PRU13 Pemimpin Berebut Kuasa

PRU13 Pemimpin Berebut Kuasa

Kuasa
Penamaan calon telah berlalu 3 hari tapi isunya masih belum reda.
Pertambahan calon Bebas dikalangan Perikatan BN  dan pertembungan parti di antara Pakatan. Merupakan isu panas ketika ini.

Ini belum dikira pemimpin BN dan Pakatan yang telah keluar parti. Paling popular ialah Mat Taib.
BN telah memecat 58 ahlinya manakala DAP telah pecat seorang ahlinyaJenice dari Parliman Teratai. Manakala dipihak BN ialah si Kamalia..

PRU13
Manakala di Kota Damansara masih belum jumpa penyelesaian pertembungan calon PKR dan PAS. Di Kuala Trengganu 3 calon PKR telah menarik diri dari bertembung PAS.

Dan menyusutkan keadaan apabila SPR mengatakan tiada penarikan diri oleh calon-calon.

Melalui perbincangan di atas, jelas berlaku kekusutan samada dari calon individu dan parti itu sendiri!!


 Tapi intipati yang dapat kita lihat dari kedua-dua mereka semuanya berkisar tentang kuasa. Perebutan kuasa sesama mereka dan sudah tentu perebutan antara pihak lawan parti.

Apabila parti dibelakangkan dan perjuangan diperlekehkan. Apakah nilai sebenar seorang pemimpin itu?
PRU13Kenapa dari awal tidak umumkan mahu menjadi calon bebas dan bagaimana pertembungan boleh berlaku.

Semuanya kerana nama mereka tidak tercalon atau pembahagian kerusi yang tidak seimbang.
Adakah itu perjuangan membela rakyat?

Fikirlah sendiri, namun apa yang boleh kita buat.
Pandai-pandailah mengundi kerana semua pemimpin zaman akhir  ini hanya bertunjang pada kuasa..
Aku bersyukur jika ada 1% pemimpin genuine di Malaysia ni.
But at the end ...THAT POLITIC!! kata cikgu aku Aristotle.
Tiada masyarakat Utopia di dunia ini....

Catat Ulasan

15 Ulasan

MalizaMah berkata…
hmmmm sebagai rakyat, jalankan tanggungjawab. itu sahaja.
Unknown berkata…
kuasa pnya pasal kan..
Tanpa Nama berkata…
jom kita mengundi..

nk tanya dh dpt ke bookmarks drp js..kot2 hilang di tengah jln ..hihi
Tanpa Nama berkata…
jom mengundi.......
Mummy MM berkata…
Rebut punya rebut.. Last2 negara hancur..
Bunda_nora berkata…
jom kita pergi mengundi nanti..
Mawardi yunus berkata…
xsabar dah ni nak memangkah..
Tanpa Nama berkata…
kita undi....tp ada yg buat lembu kenyang jak....
wantie berkata…
Semuanya kerana nama mereka tidak tercalon atau pembahagian kerusi yang tidak seimbang.
Adakah itu perjuangan membela rakyat?

soalan tu sangat la cepu emas. hehehe.. mari kita sama sama tengok inikah cara terbaru untuk pecah undi?
Unknown berkata…
lagu mengundi dari tomok yang terbaru nie best la.leh layannnn :)
my notes berkata…
assalamualaikum ... saya selalu tekankan bila komen ttg politik nih . " selagi dia politician , dia tetap akan berpolitik x kira dalam parti apa ! " . PKR ada 3 parti . pasti semua parti nak calon mereka bertanding utk kikihkan kuasa . So , x peliklah bila ada pertembungan . persoalannya : ketika penamaan calon pun dah berebut kerusi , tunjuk power , masing2 nak kukuhkan kuasa , bagaimana pula bila dah menang dan memerintah negara ? masih ada muafakat ker nak lantik menteri atau si luncai terjun dengan labu - labunya ? ... nak biarkan ? ... Malaysia rakyat punya ! ...
OKje berkata…
Sebenarnya kurang suka baca politik ni...tp kena ambik tau sikit sikit jugak...kang org cakap melopong!
Unknown berkata…
semakin dekat hari mengundi...semakin menarik senario politik nie.....
Cik Fie berkata…
jom mengundi. :)