Kenangan Dragon Ball di TV2

Kenangan Dragon Ball di TV2

hanifidrus

Dragon Ball!!! Salam Satu Blogger. Ingatkah kamu dahulu Dragon Ball yang disiarkan di TV2 menjadi kegilaan seluruh rakyat terutama sang lelaki
tidak mengira suami, abang, adik anda. Ianya disiarkan setiap hari Sabtu dan Ahad di TV2.
Dan aku merupakan salah satu penonton Dragon Ball ini sehingga penamat
ceritanya hinggakan aku pernah membeli koleksi Dragon Ball dari siri 1 hingga 43. Gila aku kan...hehehehehe
Tapi aku rasa pada masa itu semua penduduk Malaysia memang gilakan kartun ini.

Kalau tak salah aku siri kartun ini disiarkan dalam tahun 1997 ler. Memang cukup lama kenangan itu tapi aku rasa jika sesiapa yang mempunyai abang, ayah atau suami mesti pening kepala melihat kegilaan tersebut pada ketika itu. Rata-rata seluruh rakyat Malaysia tidak mengira umur sanggup bangun pagi semata-mata nak menonton siri kartun ini.

Hinggakan si isteri yang hendak pergi ke pasar terpaksa mengalah membenarkan suami atau anak mereka menonton kartun ini terlebih dahulu.
Kenangan itulah hingga kini masih menjadi perbualan generasi TV2 ini yang masih bercerita tentang kehebatan kartun ini.

Walau pun ia tidak sehebat Doraemon tapi taringnya memang cukup tajam. Kebanyakan pembaca blogger Hanif Idrus ini semua muda-muda dan cantik-cantik belaka dan rasanya tidak ketahui kegilaan pada tahun-tahun tersebut. Rasanya 2 tahun cerita ini disiarkan di TV2.

Sesekali mengimbas kembali cerita kartun kegemaran aku dengan kuasa bebola dia melayan pelbagai musuh dari kaun Saiya, Pikor dan pelakon utama Naga 7 bintang.... Padahal aku memang suka cerita kartun pun...hehehehehhehehe.
Walau pun umur masih meningkat tapi aku rasa semua rakan -rakan blogger aku masih suka tengok cerita kartun kan...kikikikiki.

Catat Ulasan

21 Ulasan

Unknown berkata…
suka baca versi komik.yang keluar kat TV mcm kurenggg.
Niesa berkata…
dulu masa zaman budak2..mmg xpernah miss tgk crita ni..semua akan berkumpul ramai2 tgk dragon ball.. hehe
eycha berkata…
Dragon ball memang terbaik ! Dulu bangun pagi semata2 nak tengok GOKU !
Lokman berkata…
perh.. teringat zaman kegemilangan dragonball dulu.. rela ponteng kelas semata-mata nak tgk cerita tu.
cydayf berkata…
betul-betul, dulu kecik-kecik suka tgk dragon ball, siap blh mintak kebenaran kat cikgu nak dtg kelas tambahan lambat sebab nak tgk dragon ball dulu, hahaha :D
Cik Bayan berkata…
yeah!! sekarang masih tengok lagi, ada kat saluran Astro ceria 611..
Unknown berkata…
bro..yg GT dh layan ke?? lg marbeles..
Tengok sini ==>> Asal-Usul nama Harimau Malaya
wantie berkata…
hahaha... semata mata nak tengok Dragon Ball ni le, aku lewat gi meeting.
Unknown berkata…
kecik2 time g sek ssh nk bgn..tp sabtu ahad mak xyah jd tarzen .. sbb memasing dh siap sedia dpn tv tggu DB ^^ ... indahnya kenangan
dya nasir berkata…
dya mmg suka kartun ni..dya suka part goku je..haha..lawak..haha..takut bini
haryati berkata…
suke tengok citer ni zaman kecik2 dulu...
Unknown berkata…
x minat lgsung...tp my brother mmg avid fan..beli cd..download..sume dia wat...
Aieda Adnan berkata…
dragon ball yang legend
selipar putih berkata…
series feveret dolu-dolu..haha
ayut berkata…
dengan kuasa bola...hahahha..dulu layan...tp tomato man plg ingat..pernah dgr tak?tp xla cite pasal hero2x ala dragon ball ni...cite bdak2x.. :)
Korn Ahmad berkata…
haha.giler x layan.. kalu hujung minggu x layan dragon ball emang x sah lah.. eh tapi kalo dragon ball ni di siar kan awal pagi pon aku rase org akan nengok...
Unknown berkata…
feberet remy waktu dulu dulu.......
Unknown berkata…
hahaha ingt lagi..bgun pagi2 nk tengok dragon ball.
OKje berkata…
Sangat tak suka kartun! Donald duck oklah jugak he..he...