Tahniah buat Asiahost.cc ( dot.my)

Tahniah buat Asiahost.cc ( dot.my)

hanifidrus
Salam Satu blogger. Baru-baru ini ramai blogger telah menukar domain mereka dari blogspot ke dot.my.
Dan seperti biasa aku pun mengambil peluang ini untuk menukar domain.

Setelah berfikir sedalam-dalamnya ( memang cukup dalam...hehehehehe) aku mengambil keputusan tidak mahu menukar Hanif Idrus Blog dari blogspot ke dot.my.
Sebaiknya kalau nak tukar aku akan tukar hosting dan juga domain sekaligus sekali. Itu yang terbaik .
Sebab templates HTML aku memang dah teruk sebenarnya...tidak boleh diperbaiki lagi..
Baik aku tukar segala-galanya yang baru.

Tapi pada masa yang sama dot.my domain murah sahaja iaitu  RM20 dan kalau daftar sekarang free lak. So aku mengambil keputusan untuk dot.my kan blog bloglist aku.
Iaitu http://aslindamyblog.blogspot.com/ kepada http://www.hanifidrus.my/
( kalau klik dua-dua sama ajer..hehehehee)

Disini bermulanya cerita kebagusan Asiahost.cc ini. So aku pun mula ler buat penukaran seperti yang diajar oleh tutorial yang  diberi. Setiap kali buat mesti keluar "error 12". Lebih kurang 2 minggu juga aku meracau-racau nak setelkan perkara ini. Akhirnya aku feed up!!!!

Aku hantar tiket kepada Asiahost dan mereka reply suruh buat yang dicadangkan. Gagal lagi!!!
Aku hantar e-mail pada tengahari, tak sampai 1 jam Asiahost reply.
Minta password blogspot aku.
Aku kasi.....dalam 1 jam tahu-tahu ajer dia dah buatkan bloglist aku menjadi dot.my!!!
Tak perlu aku susah payah!!!

Terima kasih Asiahost kerana fast action!!!
Salah satu kerisauan utama para blogger apabila menukar hosting atau domain mereka ialah perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat tersebut. Aku pernah membaca ramai rakan blogger yang telah menukar hosting atau domain mengeluh kelembapan syarikat hosting atau domain mereka menyelesaikan masalah mereka.
Hati-hati jika anda hendak menukat hosting, pilihlah syarikat yang terbaik!!!

Masalah utama ialah apabila aku dah tukar bloglist kepada dot.my. Semua maklumat beratus-ratus URL rakan bloglist aku hilang!!!!
Memang tahap sedih sangat-sangat ini...
Bukan kerja mudah aku nak susun dan ambil semula semua senarai bloglist aku ini...huhuhuhuuuhhu.
Untuk  beberapa hari ini, terpaksa aku susun semula bloglist aku ler..
Jika ada yang tertinggal beritahu yek....

Catat Ulasan

11 Ulasan

Unknown berkata…
wah... pantas gilr company ni punya kerja... tw, tahniah dh ada dot.my..huhu :)
Unknown berkata…
Tahniah....dah ada domain sendiri jangan lupa pada kami yang masih menumpang ni ye.
MalizaMah berkata…
bertukar juga erk.. waaaaaaa
syabas.
Encik Bell berkata…
serius belalang dulu pernah buat sendiri juga pasang domain, dah ikut tutorial pun masih silap lagi...

pastu utk blog yg lain,belalang akan mintak diorang buat siap2 :)
Unknown berkata…
tahniah.... semoga segalanya menjadi seperti sediakala nanti.....
M'Rie R'Nie berkata…
Agak rugilah abe domain .my tu pasang kat bloglist. Apa kata buang 2nd blog. Buat dari awal dan buat branding abe Hanif sendiri. Agak rugi bila domain tu dipasang untuk blog bloglist. Tapi terpulang abe la. Lagipun abe ada skill tuk upkan PR blog abe. so cam rugi....ish2 den ni asyik cakap rugi jer..hehehe jangan marah.
Unknown berkata…
wah tahniah... Sy trsenarai x? Hihi
Kamsiah yusoff berkata…
ahli bernombor 1064 kat sini..:)
wantie berkata…
masih setia dengan dot.com.

nanti mesti org konfius bila nak search. yang konfius tu saya le. hehehehe
OKje berkata…
malas lah nak pikir benda ni..maintain je le..
Mohd nor rizad berkata…
salam..agak2 asiahost ni x kn naikkn harga ke ble rank dorang dh naik..?