Stesen KBS haramkan video muzik Psy

Stesen KBS haramkan video muzik Psy

PSY
Sebuah stesen penyiaran terkenal di Korea Selatan, KBS mengharamkan video muzik baharu Psy yang berjudul Gentleman.

Pengharaman yang diumumkan semalam itu dibuat kerana video muzik penyanyi rap tersebut menyiarkan adegan dia menyalahgunakan harta benda awam.

Dalam video muzik itu, terdapat adegan yang menunjukkan Psy, 35, menendang sebuah kon yang diletakkan oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan di sebatang jalan raya.

Kon itu diletakkan di kawasan larangan tempat meletak kenderaan. Menurut KBS, adegan tersebut tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh stesen penyiaran awam itu. Dua jurucakap stesen itu berkata, pihaknya sebelum ini pernah mengharamkan beberapa video lain kerana alasan yang sama.

Video muzik berdurasi 3.54 minit yang menunjukkan Psy menari tarian goyang pinggul telah mencatatkan lebih 139 juta kali tontonan sejak ia dimuat naik di laman YouTube pada 13 April lepas.

Psy juga memperkenalkan tarian kuda menerusi video muzik Oppa Gangnam Style yang turut mencipta rekod YouTube apabila ia mencatat lebih satu bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu.

Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memuji tindakan Psy kerana membayar sejumlah wang kepada sekumpulan pereka tari yang mencipta tarian pinggul.

Anggota-anggota sebuah kumpulan nyanyian wanita dari Korea Selatan, Brown Eyed Girls pada tahun 2009 pernah membuat persembahan tarian itu menerusi lagu hit mereka, Abracadabra

Catat Ulasan

6 Ulasan

Unknown berkata…
tak tgk pun lagi..ermm sy selalu lambat bab ni..
wantie berkata…
bila dah terkenal. ada ada je cerita kan
Tanpa Nama berkata…
ada2 je la pSY ni...hehehe..
Aimacomel berkata…
belum tergerak lg nk g tengok
Unknown berkata…
dah tgk video tu...ala ala tarian punggung pulak.....
OKje berkata…
Tak pernah tengok vid tu lagi!