Program Saringan Kesihatan PERKESO

Program Saringan Kesihatan PERKESO

PERKESO
Ceria!!!!

Salam satu blogger. Hari ini berlaku kekecohan oleh pekerja-pekerja ditempat kilang aku. Rata-ratanya adalah yang berumur 40 tahun ke atas.
Biasalah orang tua-tua ini kecoh...hehehehehe.

Gambar kat atas menceritakan segalanya. Senyum lebar rakan aku ini..hehehehehehe

Kekecohan bukannya disebabkan BR1M yang heboh tapi mereka yang berumur 40 tahun ke atas mendapat baucer Program Saringan Kesihatan  PERKESO dimana semua pekerja yang berumur 40 tahun layak mendapat pemeriksaan kesihatan yang meliputi:

a) Full Blood Count
b) Fasting Glukosa
c) Fasting Lipid Profile
d) Urine FEME/Microalbuminuria
e) Pap Smear
f) Mammogram

Program ini berkuatkuasa pada Januari 2013 iaitu tahun ini ler.

Caranya amat mudah dimana PERKESO akan memberi baucer kepada semua majikan swasta yang mempunyai pekerja yang berumur 40 tahun ke atas.
Dan majikan pula bertanggungjawab  menyampaikan baucer tersebut kepada semua pekerja terbabit.

Setelah pekerja memperolehi baucer tersebut, maka pekerja tersebut akan pergi membuat pemeriksaan kesihatan melalui klinik panel yang dilantik oleh PERKESO.
Untuk mendapat kan maklumat klinik panel tersebut , pekerja swasta terbabit boleh pergi portal SeHAT PERKESO.

Pihak Klinik Panel akan membuat pemeriksaan ke atas pekerja terbabit dan segala bayaran pemeriksaan akan dibayar oleh PERKESO.
Laporan perubatan boleh diambil dari klinik terbabit atau dari portal SeHAT PERKESO..(kalau tak salah aku ler)

Satu program yang baik untuk PERKESO dalam menangani  Penyakit Tidak  Berjangkit -Non Communicable Disease ( NCD) yang semakin menjadi-jadi di kalangan pekerja swasta kini.
PERKESO
Satu lagi wajah ceria

Pada pendapat aku ini adalah satu situasi menang-menang. Dimana pekerja swasta yang tidak pernah  membuat pemeriksaan kesihatan akan berpeluang melakukan pemeriksaan ini dan sekaligus mengesan simptom dengan lebih awal.

Manakala PERKESO pula dalam jangka masa panjang akan merendahkan kos pembiayaan keilafan mereka ke atas pekerja swasta.

Satu tindakan bijak yang saya sokong 100%.

Jangan pula kita mempolitikkan perkara sebegini, mentang-mentang PRU13 nak datang. Sebab ini sahaja kelebihan kecil kami pekerja swasta berbanding keistimewaan pekerja awam. Itu pun kena tunggu umur 40 tahun .

Lama lagi ler aku nak dapat baucer ini, kan aku masih muda dan mentah lagi. ..hehehehhee. Orang tua-tua kata Remaja Matang....kikikikikikiki

Tapi satu ajer yang aku tak sokong, maknanya apabila PERKESO dah keluarkan satu standard dimana pekrja yang berumur 40 tahun ke atas sahaja yang layak memperolehi Program Saringan Kesihatan  PERKESO maka kawan-kawan aku yang berumur 40 tahun ke atas KECUALI AKU ( youngster) adalah dikategori warga emas. Dalam kaca mata standard PERKESO kan...kan..kan.. hehehehhehe.

Kalu lihat kat gambar baucer untuk perempuan besar sikit dari lelaki sebab mereka kena buat pemeriksaan Mammogram....apenbe tu yek.....

Catat Ulasan

22 Ulasan

3no gr33ny berkata…
seronoknya dapat percuma..ni kiranya kalau ke hospital swasta..nak kena ada RM300++ dululah nak buat pemeriksaan penuh
Tanpa Nama berkata…
kalau gomen pun sama jugak kalau umur 40++ kena check medical tp kt hospital kerajaan le...^^
Unknown berkata…
awak umur berapa ? hehe.. nak panggil ape ? uncle?
seronok2nya dorang..tahniah2 ya semua..
THE AUTHOR berkata…
Iskkk..aku belum 40 tahun ler....!!!1
Kecik hati aku...hahahahhah
Panggil abang atau bro ..
Bin Muhammad berkata…
Satu progam yang amat bagus. Asyik gomen je yg mendapat faedah...kali ini baru nampak sesuatu untuk pekerja swasta. Harap ada sesuatu juga untuk yg berumur bwh 40...hehe
TiranaAduka berkata…
salam bro hanif.
Ta pun ada buat post ttg pekeso ni.try cek.dlm blog ta.
Miss Naa berkata…
wow , bagus nya ! :)
Aimacomel berkata…
Bukan 60 ke usia emas. Hehehe.. Tua ke muda ke ttp kena jaga kesihatan. Ttp kena buat pemeriksaan.. Kan abg hanif
Unknown berkata…
alhamdulillah utk mereka...nak buat medical check up pun boleh tahan regenya.....
Blog Santai berkata…
Bertuah dia orang..prevention is better than cured..sekarang ni pun dah banyak office yang offer executive screening kat those yang 35 and above...
Unknown berkata…
ohsem!.. Alhamdulillah.. makin banyak faedah dan kemudahan untuk pekerja
Unknown berkata…
bagus betul kerajaan yang ada sekarang ni =D
Bunda_nora berkata…
tahniah!satu tindakan yg bijak..
Unknown berkata…
bagus lar sikit kan..sapa yg susah nak buat check up tuh, bila dah ada mcm nih haruslar merajinkan diri..=)
ayut berkata…
aritu dgr gak bnda ni...bile dgr tu excited dh..tp dh nk last same mcm entry hanif ni...hanya utk 40 tahun ke ats...ok.....==!
wantie berkata…
satu dalam sejuta pekerja swasta nak diiktiraf mcm ni. syukur kan..

bagus. sy pun ada symptom yg kena memogram. tapi umur muda lagi tak boleh nak buat. kena umur 40 ke atas baru boleh buat memogram test.

Memogram tu cik hanif, ujian ke atas payu dara untuk mengesan kanser payu dara.

kaum hawa je la yg layak . kamu nak jugak ke wat memogram? tak memenuhi kriteria untuk bermemogram.
afzalsukasuki berkata…
hahaha aku ingat ko pon tgh beratur ambil baucer.harap ko sempat amik la ye

ok la tu, ada gak bantuan untuk pekerja swasta kan.walau tak banyak macam kitorang yang keje gomen ni tapi ada la sikit :)

kami golongan prihatin yang memahami chewaah :P
Ikhwan Suhaimi berkata…
grab the chance while u can eberibadi :)
haryati berkata…
ok gak tindakan perkeso ni
Mrs Velentine berkata…
percuma kan..org gomen xda perkeso
OKje berkata…
He..he... orang yg tulis entri ni pun dapat jugak voucher tu sebenarnya cuma tak ambik gambo hehe