UTC Melaka - BSN Mengecewakan

UTC Melaka - BSN Mengecewakan


UTC Melaka BSN
UTC Melaka BSN
Salam satu blogger. Semalam  iaitu pada tarikh 9.12.2012, aku pergi ke UTC Melaka untuk buat kad pengenalan baru dan tukar Kad BSN yang luput tarikh.

Operasi pembaharuan kad pengenalan semuanya berjalan dengan lancar. Tak sampai 30 minit semuanya selesai. Terbaik untuk JPN. Tabik untuk kakitangan Jabatan Pendaftaran Melaka yang bekerja keras melayan pelanggan yang tak putus-putus walau pun Overtime di hari minggu.
Kerja aku selesai dalam hanya 30 minit sahaja.

Bila aku pergi ke BSN pula, suasana amat berlainan, sunyi sepi dan bila kau nak tukar kad Bank aku, pekerja di sana beritahu teller keluar makan. Ok that find..

Lagi satu jam aku ke sana, masih makan lagi. Kena tunggu lagi, pada fikiran aku apa fungsi lagi seorang kakitangan Bank Simpanan Nasional tersebut yang tidak tahu menjadi teller. Adakah BSN tiada pekerja yang multitasking dengan mengharapkan seorang kakitangan sahaja.

Dari pukul 2.30 hingga pukul 4.00pm masih makan lagi. Ini benar-benar OT iaitu  OhhhhTidur!! oleh kakitangan BSN UTC Melaka.

Aku dah mula resah sebab aku ada 2 lagi urusan tak selesai. masa menunggu ada juga mangsa-mangsa keadaan yang lain. Semuanya menunggu. Bila tanya pada seorang pekerja , jawapan yang sama. Masih makan.
Aku mula tertanya lagi, zaman sekarang kan dah ada handphone, call ajer ler kata customer ramai yang datang.

Lepas tu aku tanya rehat berapa lama. Minah kat kaunter tu beritahu rehat 1 jam setengah sebab mereka kerja dari pukul 9.00am hingga pukul 10.00 malam.
Aku mula tertanya lagi, adakah 1 jam setengah tu melibatkan satu kali rehat atau 3 kali rehat?

Masa termenung aku ternampak no telefon Ketua Pengarah BSN Melaka. Apalagi aku sms Ketua Pengarah BSN Melaka yang tertera namanya di kaunter BSN.
Tak sampai 5 minit, telefon kaunter BSN berbunyi. Pengarah dia telefon ler tu.

Kelam kabut minah kat kaunter tu. Selepas 15 minit baru sampai teller multitasking BSN tu dalam pukul 4.15 pm. Terhegeh-hegeh melayan customer.
Terima kasih kepada Ketua Pengarah BSN Melaka yang bertindak pantas.!!!

Akhirnya pukul 4.30 petang selesai urusan yang sepatutnya selesai awal lagi!!!
Aku rasa rugi ajer BSN buang duit bayar duit OT pada pekerja yang tidak boleh bekerja.
Letak 2 pekerja tapi yang boleh bekerja seorang sahaja.

Dan sikap tanggungjawab pekerja BSN amat rendah sekali, padahal teller tu sudah tahu hanya dia sahaja yang mampu buat kerja tersebut apa salahnya kalau dia makan kantin bawah sahaja dan cepat-cepat naik.

Saya nasihatkan pada BSN, kalau tak ada kemampuan untuk melayan pelanggan. Buat apa kasi kad ATM tu ada expired date!! Panjangkan lagi tempoh tu supaya pekerja awak boleh berehat.

Lagi satu, ujudkan multitasking job untuk semua pekerja BSN iaitu mampu membuat beberapa kerja. So anda tak berharap sangat pada satu pekerja ajer. Ini perkara dah berpuluh tahun syarikat Jepun amalkan. Sebab tu BSN hanya dilanggani oleh pekerja kerajaan sahaja.

Lagi satu fungsi UTC adalah memudahkan rakyat, tapi jika BSN bayar OT pada pekerja tapi nilai bayaran tu tak setimpal. Baik beritahu dengan Datuk Seri Ali Rustam anda mahu tutup cawangan tersebut.



Catat Ulasan

26 Ulasan

Salmi berkata…
Wah, terbaiklah Haniff.. Org yg selalu alpa soal tanggungjawab macam ni memang perlu dikejutkan dari lena yang panjang tu..
wantie berkata…
sokong... pernah jugak kena kes mcm ni. masa tu nak buatpembaharuan buku di CIMB. dorang siap ckp yg kaunter ASB tutp then cadang kita ke cawangan lain.

bayangkan. masa rehat kita cuma sejam je. kalau ke sana ke mari mesti bos marah.

ntah le..
Denaihati berkata…
alasan tu tak masuk akal, sapa la nak percaya, bikin panas je...hee
terbaiklah tindakan bro.
Unknown berkata…
terbaik ar bro hanif mesej ketua pengarah BSN Melaka...
best baca citer ni..
mmg terbayang kat minda situasi tu..
huhu :)
Rashid berkata…
Bagus bagus .. tindakan yang tepat! terus telefon pegawai atasan. hehe .. kelam kabut rasanya pekerja sana.

Itulah sikap yang tak baik. Makan berjam-jam ..
MalizaMah berkata…
BSN ohhh BSN ..... macam2... pgalaman dgn bsn ni selalu kurang baik.
Diari Maya berkata…
Hmm bagus tindakan hanif tu, masa tu hilang rasa sakit hati kan.
Unknown berkata…
cyalah bro..terus cal pengarah
orang opis ni kekadang byk songeh..
kerje nak senang.ade bos bru nk serius.
pengajaran berguna utk sume..
Qashmere berkata…
Bukan Bank sahaja, Hospital pon sama. Makan gaji buta...bayangkan dulu masa UNI, kawan saya tercekik tulang nak x-ray, katanya orang xray pergi makan. dekat berjam-jam tunggu..sekali jumpa doktor bagi pain killer je..
last2 kami pergi pakar perubatan, bayar mahal sikit, tulang di cabutkan keluar.
Unknown berkata…
bagus tindakan bro......
dah bagi rehat mau lama lama...... itulah masalah pekerja malaysia.... ambil kesempatan.....makan gaji buta.....he3
wantie berkata…
agak agaknya la dia balik tido kot. maklumlah kerja sampai kul 10 malam.
keh keh keh
P#eoniX berkata…
susah nak cakap...slalu alasan macam-macam...apelah salahnya bagik alasan yang menyejukkan ati sket...haihhh!!!
OKje berkata…
Yelah ... kadang tu nak komplen kang marah....tak komplen servis tah pape!!
Tanpa Nama berkata…
Mcm yeye la ko hanip..nk complaim je idup ko..yg teller 2 pompuan ke
Tanpa Nama berkata…
Mcm yeye la ko hanip..yg teller 2 pompuan ke
Unknown berkata…
Pasal statment ni..satu maysia tanya aku..aku pkeje ttp di sini..skrg ni ko da jatuhkn maruah aku sebab statment ko x btol..btol ko mara..tp yg ko maksud kn teller pompuan kn..aku bole bawak bnda ni ke tengah klu ko x tkar statment ko sbb yg ko maksud kn bkn aku ttp teller penganti...1. fitnah aku la sbb ko x nyata sapa teller 2..2..aku bole bwak ke tengah pasal ko da malu kan aku..aku harap ko sedar manusia x sempurna..
Unknown berkata…
Pasal statment ni..satu maysia tanya aku..aku pkeje ttp di sini..skrg ni ko da jatuhkn maruah aku sebab statment ko x btol..btol ko mara..tp yg ko maksud kn teller pompuan kn..aku bole bawak bnda ni ke tengah klu ko x tkar statment ko sbb yg ko maksud kn bkn aku ttp teller penganti...1. fitnah aku la sbb ko x nyata sapa teller 2..2..aku bole bwak ke tengah pasal ko da malu kan aku..aku harap ko sedar manusia x sempurna..
Unknown berkata…
Hanif..aku teller ttp di sini..skrg ni ko da jatuh kn maruah aku..aku bole bwk ko tengah klu aku nk kuz da malu kan aku pd bsn pada kwn2 da pada umum..owg yg ko maksud kn ada la pada teller ganti..bkn teller ttp..teller tetap bcuti..tp ko x nyata kn siapa teller 2 nk ko just bgtaw minah(penyelia sje)..knpe aku bole bwk ko ke tengah..ko da malu kan aku n ko da fitnah teller tetap di utc bsn..tp kita manusia x smpurna..aku bole maaf kn ko dunia akhrat asal ko ubah or buang statement ko...jgn mcm ni..owg lain wat hal..owg lain yg kne..aku msh bole bsabar wlpun dari smua pihak tekan aku sekrg ni..aku rasa koda faham.nk karang blog bole..jg statemant skit..takut mkn diri nnt..pmbetul kn stetment ko 2 ye..as-salam...
THE AUTHOR berkata…
Sori bro...lambat. Teller pompuan bro. Muda lagi.
Tapi kalau hendak tahu lebih lanjut ada satu amoi yg kerja kat situ.
Dia lebih faham...
Tapi aku kan dah tulis tarikh aku pergi situ..so tiada masalahkannn...

Lagipun pengarah BSN pun aku ada sms. ....so info aku lengkap.

Maaf bro..kalau kau terambil hati tapi itu true story..macam mana aku nak tarik..
Salahnya..aku tak mention pompuan ker laki
Tanpa Nama berkata…
cayalah abg hanif, memang geram jugak kalau services macam tuh. sekurang2nya mereka leh berubah lebih bagus..tak perlu nak marah2 yang terasa ,jadikan sebagai pengajaran n baiki mutu kerja.

berani kerana benar..
Tanpa Nama berkata…
Setuju dengan saudara hanif.. tak de isu fitnah disini memandangkan diawal blog sudah dinyatakan tarikh kejadian, dari situ pihak terlibat dah boleh siasat dengan sendiri siapa yang bertugasa pada masa dan tarikh yang dinyatakan.
Tanpa Nama berkata…
Betul3....bt siasatn dlman.....
Tanpa Nama berkata…
tp aku plak akhir bln 12 thn yg sm dgn sedara hanif aku wat ic 2 jam br siap lps tu renew kad bsn jap je siap mgkn nasib aku baik time tu
... berkata…
Aku baru telefon bsn jln tun sambathan,bertanyakan berkenaan borang kpli tetapi pekerja perempuan tu yg aku lupa tanya nama dia,layan aku secara nada suara x best x ramah..mcm mls kerja,aku harap pihak atasan buatla system recording suara pekerja n customer,putarkan setiap hr tgk sendiri cara mereka layan customer..
Tanpa Nama berkata…
to mohd daniel:

kenapa kau bengap sgt nie.. msa berurusan tu manalah hanif tau samada itu teller tetap atau pengganti.. pokoknya pekerja kat situ lambat buat kerja a.k.a makan gaji buta... pikir sket bro..