Kenapa Trafik Naik Tapi Pagerank 0?

Kenapa Trafik Naik Tapi Pagerank 0?

hanifidrus
Salam satu blogger. Bila kita berbicara tentang SEO ni memang takkan habis punya...hahaha.
Semalam saya ada membicarakan tentang Alexa dan Pagerank secara santai. Dan satu persoalan menarik minat saya dari rakan Indonesia saya ialah Trafik naik tapi PR0.

Realiti kehidupan, Pagerank sebenarnya tidak bergantung trafik dan entri..!!!!
Buatlah seberapa banyak entri dan dapatkan trafik bertimbun-timbun ia takkan menjamin pagerank yang baik!!!!!

Sebagai contoh Hanif Idrus blog satu hari trafik 1500 pageview dan pernah membuat 4 entri sehari. Tapi masih PR1.

Manakala bloglist Hanif yang tiada entri dan trafik juga mendapat PR1. Itu sebelum saya tukar dot.my yek...
Oleh itu nak dapat PR tak payah buat entri banyak-banyak...hihihihi.

TETAPI saya jamin blogger yang mempunyai peningkatan trafik yang baik dan entri yang konsten sudah pasti mempunyai Alexa yang baik!!!!

Sebab tu dalam dunia blogging mempunyai dua pengukur iaitu Alexa dan Pagerank.
Penambaikan Alexa bergantung pada jumlah entri dan trafik.
Penambaikan PR bergantung pada SEO.

Kenapa PR tak naik?

Sebab utama sekali ialah backlink kurang. Kalau backlink kurang maka Spider tak dapat crawl ke blog anda

Kedua broken link yang melampau banyak. Bila broken link banyak maka hubungan link ke blog anda terputus-putus.

Ketiga sebab suka amalkan copy paste. Google pembenci plagiat. Dengan Google Panda ia boleh mengesan blog plagiat ini..Sebab tu nak cuba study PR dengan bersara dari copy paste.

Keempat sebab guna blogspot...hihihihi. Biasanya kalau nak PR baik guna hosting server berbayar yang power dan domain sendiri.

Kelima sebab ada malware. Bila ada Malware, google akan menghalang pembaca ke blog anda dan  sudah tentu PR tiada.

Keenam kurang buat blogging comment di blog PR yang tinggi--dofollow.
Kerapkan diri komen diblog PR berstatus tinggi sebab kadangkala ia mempunyai komen dofollow.

Ketujuh terlalu banyak external link di blog anda hingga hilang pagejuice. Tindakan meletakkan terlalu banyak link orang lain diblog anda menyebabkan orang lain mendapat PR dan anda PR0.

Rasanya saudara Harun Ar dah dapat serba sedikit info masalah saudara.
Tapi saya berani jamin Alexa saudara pasti menurun!!!!
Sebab tu saya pernah katakan, blogger marketing suka Alexa sebab mereka tahu Alexa yang baik bermakna blog itu mempunyai trafik yang baik dan blog itu sentiasa up to date.

Catat Ulasan

29 Ulasan

Unknown berkata…
gud info ^^ .. thnx share
wantie berkata…
hahaha.. tak pernah pun check page rank tu.

Tanpa Nama berkata…
info yang baik lagi....
Lieza berkata…
patut la..thnks sharing
Nadia Johari berkata…
kne bc bnyk kali bru phm bro..=)
OKje berkata…
Nep dah malas lah nak kejar alexa ke pagerank ke....belasah ajelah apa-apa pun..hu..hu...

mengisi masa lapang aje le..
Cik Nor berkata…
tak thu rank naik ke trn..thu updates blog jer klu sempat..klu tak tggu lah 2 3 bru updates..haha
Unknown berkata…
terima kasih atas pemberitahuannya..

boleh setting apa yg patot lpas nih..=)
zaxx berkata…
wah..begitu rupanya..baru faham.:) thnks..nice info
MyFreeMinded berkata…
hehehe, baru lah faham sikit2 apa tu alexa, SEO, traffic.. :)
Unknown berkata…
betul kata bro...nak pi check lah berapa pr remy...he3......mesti tak naik2...
Unknown berkata…
info yg menarik!
terima kasih!
nak try lah pakai domain sendiri one day
3no gr33ny berkata…
perkara segeni terkadang hamba kurang ambil tahu..huhu
Mummy MM berkata…
Owh gitu, agak2 macam mana nak check pagerank blog erk?
Cik Bayan berkata…
salam, dari hari ke hari blog rock hanif terus bagi ilmu berblog, TQVM..
Unknown berkata…
michelle x penah ambik kisah. =D
cuma pageview entri je ambik tahu.
hehehe~
Blog Santai berkata…
Thanks Hanif for info & tips..hopefully one day will get better PR..
maszull berkata…
assalamualaikum hanif...satu info yang menarik...:)
Bin Muhammad berkata…
Salam...
Terima kasih diatas penjelasan yang mudah dan jelas. Semoga blog anda bertambah berkat hasil perkongsian ilmu untuk kami yg xberapa pandai ni.
Nak lagi!
Unknown berkata…
cuba check brokenlink...kalau banyak brokenlink google tidak gemar...
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum terima kasih untuk info ni. hehe sheila just blogging untuk cari kawan je, hee
Unknown berkata…
bro...pakai template apa buat bloglist tu... bagi link nak download....nanti kita leh sama2 set bloglist :)
ayut berkata…
oh tidak ku fahami jua...pasni byk tips dh blh nek lg la kan makna ye :)
Sukma berkata…
good information
TiranaAduka berkata…
alhamdulillah ta bjaya kemblikan pr. Jatuh pd 3 bulan lalu kini dah stabil.
samsury berkata…
Ilmu yang sangat bermanfaat...buat tambah pengetahuan