Rumpai Laut Tidak Mengandungi Kolagen

Rumpai Laut Tidak Mengandungi Kolagen


Rumpai Laut Menerima e-mail dari rakan mengenai Rumpai Laut yang diwar-warkan mengandungi kolagen sebenarnya palsu!!!!
Dari pembacaan aku , fakta-fakta yang diterangkan menyakinkan aku juga...
Dan terbukti apabila mak aku makan kolagen tapi darah tinggi tetap sama..naik jenuh nak menelan rumpai laut tu..hehehehee. Baik makan cincau yang terbukti kurangkan darah tinggi.

Cuma impak baik yang aku lihat makan rumpai laut kurang mendapat demam atau dulu pagi-pagi selalu berhingus kan...sudah tiada lagi...
Jom baca artikel ini..maaf nak kasi kredit pada penulis saya tak tahu siapa beliau..

Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan.

Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan.

Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak.

Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu. Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia.
Rumpai Laut

Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan.

Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian. Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen.

Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen. Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium.

Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar. Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat. Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita.

Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen.

Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.
Rumpai Laut
Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar

'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan.

Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan. Penghaslilan Produk Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan.

Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin). Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen".

Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut.

Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda. Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini.

Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman. Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan.

Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV.

Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara." Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut.

Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya. Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar.

Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur. Ingat Cantik, ingat vitamin C.

Catat Ulasan

18 Ulasan

Unknown berkata…
Jeng jeng jeng..hehehe fahz mmg tak pernah makan rumpai laut tu pun.camne rasanya ek?
ayusyuhara berkata…
alamak..baru jerk beli n sedang rendam semalamam..kekonon nak try..haisshh
Mrszahrinekin berkata…
Iyer mer..ermmm..no komen..
Aimacomel berkata…
???? owh, jadi selama ni??
nasibla xpernah pun nak cuba or even nk makan pun benda alah ni
Unknown berkata…
tak pernah try rumpai laut nie..ramai dok kata bagus untuk kecantikan..huhu
Unknown berkata…
macam nak promote vitamin c pulak.. heheheh
dilla.d berkata…
yeke ?? housemate da telan sebesen rumpai laut ni
Unknown berkata…
semakin byk produk penjagaan kesihatan yg sudah diragui keberkesanannya hari ini. aku pun dah try ion rendam kaki tu, tipu saja tak letak kaki pun still air jadi keruh
wantie berkata…
Pada saya rumpai laut itu adalah sejenis sayuran di mana bila makan dia akan membantu tubuh mengekalkan kolagen dalam badan. contohnya, sayuran dapat mebantu menjana kolagen dalam badan. Tapi tak de la org cakap sawi ke kobis ke carrot ka tu semua ada collagen. semua itu adalah satu makanan yang membantu.

Then sila lihat artikel ini. di ayat yang paling akhir. Ingat cantik ingat vitmin C.

tak salah kot kalau aku cakap. yang secara tak langsung nak promote Vitamin C yang memang dijual kat pasaran yang telah di tabletkan.hehehehe...
wantie berkata…
ups.. lagi satu nak komen. maaf yer.

artikel ada cakap yang " berbelanja besar untuk mebeli sayur".. rasanya rumpai laut tu tak de la mahal mana pun. RM 18.00-25.00 utk sebulan.

pergi market beli sayur mentah lagi mahal kot.

artikel ni ada baca kat FB.
BTW thanks sharing..
Sukma berkata…
baru tahu...tu yang makan lagi...stop..saya makan omega oil jer...
Unknown berkata…
memang tak pernah mkn rumpai laut tu........
Unknown berkata…
sy pun ada baca artikel ini..memang mengejutkan..
Unknown berkata…
Sapa la yg reka2 cerita pasal kolagen ni..sanggup mereka menipu pengguna.. sbb tu sy xpercaya produk zaman skrg..semuanya meragukan..
Tanpa Nama berkata…
banyak company kecantikan barang berkolagen tak laku sebab rumpai laut ni..sbb tu ada org dibayar utk tulis kata rumpai laut tka berkolagen.. cer baca keratan akhbar ni
OKje berkata…
Pernah dengar jugak pasal ni...nasib tak pernah ambik lagi..
Tp mungkin ada kebaikan dia jugak kot
Unknown berkata…
Kolagen dai Rumpai Laut Berkesankah? Ini adalah tajuk perbincangan yang dibincangkan dalam Wanita Hari Ini 24 April 2013 di TV3.. Rasenye sudah kali kedua WHI membincangkan pasal rumpai laut ini.. Sesiapa yang tak dapt tengok wanita hari ini takpe.. So saye kongsikan serba sedikit ilmu yang saye dapat semasa mengikuti siaran WHI :-)

Panel yang terlibat dalam perbincangan WHI ialah Prof Madya Dr Suhaimi Yasir (Ketua Pengarah Unit Penyelidikan Rumpai Laut Sabah,UMS) & Hardiyanti Nirwan Ben (Penganalisis Saintifik & Pembagunan Perniagaan TPM Biotech).

Dalam perbincangan mengatakan tiada kolagen di dalam rumpai laut ini. Jangan marah ye pengguna rumpai laut semue kerana saye pun penggune setie rumpai laut ini. Bace dulu artikal ini sampai habis :-) Dari segi sains kolagen adalah komponen protein polimer maknanya bahan asasnya adalah protein. Jadi tidak sama dengan bahan asas dalam rumpai laut kerana strukturnya terdiri dari karbohidrat.

Tetapi rumpai laut ini tinggi dengan serat, protein, mineral, Asid Amino di mana peranan protein & Asid Amino ini membantu dalam menambah baik kolagen yang sedia ada dalam tubuh badan kita. Secara tidak langsung bila kita makan rumpai laut ini sendiri dapat menambah baik kolagen dalam badan dan itu membantu dari segi struktur kulit yang cantik, keanjalan dan sebagainya.

Rumpai laut diistilahkan sebagai organic vegetables, juga mengandungi fibre & potassium yang tinggi. Rumpai laut ini digunakan untuk makanan untuk kecantikan dan juga untuk kesihatan.

Dalam satu penyelidikan dan kajian menggunakan haiwan iaitu tikus. Kesannya adalah positif. Di mana tikus ini diletakkan kolestrol yang tinggi dan apabila disuntik dengan rumpai laut ini taraf kolestrolnya menurun.

Rumpai laut ini penuh dengan mineral, zat, protein dan vitamin (B,C,D,E,Antioksidan) dapat membantu dalam masalah kulit dan juga ekzema. Jika amalkan dan makan hari-hari boleh mengekalkan kandungan kolagen dalam badan yang menyebabkan kulit tegang dan sebagainya, dan memang telah terbukti.

Rumpai laut ini adalah bahan organik dan selamat digunakan. Bak kate Prof Madya Dr Suhaimi Nasir boleh diambil selame-lamenye takde masalah :-) Menggunakan rumpai laut adalah semestinya pilihan yang bijak. Kerana ianya 100% bahan semula jadi dan harganya berpatutan.

Testimoni dalam WHI:
Juminah Arbai'e -Mula-mula beliau tidak percaye kan keberkesanannya.tapi setelah mencube sembelit dah takde, kulit rase halus.

Rumusannya, produk-produk dari rumpai laut ini akan dibangunkan. Kerana ianya sangat berguna dan boleh dikomersilkan.

sumber : Wanita Hari Ini, 24 April 2013 (Rabu)

So segala persoalan mengenai rumpai laut ini sedikit sebanyak dapat dijawab. Jadi amalkanlah rumpai laut ini untuk mendapat kesihatan yang lebih baik. Tidak rugi mencube ye semue.
debellezza berkata…
salam..saya rase rumpai laut bnyk khasiat dia..seperti sayur jugak..btw sy nk promote rumpai laut hijau..gred AAAA..even dh lmbt sket sy komen ni..hhihi sesiapa berminat boleh contact saya..0196922033..trime kasih