When I Speak You Listen!!! Listen!! Listen!!!

When I Speak You Listen!!! Listen!! Listen!!!

hanifidrus

Salam satu Blogger. Hari ini tertarik nak mengulas tentang isu terpanas, terhot dan terletup  minggu ini berkenaan isu mahasiswa  UUM  kena "bambu" dalam forum "Seiring Mahasiswa Berpolitik". Aku ada menonton dalam You Tube melihat minah tu kena sergah .....hehehehehehe. Kasihan aku tengok minah tu, tapi dia tetap senyum. Cayok untuk awak Bawani!!!
Saya rasa ramai dah menonton You Tube ini dan faham apa yang berlaku...

Sebagai seorang yang profesional, tindakan Pengerusi SW1M Sharifah Zohra amatlah menjengkelkan sekali pada pandangan saya. Sebagai seorang yang mewakili satu organnisasi yang besar sepatutnya menahan sabar dan berfikir dengan tenang atas segala tindak tanduknya. Kerana ia di lihat oleh semua masyarakat disebabkan jawatannya dalam SWIM.
Lainlah kalau aku mengamuk ker, siapa nak pandang...hehehehehhe.

Sharifah Zohra atau Bawani merupakan individu yang cuba mempertahankan isu-isu yang mereka perjuangkan. Itu hak mereka!!

Selain itu minta maaf saya katakan, cara approach Bawani pun agak goyah kerana terlalu sangat lantang bersuara dan beremosi. Bila kita berinteraksi dengan manusia, sudah tentu kita mesti mempunyai ilmu berbahas yang betul. Bukannya menempelak pandangan ahli panel tersebut dari segi mengatakan Bersih adalah sah!! Adab dalam sesuatu forum soal jawab pun bukannya bertanya terlalu banyak soalan dalam masa yang sama.  Dan soalan haruslah pendek sahaja.
Kalau tak better you jadi panel atau moderator..hehehehehe
If you want to talk about Bersih....cerita tentang Bersih sahaja jangan tambahkan pasal pendidikan percuma dan lain-lain.

Dan kebiasaannya apabila pandangan anda di tempelak sudah tentu anda akan panas. Dan inilah jadinya!! Sharifah Zohra telah bertukar daripada menjadi panel kepada penguasa. Penguasa yang menekan mahasiswi tersebut dan ditambah unsur marah maka ayat yang dikeluarkan pun berbaur penghinaan....

Tapi memandangkan hak dan suara mahasiswa lebih kuat dari Pengerusi SW1M Sharifah Zohrata, maka kesalahan tersebut sudah mesti terarah padanya. Lagipun sebagai orang yang didakwa berilmu dan lebih tua maka memang wajarlah ia di "bambu" sedemikian rupa.
Sepatutnya yang tua mengajar yang muda.
Dan peringatan saya kepada mahasiswa dan mahasiswi  agar janganlah campur adukkan politik dan pembelajaran. Itu nasihat sahaja kerana semenjak Akta AUKU (kalau salah tolong betulkan yek) digubal pelajar boleh join poiltik so terpulang pada anda. Ini hanya nasihat saya sahaja.

Masalah utama salahkan pihak Pentadbiran UUM, apa ke halnya kau buat forum bertajuk "Seiring Mahasiswa Berpolitik". Dah nama forum itu politik, so memanglah isu-isu berbaur politik. Dan pihak pentadbiran kena siap sedia impaknya apabila membuat forum sedemikian. Kenapa nak buat masalah yang tak der masalah.
Dah tahu isu politik dikalangan mahasiswa tengah panas, lagi-lagi nak dekat PRU13 ini.
Wajarkah buat forum sedemikian. Saya tanya bijak pandai di UUM...?

Catat Ulasan

27 Ulasan

Mama Amirul berkata…
Sepatutnya Sharifah Zohra tu lebih matang dalam menjawab persoalan oleh pelajar tu yang masih belum mahir dalam mengeluarkan hujah. Bila dah ada dalam forum yang berbaur politik, sebagai panel SZ mesti bersedia dengan isu2 politik yg dibangkitkan...
Cik Nor berkata…
drama politik mcm2 ragam..huhu
Tok Kadi berkata…
listen listen, hehe..
Unknown berkata…
yup..btol tu...sy da bce byk blog yg bg pndgn ttg isu nih...honestly, sy xmnyebelahi mne2 pihak..pd sy, 2-2 ada silapnya....Bawani xseharusnya mgunakan suara yg tgi...& Sharifah seharusnya tidak membandingkn soal siapa lbih blaja tggi...& sptut isu ni xperlu dpjgkn...ptut dselesaikn supaya x semakin melarat..
MyFreeMinded berkata…
Iye demam listen sedang melanda. :)

Secara peribadinya pandangan saya ialah, biarkan ajelah mahasiswi itu bercakap, benar atau tidak, betul atau salah, biarkan dia sampaikan pendapat dia, kita kan boleh berfikir, tak perlu pendidikan tinggi pun kita sememangnya berfikir, nak terima atau tidak kita sendiri fikirlah.

Tapi janganlah kita melaungkan demokrasi di mulut sahaja , perbuatan kita menghalang makna demokrasi itu.

:)
ma ❥ berkata…
isu yang sepatutnya di ketengahkan tak smpai isu lain pulak yg jd
Saya Disini berkata…
mcam2 hal..bile tngk video tu..mcam2 pendapat yg kelua..bg sy 2 2 pihak ada salahnye,,xboleh nak salahkan 1 pihak..
Azlan Strider berkata…
tup..aku tak nafikan yang bawani tu nmpak cam emo dan lantang ketika mengemukakan hujah..maybe sebab tu sharifah rasa tercabar tapi tindakan sharifah tu juga tak sesuai dengan statusnya yang professional..

Regards,
-Strider-
Qashmere berkata…
LISTEN LISTEN LISTEN to Mummy..Why stay in Malaysia Go to CUBA! Cer kalau marah anak terus suruh anak 2 tahun pergi ke Cuba atau Libya...Hahaha
Unknown berkata…
Emmm.remy listen aje... tapi dua2 ada salah..... dua2 emotional.....
Unknown berkata…
erm... tak berapa tahu pasal isu ni..
nursuriani berkata…
hurm, itulah penting english educationnnnnn~(sambil tangan melayang2 mcm ucop wechar ) hehhe
opsss tu laaa pentingnyaaaa kemahiran komunikasi. :)
Korn Ahmad berkata…
huish baru pasan ade entry ni... huhuhu
diari farisha berkata…
oooo~ rupanya..baru tahu..ptot le kat pesbook tadi byk je isu listen2 ni..huhu
THE AUTHOR berkata…
Keyword popular ler...kena join jugak..hahahahha
dya nasir berkata…
dya baru tahu..dri smlm dya tertnye2 apa yg liste2 ni..huhu
Athirah Farah berkata…
listen dan amik tahu.! =)
khairil berkata…
haha, dah jadi viral isu ni sampaikan ramai yang buat parody apa bagai.
Mummy MM berkata…
Saya belum tengok lagi video Listen100x tu kat youtube. So, saya tak boleh menyebelahi mana-mana pihaklah. Tapi saya setujulah dengan pandangan Abang Hanif. Dah namanya forum, cakaplah baik-baik :)
MalizaMah berkata…
setuju dgn hanif.. tidak semua ksalah pd kak sharifah tu. tp ramai bambu dia. dia mmg ada silapnya juga. namun mahasiswi itu juga ada silapnya.
api bertemu api.. susah2.
wantie berkata…
betul tu dah forum tajuk politik mestilah nak bhas politik.

kalau tajuk ttg goreng pisang tak kan nak sabitkan politik punya hal pulak kan..kan.. hahahaha...

setuju. tak de masalah pi cari masalah. pas tu dok pikiaq mcm mana nak selesaikan masalah tersebut.
bak kata org org kedah

" ambik reba buh ataih kepala"
TiranaAduka berkata…
salam bro hanif
Lawatan petang
Nadia Johari berkata…
uum gak kene..haishh sedih..huhuhu
boni kacak berkata…
betul juga tu.. kenapa perlu diadakan forum yang ada unsur2 politik juga??? hurm.. lepas tu bila dah kecoh jadi macam tu, salah kan bawani tu lah, salahkan orang ni lah , salahkan orang tu lah..
Unknown berkata…
setakat pnglaman sy la.. biasanya pentadbiran universiti 'no choice' utk menolak program2 yg melibatkan kerajaan. hehe ^^
OKje berkata…
Baru tau siap syarifah zohrah ni...he..he..