Presiden Uganda Derma Satu Guni Wang

Presiden Uganda Derma Satu Guni Wang

Presiden Uganda, Yoweri Museveni mendermakan satu guni wang tunai kepada sebuah pertubuhan belia tempatan, Busoga Youth di timur negara itu.

Wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM303,649) itu bertujuan untuk pelbagai aktiviti pembangunan belia. Karung berisi wang itu diserahkan kepada Menteri Kebajikan Belia dan Kanak-Kanak, Ronald Kibuule sebelum disampaikan kepada wakil pertubuhan belia berkenaan pada satu majlis di ibu kota Uganda di sini.

Penyerahan derma itu pada hujung minggu lalu telah menjadi buah mulut di Uganda sekali gus meningkatkan populariti Museveni. Bagaimanapun, pihak pembangkang menuduh Presiden itu menggunakan derma tersebut untuk membeli sokongan golongan belia pada pilihan raya akan datang

Catat Ulasan

9 Ulasan

Unknown berkata…
wahh .. kaya kaya kaya
Sukma berkata…
agak-agak kat sini ada planning nak bagi macam tu tak...?
amirofie berkata…
Harap benda yang sama terjadi di Malaysia. PM usung guni duit bagi kat rakyat yang memerlukannya.
Unknown berkata…
tu dia...seguni duit dia kasi...jenuh nak kira.....
wantie berkata…
uits... duit tabung sendiri ek? hehehehe....
Unknown berkata…
wahhh, bnyk nyaaa. ini baru bgus bgi cash bukan cek. :)
afzalsukasuki berkata…
hahaha siap pikul bagai cenggitu memang lawak hahaha