Komen Yang Menyakitkan Hati

Komen Yang Menyakitkan Hati

Tajuk tentang komen lagi. Tempoh hari aku ada buat entri tentang komen stress dan contoh entri.

Kali ini nak cerita tentang komen yang menyakitkan hati...kikikiki.
Ini soalan bro Korn kita....
1. Wah entry yang menarik..
2. Nice entry dan seangkatan dengan nya... What do yo think?

Sebenarnya inilah pelakuan biasa yang dilakukan oleh semua blogger.

Siapa yang tak pernah buat perkara sedemikian? Saya pun pernah buat..ahakss..
Tapi secara terus terang saya pernah berjumpa beberapa blogger jika memberi komen memang padat.

Untuk saya komen sedemikian memang menyakitkan hati. Ramai blogger pun mempunyai perasaan apa yang saya rasakan. Betul tak?

Cuma ramai blogger tidak menyuarakan kerana etika berblogging yang menggari tangan ni.
Lagipun sudah cukup baik, mereka mengomen di blog.
Kalau tak, lagi sakit hati..kikikiki.

Sebenarnya terdapat beberapa sebab mereka mengomen sedemikian. Sebabnya terdiri dari kedua-dua blogger tersebut samada si pengomen dan si pembuat entri.

Sebab-Sebab

1. Entri bersifat peraduan.
Apabila seseorang blogger yang kerap menyertai segmen. Mereka sering akan mendapat komen seperti:
a) Good luck
b) Selamat bersegmen
Kadang-kadang anda naik bosan melihat komen sedemikian TETAPI inilah standard komen.
Apa yang mereka nak komen lagi...kikiki.

2. Entri bukan bidang pengomen
Kadang-kadang terdapat blogger membuat entri berkisar tentang:
a) Ilmu yang mereka belajar
b) Produk yang mereka pakai
c) Puisi
d) Keagamaan
e) Fotografi
Biasanya akan mendapat komen seperti:
a) Nice entry
b) Perkongsian yang menarik
Ini kerana mereka kurang mahir dan takut tersilap memberi komen yang bukan bidang mereka. Ini yang saya panggil komen stress untuk pengomen..

3. Pengomen tengah buat ekpress BW
Ini pun satu hal gak. Pada masa itu pengomen tengah ada mood dan buat BW ekspress untuk capai target jumlah blog untuk di BW.
So dia baca sikit lebih kurang dan komen pendek ajer seperti contoh di atas.

4. Entri Yang Panjang
Ini perkara biasalah. Adakala pembaca ini suka skip baca entri panjang lebar ni.
So jalan selamat taiplah seperti contoh diatas atau tiru komen orang  lain...
Tapi kami tahu anda tak baca entri kami..kikikiki.

5. Sikap Si Pengomen
Ini tak boleh nak buat apa-apa dehhhh.
Memang dia ni suka tulis pendek-pendek atau pun jenis sekadar melepaskan batuk ditangga.
Suka skip baca entri dan tulis ayat standard macam contoh ayat diatas...

Kesimpulan
Banyak sebab kalau saya nak tulis sebab-sebab ujudnya komen menyakitkan hati.
Kalau saya tanya sebab- sebab tambahan ramai blogger boleh tambahkan sebab ini merupakan salah satu tabiat yang kita lakukan semasa mengomen.
Hanya tuan punya diri yang lebih tahu..hahahaha.

Catat Ulasan

29 Ulasan

PCL berkata…
kalau sy..sy ckp je sy dtg dgn ayat ikhlas...emm.
Unknown berkata…
1, 2 dan 4 ya..3 dan 5 tu ikut mood..muahahaha..
Tanpa Nama berkata…
hehehehhee...kathy selalu juga dapat komen sebegini,tapi bagi kathy syukur alhamdulillah asalkan ada orang komenkat entri kathy...
Unknown berkata…
pembaca terdiri daripada berbagai agama, bangsa, negara, negeri dan yang sewaktu dengannya.. ragam pun macam2 jugak..kan?? dan ada jugak yang lain semacammm je..
nak marah kat tukang komen ni pun tak boleh jugak sebab diri sendiri pernah buat benda yang sama.. ->.<-

~atau mungkin tu je huruf yang masih melekat kat 'keyboard' mereka kot.. maklumlah ganas sangat ^_^v
Mrs Velentine berkata…
hahhaha..ini aku setuju..aku pun selalu guna nice entry ..perkongsian yang menarik sebab kdg2 aku tak tau nak komen apa dah..
MalizaMah berkata…
yg penting ada org komen, pun dh bersyukur... heeeeeeeee
Unknown berkata…
No Komen.. wakakakka tapi gatal tangan nak menaip kat sini wakakaka jangan mare bro!
THE AUTHOR berkata…
Zaharin, Entri ini for fun bro..hahahhaha.
No hal punya...
P#eoniX berkata…
gud luck bro....eh!!!cam kenal je ayat tuh...hakhakhak!!!x leh komen lelbih takut nanti orang salah paham sbb komen sy susah orang nak paham...paham x??wakakakakaka!!!
ME CTCT berkata…
kalau ct post psl peraduan, ct dh thu dh komen yg ct bkal dpt..it okay...lgpon blog xterkenal mcm ct, siapa la nk bce...hahahaa...naseb je ade org nk komen :D
ME CTCT berkata…
kalau ct post psl peraduan, ct dh thu dh komen yg ct bkal dpt..it okay...lgpon blog xterkenal mcm ct, siapa la nk bce...hahahaa...naseb je ade org nk komen :D
ME CTCT berkata…
kalau ct post psl peraduan, ct dh thu dh komen yg ct bkal dpt..it okay...lgpon blog xterkenal mcm ct, siapa la nk bce...hahahaa...naseb je ade org nk komen :D
Tanpa Nama berkata…
hahaha.

kdg2 depend kat ape yang kite cerita. dan aku tak pernah kesah pun orang komen ape. ada komen dah kire syukur...

* sebab bukan ramai yang komen pun. hahaha.
Unknown berkata…
Hehehehehe.....
Unknown berkata…
kekadang tu ada jgk entry yg btol2 menarik ttapi xtau nk ulas mcm mane.
so cuma letak nice entri tq for sharing!
wantie berkata…
betul. dah join ga. nak komen apa lagi kan...
nice entry. hiksss sekali lagi. jgn stresss tau.
pemerhati berkata…
Perkongsian yang menarik
OKje berkata…
Haha..... Betul tu Nep mmg sakit hati telan aje la nk buat camne
Mawardi yunus berkata…
hahahha macam terkena batang hidung sendiri ngeeeeeeeeeeeeeeeee
Unknown berkata…
wah nice entry
Unknown berkata…
hehe..saje testing
bg aku pulak..mmg aku pernah terjerumus dlm kategori di atas. sbb x berapa nk memahami isi entry yg penulis tulis. mungkin jg disebbkan isu yg bukan dlm bidang aku

tp akan ku usahakan mengaitkan komen yg ditulis dgn mesej entry
Unknown berkata…
huhu..kadang2 saya pun buat juga..bergantung kepada entry..kalau entry tu memang kita ada pendapat nak dkongsi memang ada la komen yang diberikan..kalau tak faham atau kurang mmg nice entry saja la..tak pun tak komen apa2..
inche hlovate berkata…
kalo bab contest and segmen tu memang sya akan komen macm yg abg ckp tu. tapi kena yg entry mcm ilmiah2 ni kadg2 sya susah sikit nak faham and kadg2 tak komen pun. jadi silent reader je la

*komen ni menyakitkan hati tak? hihihi
Unknown berkata…
senang jer. bila kita ikhlas nak komen entri orang, orang pun akan jadi senang nak komen entri kita pula...

tpi bersyukurla la sbb ada org sudi komen...
syasya dtg sini ...
syasya menghargai org komen di entry syasya pendek2 ... pada tak komen langsung kan.?
Ritz berkata…
tertakluk pada mood hari tu kot.....hahha....kena mood sentap...komen pun sentap jugak hahah
dari hari tu nak baca entry ni bang...baru dapat baca...ekekeke...ada kebenarannya kot di situ bagi sesetengah pihak...tapi apa pun hak mereka kan? ^_^
Sukma berkata…
kalau entry menyentuh jiwa tu saya komen mesti panjang lebar..siap nangis-nangis lagi...hu hu hu...
ayut berkata…
hahaha..blh tak nak komen kat sini "nice entry" :p skit hati si hanif ye nnt. :p standard la tu..name pon blogging..klu dh sehari 100 blog nak pegi jenuh + bpinar bace entry pepanjang..pastu nak pikir komen apa la ni... hihihi..