Al Quran Bahasa Portugal Hadiah Untuk Ronaldo

Al Quran Bahasa Portugal Hadiah Untuk Ronaldo

Mungkin ramai yang telah mendengar berita bahawa Cristiano Ronaldo dihadiahkan sebuah Al-Quran setelah menjadi duta perusahaan operator selular Arab Saudi, Mobily. 

Tapi, tahukah anda, bahawa Al-Quran tersebut telah pun diterjemahkan dalam bahasa Portugal?

Begitulah laporan yang dipetik dari akhbar Al-Riyadh.Kehadiran CR7 ke Arab Saudi adalah kerana menjadi duta produk Mobily.

Pemain termahal di dunia itu akan membintangi beberapa iklan selama tiga bulan dengan pengambilan lokasi penggambaran di ibu kota Arab Saudi, Riyadh.

Sebagai balasan, selain mendapat hadiah istimewa kitab suci Al-quran, kapten pasukan Portugal itu juga mendapat bayaran tinggi bernilai enam juta dolar US.

Spekulasi tersebar, bahawa Mobily memilih Ronaldo kerana sikapnya yang terkenal sebagai dermawan dan beberapa kali mendermakan sejumlah pendapatannya untuk perjuangan Palestine.

Meskipun begitu, hanya bekas pemain Manchester United itu saja yang tahu mengapa dia terpilih menjadi duta perusahaan operator selular di negara tempat lahirnya agama Islam itu.-AP

sumber utama:http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/04/al-quran-bahasa-portugal-hadiah-untuk.html

Catat Ulasan

11 Ulasan

teratai berkata…
Semoga beliau mendapat petunjuk...amin
Unknown berkata…
maksudnya terjemahan tu la bertukar ke bahasa portugal ye?? o.0?
Unknown berkata…
semoga terbuka pintu ronaldo utk memeluk islam. amin. :)
maszull berkata…
assalamualaikum hanif....moga terbuka hatinya utk memeluk agama islam...:)
Unknown berkata…
alhamdulillah...semoga ronaldo dapat memanhami islam yg sebenarnya.....
Unknown berkata…
Alhamdulillah, semoga CR7 mendapat hidayah dari Allah. Insyaallah
Cik Nor berkata…
moga dia mndapat hidayah Allah...aamiin
Cikda berkata…
anak cikda si anip n ayis tu kalau tau pasal info ni, mesti teruja.. :)
wantie berkata…
ada terbaca yang heboh kekonon yang ronaldo ni dah masuk islam. tapi tak sure gitu gitulah..

Moga diberikan hidayah kepadanya.
Unknown berkata…
inilah step yang betul, kita hadiahkan seseorang al-Quran yang ada terjemahan ikut bahasa yang dia faham, semoga cepat dia dapat hidayah. :)
Cik Fie berkata…
Semoga beliau mendapat hidayah daripada Allah...amin :)