Psy dan Politik Malaysia

Psy dan Politik Malaysia

hanifidrus

Hari ini nak cerita tentang politik sedikit, kan PRU13 akan menjelma...hehehehe
Aura Psy memang cukup kuat  hingga menjadi topik utama samada di luar dan dalam negara apabila beliau membuat persembahan sempena Tahun Baru Cina di Penang baru-baru ini.

Manakala blogger-blogger di Malaysia mempunyai pelbagai pendapat tentang kehadiran Psy yang menelan belanja hampir RM2 juta hanya untuk sebuah lagu .

Dan yang paling menarik ialah apabila kehadiran Psy dianjurkan oleh sebuah parti politik.
Apabila ia dianjurkan oleh sebuah parti politik sempena sambutan Tahun Baru Cina,  sudah tentu ia akan menimbulkan spekulasi yang tinggi dikalangan rakyat dan juga pihak pembangkang...hehehehehe.

Dan Parti Politik berkenaan dengan kerasnya mengatakan kehadiran Psy yang bernilai RM2 juta ini ditaja oleh banyak syarikat swasta yang lain bukannya menggunakan duit kerajaan.

Sebenarnya MCA Pulau Pinang seperti yang kita fahami telah kehabisan idea untuk mendapatkan majoriti pengundi yang rata-ratanya menyokong DAP.
Oleh dengan demikian jalan terakhir yang sebelum PRU13 ini, mereka terpaksa menggunakan wacana hiburan sebagai satu taktik mendapat sokongan pengundi terutama pengundi belia Cina.

Fenomena Psy adalah satu kesempatan yang baik dikaca mata parti politik tersebut. Mengumpulkan rakyat Penang ke Rumah Terbuka MCA sekaligus menjemput Psy sebagai pemangkinnya.

Dan saya terus terang katakan, taktik ini berjaya dengan kehadiran diluar jangkaan rakyat Penang ke Rumah Terbuka MCA.

Sedikit sebanyak pemimpin-pemimpin politik boleh menyuarakan idea untuk merebut Penang kembali terutama kepada pengundi belia.
Dan jika tidak 100%  menyokong MCA, tetapi sudah tentu ada sedikit impaknya....
Itu teknik kebiasaan oleh parti politik BN... idea lapuk..hahahahaha.

Isu utama yang menjadi hangat ialah nilai RM2 juta tersebut. Memang cukup tinggi nilai RM2juta ini...huhuhuhuhu.
Kalau BR1M boleh diberi kepada 4000 isirumah!!!
Kalau untuk belia BR1M boleh diberi kepada 8000 belia.
Kalau untuk beri bantuan kebajikan pada bulan tersebut boleh diberi pada 6,666 warga tua.

Dengan RM 2juta tersebut, MCA boleh membuat pelbagai aktiviti di Penang untuk menarik hati pengundi Cina yang ada.
Kalau kasi kat aku, macam-macam aku boleh buat. Tak payah kerja seumur hidup....hehehehehe.

Inilah kelemahan BN sebenarnya, mereka fikir dengan membuang duit kepada rakyat maka mereka akan pilih anda.

Walau apapun saya katakan, at the end rakyat Penang pasti happy pada hari tersebut.
Melihat secara live persembahan Psy !!!
Thanks MCA.........

Najib Said : Are You ready For Psy----Yes
                  : Are You Ready For BN----No
Kasihan Najib..

Punca Kehilangan Kepercayaan Ke Atas BN
Sebenarnya mereka tidak tahu mengambil hati pengundi generasi terbaru ini.
Generasi tua yang menyokong BN sudah habis, yang kini ada generasi muda yang berumur 40 tahun ke atas yang rata-ratanya golongan kelas menengah.

Yang penting ialah akar umbi BN seperti Bahagian dan cawangan BN, JKKK, Tok Sidang yang bekerja dengan kerajaan ini lemah sebenarnya.
Mereka lebih mementingkan periuk nasi mereka sendiri.

Sebagai contoh di sebuah kampung terdapat seorang tua yang sakit, jika mengikut pemberian kerajaan. Orang tua tersebut layak mendapat bantuan kebajikan tetapi hingga kini tidak dapat. Kerana JKKK malas buat kerja.

Manakala di sebuah kawasan lain pula, Ketua UMNO Cawangan tidak habis-habis bergaduh dengan Ketua Pemuda beliau. Hingga masyarakat berpecah dua hingga lupa perjuangan sebenar.
Manakala disebuah kawasan lain, pemberian kerajaan seperti rumah ihsan, jalan tar, bantuan itu ini hanya di berikan kepada sanak saudaranya.

Inilah punca hilang kepercayaan pengundi kepada BN. Akar umbi BN tidak telus dan rata-rata semuanya golongan tua yang masih tak mahu turun
Saya sebenarnya bosan melihat situasi ini....

Pernah tak anda lihat situasi yang saya katakan ini ......
Jika tidak..... JKKK kampung anda THE BEST!!

Catat Ulasan

29 Ulasan

PSy bukan guna duit rakyat-berita tv3 semalam .
Bin Muhammad berkata…
Salam...
Saya sukakan artikel anda, benar... Kenapa perlu di bazirkan RM2 JUTA untuk persembahan PSY dgn hanya satu lagu xsampai pun 10 minit! Tak berbaloi langsung! Membazir! Membazir!
Apalah gunanya kehadiran yg ramai tapi tujuan & matlamat tidak sampai malah mengundang persepsi negatif pula.
Sekadar pendapat insan marhain...

Unknown berkata…
kesian.. banyak lagi yang boleh di gunakan RM2 juta untuk rakyat lebih bagus :)
Unknown berkata…
betul kata bro.... hati pengundi depa tak jaga..... subuk nak tarik pengundi baru ..pengundi muda...tapi yg golongan pertengahan terlepas pandang.....
Orga berkata…
baru tau, psy nyanyi 1 lagu jer, telan sampai 2 juta. kalau sponsor orang tua-tua pi haji or umrah, mesti bertambah-tambah rezeki :)
Engku Muzahadin berkata…
Tak kisah la duit rakyat ke, duit kerajaan, duit korporat kerr, yg penting duit tu duit org MALAYSIA. Bnyk lagi benda berfaedah yg boleh dibuat. Org skrg dah pandai, dia pergi tak semestinya dia akn undi..Huhuhu. ..
Momo berkata…
oppa gangnam style... tak sangka pulak psy boleh jadi kaitan dengan politik.. apa motif sebenar di sebalik semua ini? hairan hamba ini....
THE AUTHOR berkata…
Ini bukan entri politik yek..
cuma satu kupasan tentang fenomena politik terkini yang tenagh panas..ehhehehehe
wan berkata…
kalau beri seribu sorang kat fakir miskin pun betapa bersyukurnya mereka..
Kerapu berkata…
Saya bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi... lain bangsa lain ragamnya, lain umpannya, lain cara nak tarik perhatiannya. Mungkin Psy adalah umpan terbaik MCA... Agi Hidup Agi Ngalaban... dah meninggal wira negara menentang KOMUNIS
Cik Bayan berkata…
saya kata, yes, no, alright! Sumer tak boleh ...hihi
Unknown berkata…
Orang politik tentulah mengikut resam politik. Lihat sini untuk melihat persepsi tentang politicanhttp://www.readersdigest.ca/magazine/2012-trust-poll/canadas-most-trusted-professions-2012-trust-poll-results?id=3
Aieda Adnan berkata…
"are u ready for psyyyyyy?"

"are u ready for psyyyyyy?"


"are u ready for BN??!!"

huh? ape da...
inasazali berkata…
mmg kaya la psy tu..seronok mereka..
Unknown berkata…
lama2 pun lagu ni basi jugak nanti.
ni baru je lagi.
bazir je. x berbaloi kot.
erkk :D
Tanpa Nama berkata…
Ini Lagi Satu Ketidakcekapan BN, baca...

http://dukeofumno.blogspot.com/2013/02/bila-khalifah-pas-anjur-pesta-arak-rm3.html
Qashmere berkata…
Buang duit jer....semata-mata nak kompol rakyat dengar bebelan pihak tertentu...tak kisah la duit sapa pon...tapi duit tu disalurkan pada yang memerlukan dalam negara ni lebih bagus
Unknown berkata…
turut merasakan ada pembaziran yang ketara..dah berlaku sekadar melihat saksikan...pilihan terbaik di tangan kita nanti...
Unknown berkata…
mcm2 kelakar pun ada...
Unknown berkata…
k'jaan masih belum kenal hati budi rakyat nmpknya..
so far sy tgk nk dekat2 PRU ni ,makin byk duit yg ditabur!!
Mawardi yunus berkata…
2 juta leh beli cekodok pisang untuk 7 tahun heheheheheh
Nadia Johari berkata…
memg x ptut jmput psy..baik wat solat hajat ke ape..
Kak iman berkata…
bro hanif..xmo2 cakap kat sini kang dyorg chop kite pangkah bulan plak tetttttttttttttttttttttttttt
3no gr33ny berkata…
yang penting kita tahu siapa pemimpin di pihak benar..
ayut berkata…
tergelak bnda ni diisukan...lg2x singapore ada isu jgk...mmm...at the end yg hanif ckp tu mmg btulla...yg pasti rakyat penang dpt dh tgk psy...cite len..fikirla sendiri...
wantie berkata…
kat office ni kecoh ttg psy datang penang...

kes dewan pun dorang kecoh.malas nak layan.tak untung apa pun
Unknown berkata…
mcm2 strategy diorang kan..haishh..
umo x ckup 21 lg nih..besor kecik besor kecik je nmpak..=D
MyFreeMinded berkata…
Untuk hiburan boleh lak kumpul sampai 2 juta. Iye lah tu. cuba kutip 2 juta bantu anak2 kecil yang sakit kronik dan sedang kesempitan wang untuk meneruskan rawatan. Lagi berbaloi.