Blogger Popular Tidak Semestinya Blogger SEO

Blogger Popular Tidak Semestinya Blogger SEO

hanifidrus
Salam satu Blogger. Hari ini nak bercerita tentang angan-angan menjadi blogger popular..hehehehehehe
Ramai yang mengatakan untuk mejadi blogger yang terbaik haruslah juga memahami SEO.

Betul ...blogger terbaik adalah blogger yang mempunyai pagerank dan Alexa yang baik. Itu pengukur asas sebagai blogger terbaik dalam dunia blogging.

Dan ramai rakan-rakan kita termasuk aku yang beria-ria mendapatkan pagerank yang baik. Macam kami buat adjust loading time, buat heading tag, buat meta description, alt image dan macam-macam untuk mendapat status blogger terbaik!!!

Tapi nasib masih tak menyebelahi aku lagi setakat ini. Masih ditakuk pagerank 1 sejak 2 tahun ini. Lamanya...heheheheh.

Tetapi adakah anda blogger popular jika anda menjadi blogger terbaik dalam SEO? Tidak semestinya...
Kerana bagi aku blogger popular bukan bergantung pada SEO semata-mata.

Ada terbaca entri Hasrul Hassan mengenai blogger ini pageview 21 juta!! Pehh!!! Tapi SEO hancur!!
Blog ini macam produk kat kedai, manusia zaman sekarang kalau nak beli barang tu. Kalau mahal pun dia akan beli asalkan berkualiti,  harga tak jadi masalah.

Kalau tak, takkan remaja sekarang lorat nak beli handphone Samsung/ IPhone padahal handphone China lagi murah..hehehehe. Sebab apa...ianya berkualiti...!!!

Ciri-Ciri Blogger Popular.

a) Entri yang sentiasa up to date
Ini basic dalam blogging, kalau nak popular kena ler sentiasa updated entri terkini. Entri original..
Dan biasanya blogger popular ini bercerita tentang satu skop sahaja.
Kalau cerita tentang masak-masak ia akan cerita tentang masak ajer...

b) Gambar setiap entri begitu cantik dan original.
Kalau bercerita tentang makanan, gambar makanan yang diambil begitu kemas hingga kita lak berselera..hehehehe.
Kalau gambar potrait sure cantik, inilah kebiasaan yang aku tengok tentang blogger popular ini..

Dulu tak sangat, tapi sekarang ramai blogger yang dah pandai DLSR so ia satu kewajipan jugak..

c) Templates yang menarik
Templates mestilah awesome dan jika dilihat hati terus terpikat. Dalam hal ini saiz templates menjadi no 2 janji lawa dan header yang gedebak...

d) Rajin blogwalking
Biasanya blogger SEO ini jarang komen-komen blog  orang..( biasanya yekk..hehehehee.). tapi blogger popular ini memang suka jalan-jalan blogger yang kerap datang ke blog beliau.

e) Suka buat Giveaway
Ini salah satu sikap blogger popular, suka kasi hadiah...hehhehehe
Yalah!!! bila dah popular pendapatan pun baik maka buatlah giveaway..kan..kan...kan..
Ini akan memastikan blog anda sentiasa mempunyai pembaca baru

f) Punyai komuniti  tersendiri
Blogger yang popular biasanya mempunyai komuniti tersendiri, contoh macam awek-awek blogger yang join Group GST...betul kan ejaannya...hehehhehee.
Ini akan mengukuhkan lagi kekuatan blogger tersebut sentiasa popular...


Kesimpulan
Inilah ciri-cari blog popular!!! Aku rasa aku nak jadi blogger popular ajer ler.....hehehehehhe
Penat nak jadi blogger SEO ini asik gagal sahaja.....hahahahhahaha.
Tak yah pikir apa-apa cuma pikir buat entri yang ngam-ngam ajer...

Kadang kala terdapat blogger yang terbaik dari segi  SEO dan Popular. Dua-dua ia rangkul, saya suka berikan contoh blogger Denaihati.

Teknik SEO dia memang awesome dan sebagai memastikan dia sentiasa popular, ia sendiri mempunyai komuniti Denaihatinya tersendiri. Malah setiap tahun buat Giveaway iaitu yang terbaru kasi IPhone gadget..
Malahan beliau sentiasa konsisten dengan publish entrinya..
Dan kadang-kadang saya kerap melihat beliau blogwalking ke blog rakan-rakan yang lain..

Nampak tak maksud saya... tak semestinya blogger SEO akan menjadi blogger popular. Tetapi blogger popular boleh menjadi yang terbaik.

Bila popular secara automatik traffic naik dan komen pun bertambah DAN sudah tentu Pak Google melihat blog anda dan anda akan mendapat pagerank yang baik!!

Semua orang berpeluang menjadi popular!!!  Jom kita popular bersama-sama..hahahahhaha.
By the way, ilmu SEO juga harus dipelajari..

Manusia harus ada angan-angan kerana tanpa angan-angan tak tercipta impian. Jom kita sekali lagi beramai-ramai berangan-angan menjadi blogger popular...yeah!!!




Catat Ulasan

23 Ulasan

Niza Romli berkata…
tak ambik tau lgsg pasai2 trafik dgn seo ni...lgpun bkn blogger sepenuh masa. Tulis bla ada masa senggang ja..huhu
apapun, semoga blog abg hanif pun akan popular suatu hari nnt..chaiyokkkkk
Abam Kie berkata…
salam. tq atas tip berkenaan. sy pun nak jd blogger popular la. skrg ni tgh update citer2 yg best n selalu BW utk tinggalkan komen. Pas tu kalau ada org nak follow kawe follow je dia balik...ok tak idea kawe ni?
Blog Santai berkata…
Jom..kita tak pandai part-part SEO ni..tapi suke baca article yang ada kaitan dan sewaktu dengannya..harap-harap one day boleh jadi popular jugak..he..he
Nadia Johari berkata…
dua2 elok..hhee..popular ka..seo ka..yang penting dapat kenalan..=)
THE AUTHOR berkata…
Idea yg menarik daddy....
Yg penting dpt rakan2.... Itu kryword terbaik as blogger.
selipar putih berkata…
payah ke nak naik pagerank ni?bro pun payah apalagi saya..haih
Unknown berkata…
this entry make me become more inspirational...:) wah terbaik..setuju ngan pendpat hanif.:)
Unknown berkata…
Denaihati sememangnya berada di dalam classnya yang tersendiri...:)
admin berkata…
Menarik tips blogging yang bro tulis di atas, santai tapi penuh makna. semoga angan-angan untuk menjadi blogger popular akan menjadi kenyataan, tidak mustahilbro =D
aslin berkata…
Susah la nak buat blog satu skop je..sbb lin suka merepek..hahaha.
inasazali berkata…
mari kita sama2 popular kn blog kita..haha
Unknown berkata…
dua-dua mesti ada, tenik SEO dan juga entri yang kaw-kaw. pasti dapat menaikkan sesuatu blog
Unknown berkata…
Ops saya memang ketinggalan jauh le cik haniff oi... tapi blog saya simple saja hanya bercerita tentang apa yang jadi disekeliling saya sahaja....
Cik Nor berkata…
blog saya popular tak?haha
nursuriani berkata…
MAKKKK jauh lagi tuuu nak sampai! tak p dah kott hahaha. nak jadi blogger biasa2 jer laaa tak susah hehehe.
Unknown berkata…
nak jadi blogger biasa-biasa aje... :D
wantie berkata…
sokong. kalau dah org suka blog tu. takde maknenya dorang nak check SEO bagai. janji blog tu best. panas di pasaran. wah.. lajusss ke org masuk.

Shaiful Zaidi berkata…
tips yg cukup bagus drp Hanif...tq bro.
Azlan Strider berkata…
hehehe..thanks 4 da tip..ko jadi blogger yang Power SEO dan Popular laa bro..baru stylo..hehehe.. :D

Regards,
-Strider-
Unknown berkata…
pasni blogger popular boleh lah masuk ABP plak.. hihi sy undi blog ni :D
Unknown berkata…
apa apa pun blog mesti menarik dan punya identiti...lagi satu...bina ikatan mesra dgn pembaca...pengomen dan hargai mereka....
Firdausy CiLiKku berkata…
angan-angan itu penting... hehehe
nak jadi popular gak..

good info lah..


sambil baca sambil tersenyum membaca ayat bro hanif
OKje berkata…
OKje menjadi diri sendiri ajelah Nep lagi senang...he..he..