Cerita Sebuah Demam

Cerita Sebuah Demam

hanifidrus
Hari ini nak buat cerpen ler..Asik lihat rakan-rakan blogger buat novel-novel ini ..jeles lak...hahaha

Semalam aku demam....Aku ini kalau demam memang teruk...
Sakit sendi, tulang-tulang bisa dan mengigil kesejukkan dan sikit pening-pening.

Kat tempat kerja, badan dah tak best ajer rasanya..yalah sendi2 semua sakit. Masa meeting pun, buat-buat eksyen macam best..hehehehe.

Aku pun pergi klinik nak minta ubat demam, ubat sendi, ubat tahan sakit, ubat pening.
Doktor tanya "Ada batuk tak"
Aku cakap "Tak Doktor"
Doktor tanya lagi "Sakit tekak tak"
Aku kata "Tak Doktor"
Doktor kata " Aikk..kalau macam tu awak tak sakit ler"
Aikk..doktor ini buat lawak antarabangsa dengan aku pula.
Aku kata" Doktor, tadi nurse check memang saya demam, tapi masalahnya tulang-tulang ini bisa-bisa"

Doktor tu anggukkan kepala...
Doktor tu berkata lagi "Ada ruam tak", sambil periksa lengan-lengan berotot aku..hehehe
Aku kata" Tak der ruam ler doktor"
Doktor kata "Saya nak check kalau awak ada demam denggi ker tak. Kalau ada boleh saya hantar ke hospital..."
Sekali lagi lawak antarabangsa di lakukan oleh doktor tersebut...

Kemudian doktor tu ambil alat check darah tinggi.
Lepas dia ikat sarung alat darah tinggi tu , dia pun tekan-tekan pemicit  tu dan kata tunggu 5 minit.
Aku tanya selepas 5 minit" Ok tak doktor, tak der kan darah tinggi"

Doktor tu kata "Nasib baik OK, kalau tak terpaksa hantar awak hospital..hahahaha"
Aku ketawa kecil sahaja.. ( dalam hati dah 3 kali doktor ni buat lawak)

Selepas tu doktor tu tulis transkip kasi aku ubat yang aku nak..
Kemudian soalan cepumas pun keluar dari doktor tu "Nak balik tak"
Aku jawab " Boleh gak doktor. badan pun tak berasa selesa sangat ini"
Sambil tersenyum...dan kami berdua tersenyum bersama......hehehehe

Balik rumah, aku terum bammmmm!!!! tidur!!
Bangun tidur badan dah rasa selesa sikit, tapi perut lapau lak.
Ajak orang rumah beli burger spesial kat depan rumah.....
Kalau dah lapar, maksudnya dah baik ler...hahahahahaha




Catat Ulasan

17 Ulasan

Unknown berkata…
menakutkan betul doktor tu..huhu.. hope admin cepat sembuh.. ^^
wantie berkata…
ish risau tau kalau demam tu di sertai dengan sakit sendir. bimbang kena cikukunya. \

dulu kat kg saya dah kena. cepat cepat suh mak makan ketam.
Asmar Arafad berkata…
best lah cerpen nie hee..hee..
Cikgu Ma berkata…
susah nak kena demam..tp skali kena mmg teruk...lembik terus...
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif, semoga cepat sembuh! ada juga doktor kaki lawak kan. hahahahah redha je kalau jumpa :)
Unknown berkata…
doktor tu memain kat hang jer tu....
Maisarah Azmi berkata…
doktor tu suke hantar org gi hospital erk? hehe..nasib baik dh ok... Alhamdulillah
Kak iman berkata…
haa...tu dia rupa2 nya nak MC ek?kantoi dah
MyFreeMinded berkata…
Oklah Doktor tu, tak lah takut nak jumpa, bosan gak kalau doktor tu serius semacam, teringat kat UiTM zaman 94-97 dulu. rela beli ubat kat kedai dari pergi klinik U tu.
Unknown berkata…
doktor ni saja nak bagi tambah orag sakit hehe..

semoga Hanif cepat sembuh...
Unknown berkata…
ha siap buat cerpen lagi...hehe
Unknown berkata…
demam teringin namanya,...... teringin nak cuti.....he3.....
semoga cepat sembuh bro!!!
Unknown berkata…
Hahaha..rase sebab nak tido jer kot..bangun tido terus ok..:)
Nadia Johari berkata…
aik doktor cek sume xde..hehe
Unknown berkata…
huk aloh dokter sje la tu nk hlgkn bosan hehe.. dh sembuh ek alhamdulillah. haha xle blah petanda sehat : lapau ^^
ayut berkata…
ok paham..dialog last tu yg ditunggu2x kan sbnr yer???hahaha :p
OKje berkata…
ha..ha... sajalah tu nak bammm kat rumah...konon konon sakit sendi hehe...
Agaknya termometer nurse kat depan tu rosak...haha..