Kemalangan Kereta Di Tempat Kerja

Kemalangan Kereta Di Tempat Kerja

Hari ini agak kecoh jugak kat kilang. Kereta yang parking kat luar kilang telah diredah oleh sebuah kereta lain. Ia melibatkan pelanggaran 3 buah kereta.
Inilah akibat terburu-buru keluar tanpa lihat kiri kanan.

Akibatnya kereta rakan yang terparking di dalam kawasan parking tak pasal-pasal menjadi mangsa.
Yang sedihnya dia baru keluar kereta baru, siap dah tinted serta lowut lagi.

Gambaran pelanggaran ini berdasarkan versi ketiga cerita yang aku dengar..hehehehe
Macam-macam versi aku dengar masa pelanggaran tu.
Ada yang kata kakak tu gostan kereta, dia kena langgar dengan kereta B dan terlajak ke kereta rakan aku ini.
Ini adalah gambaran cerita versi ketiga yang aku fikir logik berdasarkan kadar kecederaan ketiga-tiga kereta tersebut...kikikikiki.

Pening kepala bila fikirkan masalah sebegini yek.
Nak marah yang langgar tu pompuan.
Aku doakan semoga semuanya selesai. Tadi pihak polis pun dah datang ambil statement.

Tapi aku respek kat orang Malaysia ini ler. Memang prihatin kalau berlaku apa-apa kemalangan atau masalh dijalanraya pasti ada yang menjenguk..
Kalau lihat kat gambar tadi ...ramai yang tak kena mengena ada kat sana..hehehehehehe.

Catat Ulasan

28 Ulasan

Unknown berkata…
saya datang mengunjungi blog anda, dan tidak lupa pula join,

di tunggu join baliknya.

http://karyakuringharatis.blogspot.com/2013/03/kue-kamir.html
Aimacomel berkata…
Aduhh, kesiannya kete baru dah kena langgar. Mohon bersabar jelah.. org malaysia mmg prihatin :)
Bin Muhammad berkata…
Sudah tiba masanya pihak syarikat menyediakan tapak letak kereta yang mencukupi untuk pekerja...Barulah xde masalah spt ini berlaku.
Mummy MM berkata…
Hahaha.. Siap ada penonton setia lagi.. (^_^)
mama3heroo berkata…
benda dah nak jadi kan..
sabo je lah..
Unknown berkata…
kesian nye dah lah kareta baru dah repair...semoga masalah mareka cepat selesai dengan baik..apakabar hanif ?
Unknown berkata…
kalau sy la..mmg tutup mata kalau lalu kawasan kmalangan..takut ada darah2..ngeri..
Unknown berkata…
baru faham mcm mna pelanggarn tu berlaku. hahaha
Sukma berkata…
HR tu Encik David ker? Nampak macam kelam kelibut jer kat situ...siap buat plan lagi baru clear citer....
Cik Nor berkata…
a.hanif melaporkn untuk berita blog..hihik
Unknown berkata…
rakyat Malaysia mmg sgt2 prihatin.adakalanya prihatin tak kena tempat.kereta rosak tepi highway pun leh jadi jammed sbb nak tgk..aduhaiii.jem berkilo2 jauhnya.btw moga semuanya dpt settle dgn amannya.Bagus la hanif nie..siap laporan bergambar.hehehhe
Unknown berkata…
Saya pernah rasa...10hari ambik vios TRD kena langgar kat orang.. depan cool je..balik nangis kt rumah laa.. sayang oii.. *dah la langgar tak bayar pulak tu..*&^%$^.. dugaaaaaannn
MyFreeMinded berkata…
ouchh.. benci accident.. sebab dah kena.. hikhikhik..
boni kacak berkata…
hahaha.siap cekak pinggang lagi..heehehe
wantie berkata…
kalau ada accident saya memang kaypo. dari office saya terjah tau. nak buat mcm mana dah kerja namanya kan..

dah lali tengok accident ni. kekadang tak dan org accident tu nak citer saya dah tau citer dah. mana taknya. semua kes yg saya buat . semuanya kes accident. hadoiiiiiiiii
Unknown berkata…
hahaha.. siap cekak pinggang lagi..
sobri yaacob berkata…
rakyat mlysia sngt prihatin..bangga mjadi rakyat malaysia :)
sobri yaacob berkata…
cantik makeup..
sya doakan awak akan trus bjaya dalm bdang ni :) insaallah..
Akupenghibur.com berkata…
wahh siap cara pelangaran berlaku, rakyat malaysia memang prihatin
NJihe.am berkata…
Salam singgah, ingatkan lelaki je yang berani langgar kereta orang, perempuan pun ada. Malang tidak berbau. Tempat 'snap' gambar yang bagus. :)
inche hlovate berkata…
sebb terlampau perihatin tu yg jadi jem jalan tu hahaha

inche hlovate berkata…
sebb terlmpau perihatin tu la yg jadi jem jalan tu hihi
Azlan Strider berkata…
wah..siap ade gambarajah..ini leh bawak gi balai nih..hehehe..tapi biasa laa, time eksiden je mesti macam2 versi kuar..yang tahu situasi sebenar ialah pemandu jer..hehehe

Regards,
-Strider-
Bunda_nora berkata…
malang memang tak berbau..
Tengkubutang berkata…
kunjungbalas dari blog tengkubutang,

huuu.. pukul 3 tadi plak baru j teman dngar pasal excident org kena gilis dgn lori bdekatan Jalan Sultan Sulaiman, KL .. arghh ngeri tengok darah..
Unknown berkata…
kasihannya sahabat bro..... kereta baru tu......
QA's ~ mamapapa berkata…
Xpasal2 ur officemate jd mngsa plakkn :(
OKje berkata…
Rakyat Malaysia mmg perihatin....tumpang sedih namanya tu hehe