Mak Nak Astro Njoi !!!

Mak Nak Astro Njoi !!!

hanifidrus
Salam satu Blogger. Cerita ini dah 1 minggu berlalu melibatkan perbualan antara aku dengan mama aku..

Untuk pengetahuan, kat taman mak aku ini tengah kecoh pasang Astro!!! Hampir semua rumah dan balai raya dah pasang Astro ini tapi dia orang kata bayar RM300. Lepas tu tak perlu bayar apa-apa lagi.

Mak aku beria-ria nak pasang nak Astro free ini. Aku tak kisah ler sebab yang keluar duit mak aku...hahahhahahaha. Aku mengiyakan ajer ler....

Sebenarnya dari dulu lagi aku nak pasangkan Astro kat rumah mak aku ini. Sebab line memang tak bagus. Sekarang ini pun channel yang dapat tengok hanya TV1, TV2 dan TV3. Yang lain-lain memang tak dapat.

Tiap-tiap minggu aku lepak kat rumah mak aku, tak ada cerita nak tengok. Nasib baik ada DVD Player boleh beli DVD...

Aku pernah utarakan idea ini pada mak aku dulu pasang Astro. Yang murah punya RM38 punya. Tapi mak aku kata, "Tak payah pasang, mak bukannya nak mengadap TV tu 24 jam!! Buat rugi ajer pasang, tiap-tiap bulan nak kena bayar bil"
So aku mendiamkan diri sahaja, sebagai anak yang soleh...hehehehehehe.

So untuk memendekkan cerita aku pun siasat apa itu Astro free ini. Rupanya Astro Njoi yang telah diwar-warkan tahun lepas. Aku sendiri pun pernah buat entri pasal ini...huhuhuhuu

Aku pun melakukan siasatan dan sudah tentu aku pilih keyword Keburukan AstroNjoi....hahahahahaa Setakat ini keburukan utama Astro Njoi ialah TV Al Hijrah tak ada.. ASTRO RIA pun tak de arrr….lagi pelik TV8 pun tak der...emmmm.... Pelikkan!!

Terkini ia ada prepaid untuk tengok channel tambahan..bayar RM20 untuk 15 hari...emmm Bagus juga kalau aku cuti panjang atau hari raya boleh ler aku beli channel prepaid ini...

Kesimpulannya, memandangkan rumah mak aku ini sekarang hanya 3 channel ajer yang boleh tengok dan menyakitkan hati aku, maka berbaloi ler mak aku ambil Astro Njoi ini...
Mak!!! boleh ambil Astro Njoi!!!!

Cuma sekarang aku nak check  kos pembayarannya, satu kampung mak aku kata RM300 tapi bila aku baca kat homepage Astro. Harga barang-barang dia sekali bayar ialah RM308 TETAPI tak termasuk bayaran pemasangan RM100. Maksudnya kena bayar RM408.

Ini aku kena confirmkan dulu.

Nak mendapatkan maklumat jelas tentang Astro Njoi Boleh KLIK Disini

Sedikit maklumat tentang Astro Njoi:
Astro NJOI, dimana melaluinya ia menawarkan perkhidmatan televisyen satelit secara percuma, tanpa sebarang caj bayaran bulanan. Melalui perkhidmatan Astro NJOI tersebut, para pengguna akan mendapat akses percuma kepada lebih 18 saluran televisyen dan juga 19 saluran radio.

Perkhidmatan Astro NJOI turut sama akan didatangkan dengan sokongan prabayar, dimana para pelanggan boleh menambah wang pada akaun mereka, dan membuat langganan untuk sesuatu saluran dengan mudah melaluinya.  Perkhidmatan prabayar ini akan dilancarkan pada hujung tahun 2012

Catat Ulasan

30 Ulasan

MalizaMah berkata…
lepas ni mak boleh lah layan sehangat asmara. haaaaa
Kak iman berkata…
ai 2 iman penh dok kt 1 homestay dy gne channel astro njoi..seyes 1st jmpe astro nh mcm pelik.mau x nyer rncgn dah la xbyk pah 2 pelik so ckp dgn adik mgkn tv nh rosak kot.skali terpndng dkt decoder 2 ASTRO NJOI..bunyi pelik beno.laz2 akk iman selidik rupe2 nyer time 2 dyorg baru launch yg pakej pling murah seumur hidup
untung lah lepas nih dah ade astro NJOI rumah dia..boleh p tumpang tengok kot..hehe ... :P
Azlan Strider berkata…
produk nie memang under astro ker??sebab aku pernah dengar dulu yg astro pernah tersilap binding contract yang membuatkan sapa yang langgan pakej commercial dia bleh share dengan orang lain tanpa dikenakan tidakan..tapi tatau laa betul ke tak..hehehe

Regards,
-Strider-
Sukma berkata…
SAYA PUN BERCITA-CITA NAK PASANG, UPAH PASANG RM 40. FREE 3 BULAN BAYAR RM 40 JER...NAK KENA SIASAT BETUL KE TAK PACKAGE NIE..NANTI SAYA STORY DLM MY BLOG.
Bin Muhammad berkata…
Tak tau pulak ada pkej nie.. Njoi ke? Astro ni memang selalu mcm tu, ade aje bayaran tersembunyi. Kat kampung sesuai le sbb kalau pakai arial, gambar hampeh. Bila mase raye tu yg tension.
Semoga anda Enjoy dgn Njoi...
p/s: Tuan, Boleh mintak komisen dgn Astro sebab promosi nih! hehe
Aimacomel berkata…
Takde langgan Njoi, cukuplah dgn apa yg ada. tu punletih nak bayar astro bulan2 ni. RM90/month.. cukup dah yg ada skg ni, tak tertengok pun cerita lain. balik2 layan bola je. sbb sport punya channel byk sgt2.. Berbaloi-baloi tengok bola. hehehe
dulu selalu gak kecek ayh pasang astro... tp ayah ckp xmo la.. nti korg xbelajar asik ngadap tb 24 jam je.. so smpai skrg tak pasang.. betul jugak.. xtgok tb online kan ada:)
Harun Ar berkata…
Sayang Mak tentu Mak makin sayang.....
aqumad.com berkata…
astro ! gusti hehe
Cik Nor berkata…
langgan jgn tak langgan..:)
Unknown berkata…
oh ye ke.. selalu dengar pasal astro NJOI ni tapi tak pernah amik kesah pun sebab kat umah dah ada astro hehe
ALS berkata…
x penah merasa g pakai astro.. Huhu
wantie berkata…
boleh la apply tuk mak kat kampung ni. sian kat mak kita jugak line tak cantik pun,

sekali bayar je kan 408 tu.

Tapi tu la rasanya ada konspirasi la. kenapa ek sejak astro bertapak kat malaysia semua channel yg tak payah bayar tu jadi tak elok.

dorang kacau satelit ke?
TRAVELOG ATEH berkata…
mcm pernah tengok dlm iklan kat tv. betul ker berbaloi nie... takutnyer nanti ada charge tambahan plak.
Unknown berkata…
Tolong siasat betol2 yer abg haniff..cheqkaq baru teruja nk pasang gak ni..hehehe..
Mrs Velentine berkata…
MV x langgan astro..hehe
ayut berkata…
astro..pandai men ayat..hihihi..jgn tertipu sudah :)
Unknown berkata…
baru tau pasal Astro NJOI nih bro...
Unknown berkata…
baru first time dengar...memang betul2 njoy...sebab free tak bayar bulanan....
Nadia Johari berkata…
free tu..pergh..leh la tukar channel mn2 pasni..hehe
OKje berkata…
Rumah mak okje langsung tak de astro hehe...
Unknown berkata…
asal nama dya pelik sgt..Astro Njoi..Enjoy kot yee..=D

psg rumah husna skali..=P
Bunda_nora berkata…
oo ada plk astro njoy..baru tahu..
IZAHAR™ AZIZAN berkata…
Astro Njoi dh tambah siaran baru mulai JULAI 2013:

FREE:
NTV7 (107)
8TV (708)
Tv Alhijrah (114)

BAYAR:
Astro Ria (104) [prepaid mustika]
Astro Supersports 4 : (817) [prepaid sukan]

*SO.. DAH LENGKAP LA sekadar utk yg free
Ina ZaLinA berkata…
cik ina pun pernah terlintas nak letak kat rumah tp jawapan mak sama dgn mama bro.. so,, cik ina diamkan jer sbb kat kg dapat semua channel tp x clear sangat..
Unknown berkata…
Daftar nJOI baru dapat sekali set top box decoder ngan smartcard baru. Semua termasuk dalam harga RM180. Promosi tamant September 2013.

Set top box lama yang bukan atas nama pemilik baru tak leh pakai. Set top box lama hanya boleh pakai kalau nama pemilik lama je. Kena jugak settle bill ;) Daftar nJOI baru je.

Senang je nak pasang Astro nJOI. Ada promosi kat website http://njoi.my sila daftar nJOI dengan mengisi phone number. Nanti ada orang call untuk pemasangan nJOI dari Astro. Beli Topup nJOI pun senang
Edmund Lim berkata…
Hi Guys,

Saya baru install Njoi baru-baru ini. Tapi susah nak dapatkan FREE channel untuk 30 hari seperti di janji-janjikan di njoi website. Sudah call banyak kali, tapi dorg bagi tau akan call balik..Tp xjuga call..Email sudah pun hantar..Tp juga balas.

Astro menang servis tak ok lah..Tak ada langsung after sales service.

Kalo sudah mo bagi FREE napa mo tunggu lagi 48 jam? Lagi kena call customer service baru dorg activatekan..Sepatutnya, on the spot activate masa installation.
Edmund Lim berkata…
Hi Guys,

Saya baru install Njoi baru-baru ini. Tapi susah nak dapatkan FREE channel untuk 30 hari seperti di janji-janjikan di njoi website. Sudah call banyak kali, tapi dorg bagi tau akan call balik..Tp xjuga call..Email sudah pun hantar..Tp juga balas.

Astro menang servis tak ok lah..Tak ada langsung after sales service.

Kalo sudah mo bagi FREE napa mo tunggu lagi 48 jam? Lagi kena call customer service baru dorg activatekan..Sepatutnya, on the spot activate masa installation.
Tanpa Nama berkata…
Dapatkan reload Astro Njoi.
Reload masuk akaun terus :)

Whatsapp 019-527 6063