blog percuma yang di war-warkan oleh semua rakan blogger terkini. Iaitu dot.my.
Aku pun tak terkecuali yang begitu excited tentang benda ini...heheheheh
Hinggalah aku telah join satu segmen yang dianjurkan oleh blogger coklateyes yang memberi tunjuak ajar bagaimana nak ambil domain baru ini.

Sebelum tu aku nak cerita sikit pasal domain baru ini. Ianya di bawah kelolaan MOSTI yang memberi tawaran percuma kepada semua blogger yang inginkan blog baru percuma selama setahun. Pada dasarnya ianya bernilai RM200 tetapi promosi ini anda hanya perlu membayar RM20 setahun selepas tamat tempoh promosi setahun percuma.

Manakala domain yang digunakan ialah dot.my berbeza dengan domain-domain blogger gunakan iaitu dot.com.
Pada dasarnya tidak berbeza kerana dalam dunia SEO ini website yang power ialah bertemakan wordpress dan juga mempunyai URL yang pendek.
Sebagai contoh:
http://hanifidrus.blogspot.com dengan http://hanif.my ----maka ianya lebih mesra SEO URL yang pendek.
Dan satu dunia tahu wordpress is the best kerana mempunyai add on yang mesra SEO.

Oleh itu samada anda guna dot.my atau dot.com ianya sama sahaja.
Tetapi dari segi psikologi pula, masyarakat dunia web sudah lama terbiasa dengan dot.com. Dalam kepala mereka kalau guna dot.com memang best !!! Dan ianya menjadi pelik kalau anda lihat blogger menggunakan dot.net dan yang terkini dot.my...hehehehhe. Betul tak?

Tapi pada asasnya, saya merasakan ini adalah peluang yang terbaik untuk kita mempelajari bagaimana mengguna domain sendiri.
Dari situ kita dapat bereksperimen menggunakan pelbagai aplikasi yang baru.
Dan  jika templates blog dot.my anda tidak rosak semasa proses pembelajaran ini maka teruskan...
Jika hancur dan sudah tentu anda akan dapat sedikit ilmu semasa menghancurkan templates dot.my --so anda mempunyai keyakinan untuk domain baru yang lain.

Tapi ingat apabila menggunakan domain sendiri anda hadapi dua masalah iaiatu bandwidth dan hotlinking.

Untuk pengetahuan aku dah daftar dengan dot.my..hehehehhehehe.
Tapi masih berfikir nak transfer semua blog aku ke sana....sebab nanti rosak PR aku dan Alexa aku.
Dan paling penting aku dah macam baby baru...kena start dari awal..huhuhuhuhuu
Kalau berminat nak domain ini jom terjah entri blogger coklateyes ini.-Dia ada ajau macam mana nak buat website dot.my----KLIK SINI.
Tapi beritahu dia yek...

Catat Ulasan

25 Ulasan

Unknown berkata…
dh berjaya !! tp ada perkara yg pending lg. ting tong ... hehehh
Azlan Strider berkata…
mula-mula aku baca igtkan url djadi macam .com.my tapi rupanya domain nie jadi dot.my rupanya..tapi aku rasa .com gak stylo..hehehe

Regards,
-Strider-
Unknown berkata…
fiq pun tengah benda ni gak..huhuh..
klu kita tukar .my,
link kita kt blog2 org lain akan hilang tak?
Misterie87 berkata…
Bro silap ni. Domain tak dak kaitan dengan Bandwith & Hotlinking..tu hosting daa...
Unknown berkata…
tag abg hanif.
http://wanaowen.blogspot.com/2012/12/25-random-facts-about-me.html
=)
Tanpa Nama berkata…
mcm best je try...
M'Rie R'Nie berkata…
Ada function redirect url semasa kita pasang custom domain kat blogspot. Untuk WP sememangnya kita dah guna custom domain unless pengguna WP.com, it means setiap kali orang klik link/url blogspot depa secara tidak langsung akan dibawa ke blog yang menggunakan custom domain. and tak perlu risaulah pasal PR tu semua. dengan Ilmu dan pengalaman yang anda sudah miliki..rasanya tak susah pun nak dapatkan semula PR tu.
OKje berkata…
belasah aje le apa-apa pun...janji ada URL...he..he..
nizarazu berkata…
waww.. menarik, :)
Unknown berkata…
Masih cuba untuk memahami dan menilai implikasi ke atas keadaan yang sedia ada.
belogisam berkata…
hanif blh mntak tlg tak berkaitan domain ni,, email me at seraikayu12712@gmail .com
Unknown berkata…
remy pun dapat link tu... tapi blur camner nak tukar...ingat maintain ajelah blogspot.com nie..... baru org tahu remy ada blog...he3
Aimacomel berkata…
Sy mau fikir byk lg tntg domain bt masa ni. Mungkin future la. Sbb takut xmampu nk bg full komitmen dlm dunia blogging ni
Unknown berkata…
baca entry ni membuatkan saya terpikir "bertapa lemahnya aku dalam dunia blogging"

tak tahu pebendenya seo bagai~
xpe, nnt belajar :)
selipar putih berkata…
dah tukar .my..payah gak la masa tukar tu..hehe
Unknown berkata…
aah... ramai dah yang bertukat ke dot my...

betul cakap bro M'Rie.. bro hanif boleh dapat balik alexa rank dan PR tu... :)
Unknown berkata…
apa lg bro kasik tukar la domain alang2 dah register...haha

pandangan santai sy, kelebihan berdotmy ni ialah kita akan rasa mewah sikit pasal pakai domain mahal...LOL (sori pandangan tak membantu....)
Unknown berkata…
Aku lagi lah tak tau apa benda semua tu.hahaha
mama lynn berkata…
yup... samalah kt cik amal. + tak sempat kot nak buat n transform blog ni spt org lain.. hehe masa blogging agak terbatas
cydayf berkata…
kita pun dah tukar domain.. hehehe
wantie berkata…
saya masih selesa dengan .com. ye la kalau kita tulit url dot.my. nanti org tak bape nak tau.

tak pe lah saya maintain ngan .com jer la.

Unknown berkata…
aku xreti nak tukar2 so guna .com je dulu tunggu aku investigate dulu.
muehehehe
Sukma berkata…
still used yang lama....
Hafiz Hafizol berkata…
Bro aku dah dekat semggu tukar.. Tp betul la mcm yg ko ckp tu ... blog jd new born baby balik... sedih...

Paling ketara traffik jatuh ... hampir 50% jatuh...


Ingt lepas tukar dot my nie lagi mesra SEO rupanya x... Sy cadangkan bro x payah la tukar.. kahkah... Mcm sy nie nak menyesal dh x guna sbb dh tukar. Bro x tukar lagi.

Tp kalau nak pembaharuan, ok gak tukar.. Cuba je dulu tgh dlm masa setahun ape peningkatan pd blog.. kalau xde perubahan atau makin teruk , stop la pakai domain tu. Kita bertukar ke blogspot plak. hahaha :)