Kenapa Anda Sertai Segmen Blogger?

Kenapa Anda Sertai Segmen Blogger?

segmen

Salam satu blogger. Tempoh hari aku ada join 2 segmen sebab aku ada masa blogwalking ke blog-blog rakan-rakan segmen dan giveaway.
Salah satu segmen itu berkaitan  Segmen Bloglist Oleh Lelaki Ini dan satu lagi Giveaway oleh Wanaowen.

Sebenarnya ramai yang tag aku join segmen tapi saya minta maaf berbanyak-banyak sebab takut tidak boleh memberi komitmen pada segmen anda.
Bukan kerana aku sombong tapi pada dasarnya apabila kita join sesuatu segmen itu perkara pertama sebagai tanggungjawab kita sebagai peserta haruslah blogwalking ke blog-blog rakan seblogger.
Penat penganjur segmen buat senarai peserta blog mereka...hehehehehe.
Tugas kita hanyalah blogwalking ke blog rakan-rakan semua.

Tujuan giveaway dan segmen ini bukan sekadar memberi manfaat kepada pihak penganjur sahaja. Dimana pihak penganjur akan mengeluarkan syarat-syarat anda harus like Facebook mereka, follower gadget mereka dan paling penting buat entri di blog mereka.
Pihak penganjur akan memperolehi backlink percuma dari entri anda. Dan juga meningkat jumlah follower mereka.

Tapi sebagai tugas pihak penganjur bukannya senang. Pertama ia harus mempromosikan segmen beliau di setiap blog yang mereka blogwalking ( orang kata tag atau ajak mereka join) dan juga membuat senarai peserta segmen mereka. Penat kerja tu ..hehehehhe. Tapi kalau nak backlink dan follower yang baik terpaksa lerrrrr...hahahahahaha.

Yang sedihnya aku lihat ialah peserta segmen yang malas nak blogwalking ke blog peserta. Sebagai contoh dari 60 peserta yang saya blogwalking saya lihat hanya dalam 5 peserta sahaja yang aktif . Dan dari semua peserta yang saya kunjungi hanya 1% sahaja membalas kunjungan!!!!

Lepas tu yang malas nak blogwalking tu akan kata mereka sertai  berpuluh-puluh segmen tapi follower kurang. Aku yang blogwalking ke senarai peserta ini pun dapat habuk ajer apatah lagi yang tak blogwalking.
Ada juga aku kadang-kadang ternampak  sesebuah blog tersebut dah macam blog segmen dan giveaway sahaja...hehehehehe.
Dari awal bulan hingga ke hujung bulan, entri dia hanyalah segmen dan giveaway tapi follower ciput...

Kenapa anda sertai segmen? Untuk apa?
Saya kalau sertai sesuatu segmen tu perkara pertama sudah tentu ingin memperolehi sesuatu dari pihak penganjur kan..hahahahaha
Kedua saya sendiri akan menambahkan backlink blog aku  dengan mengajak peserta-peserta segmen bertukar bloglist dengan saya.

Dengan pertukaran bloglist ini maka secara tak langsung trafik saya akan menjadi lebih baik!!
Itulah cara saya untuk memaksimakan penyertaan dalam segmen atau giveaway.

Untuk saya widget follower itu prioriti kedua tapi kalau bertambah, baik juga kan. Sebab secara psikologi ia menambahkan semangat kita untuk berblogging walhal tiada apa-apa impak untuk trafik dan backlink.
Sebab itulah saya jarang sertai segmen atau giveaway rakan -rakan blogger. Takut tidak boleh menjalankan tanggungjawab sebagai peserta.

Pada saya segmen atau giveaway adalah sama sahaja. Pasti ada sesuatu yang akan diberikan oleh pihak penganjur samada dalam bentuk barangan, bloglist atau review blog anda.
Tapi tanggungjawab kita tetap sama sahaja. Jangan menjadi peserta pasif!!

Jangan kau orang salah faham untuk sesiapa yang terasa..hahahahahha. Tapi perkara ini perlu saya terangkan kerana penyertaan segmen sebenarnya mempunyai konteks yang lebih luas samada dari segi SEO, Pagerank dan Alexa jika anda pandai manipulasikannya.

Bukannya saya join segmen kerana saya di tag oleh rakan saya.
Bukan kerana kerana saya nak follower percuma dari rakan-rakan blogger seperti aku ini pergi ke blog anda dan klik butang follower tapi anda malas nak menjenguk aku.
Bukan kerana tak der entri nak buat so aku join segmen atau giveaway...hehehehehhe (aku dulu selalu buat gak..hahahahhaha)

Aku sedih sangat ini..huhuhuuu. Perkara yang aku sebutkan dulu ini, aku sendiri pernah buat..hahahahhaha. Biasalah bila mula-mula berblogging, semangat nak follower ini membuak so cara termudah sertai segmen atau giveaway. Tapi bila dah banyak sangat sertai segmen atau giveaway...mana larat nak blogwalking.
Entri ini cuma menasihatkan teknik yang betul apabila bersegmen. Jangan marah yek...
Selamat bersegmen.....

Catat Ulasan

26 Ulasan

wantie berkata…
tak peduli dorang nak datang terjah ke blog kita ke tak. yang penting bila join segmen saya akan terjah semampu yang boleh.

ada kebenarannya... memang macam tu lah kenyataannya... dan entri memang x salah...

jadilah peserta dan juga penganjur yang bertanggungjawab kan? ^_^
Unknown berkata…
betul tu.. saya pun dah jarang nak ikut segmen & GA pabila memikirkan hal sebegini.. bukan mudah nak BW kalau peserta tu sampai beratus2 orang.. fikir 2 kali dibuatnya..
Mama Amirul berkata…
join segmen bila tak de idea nak berblog?
Hmmm....
pernah buat tu...
Izzat Eshak berkata…
Ternampak juga blog2 yang penuh dengan segmen dan giveaway sahaja =)
Syamimi Saad berkata…
betul tu.. kadang2 kita dah join bnyk segmen, dan bersusah payah luangkan masa tuk blogwalking..tapi hasilnya, mereka lebih suka kita datang blog dorang..tp xnak pun luang msa, singgah sekejap.. sy selalu jgk kena.. tapi yela, takkan kita nak pksa orang kan? kalau rasa sudi, singgah la balik..kalau x sudi, duk je la diam2..

memang bila kita join segala segmen, GA ni memerlukan komitmen yang tinggi..tapi x semua peserta macam tu.. dorang sekadar join je.. xde usaha nak bertegur sapa dgn yng lain..
ayusyuhara berkata…
hehehehh..setuju banget..!!!.. ditto..
Sukma berkata…
bersegmen @ giveaway untuk menarik follower & mendapatkan habuan dari pihak penganjur...tu betul...
Unknown berkata…
den dah lama tak join segmen2...masa tidak mengizinkan...huhu
Bin Muhammad berkata…
Salam Tuan HI, Saya paling malas dan tak suka nak sertai GA atau segmen. Pengalaman jugalah menyebabkan jadi serik. Kita bersungguh2 cuba BW dan mengenali blog mereka, tapi... Samalah spt yg HI katakan. Kalau dilihat senarai peserta...mcm blog2 yg sama jer.
Matlamat bersegmen utk berkenalan dan mengenali blog2 peserta tak kesampaian, bukan hadiah yg dikejar. Sepanjang berbelog, hanya sertai 3 segmen jer...sudah cukup memberi pengalaman.

p/s: Kalau nak bersegmen lagi mungkin sebagai support rakan dan joint last minit sblm tamat tempoh...hehe
Unknown berkata…
Entry ni amat berguna untuk saya..terima kasih En.Hanif
fyna berkata…
fyna dulu kalau ada masa memang akan join segmen/ga sesiapa. motif? sebab hendak membantu rakan blogger. tetapi ada juga hadiah yang fyna patut menang, fyna still tak dapat lagi. just fikir positif. bukan rezeki kot.
sekarang saja jarang nak join semua tue. sebab kekangan kerja.
Unknown berkata…
satu pndangan yg bernas bro..
sebolehnya kita mnegharapkan pengunjung yg akan dtg berulang kali utk mengikuti setiap entri yg baru. Bkn semata2 utk segmen,besarkn angka follower dan jngka masa pendek la senang cerita..
so apa yg bro tulis ni mgkin dpt mmberi satu dimensi baru utk blogger di luar sana..

P/s::oppsss!pnjg la plak!!haha
Unknown berkata…
setuju!! kdg2 syarat dia bukan main bnyakkk, hehe. Terus hilang mood nak join. Cuma bila org tag harus lah join. :)
Blog Santai berkata…
Wah panjuanh lebar luahan hati cik hanif kita...anyway jangan give up k..tak apalah dia orang tak nak jenguk blog kita..yang penting ada kesempatan gi jalan-jalan k..
Tanpa Nama berkata…
betul tu..dan kathy tak kecil hati pun bila hanif tak dapat join segmen kathy..apapun,andai hanif idrus buat segmen lagi,kathy tetap akan join.hidup blog hanif idrus..hehehehe..
Mummy MM berkata…
Saya join bila saya takde idea nak update entry.. Hehe..
Unknown berkata…
wowoww mcm terasa.haha..
blogwalking bila line internet laju tp masalahnya line internet suka wat hal. hampeh sangat..

lg 1 bila lama x berblog at least traffic blog naik sikit.
Bunda_nora berkata…
assalam, bunda memang tak berkesempatan nk join..
cik.einaaa berkata…
saya join segemen sebab nak kenal dengan blogger lain..seronok! ;)
Fifi Nadhrah berkata…
salam kenal dari fifi.. fifi pon tak pentingkan follower.. yg fifi pentingkan silaturahim yang terjalin.. :)
betul tu.... saatu join nak support member blog kalau ada rezeki alhamdullilah, kedua tgok jenis segmen mcmana.. kalau simple boleh la join.. ermm bukan senang jd penganjur
Aimacomel berkata…
Jarang join sbb takut xmampu nk bg komitmen bw ke peseta lain yg join :)
QA's ~ mamapapa berkata…
Uhuhuh! Dh lama x join segmen2 GA..sedih sbb msa trlampau trhad:(
Unknown berkata…
remy join segmen support kenkawan..... mempelkenalkan GA tu kepada org lain....... tapi ada yg remy join sebab kena tag... tapi ikut masa jugak bro..... kekadang ada jugak yg tak sempat.....
OKje berkata…
Betullah nep wa pun malas nk join bukan sebab sombong tp seperti apa yg hang explainlah...nk komen pun tak de idea dah hehe