Teknik Re-Publish Post. Wajarkah?

Teknik Re-Publish Post. Wajarkah?

hanifidrus

Hari ini nak berbicara tentang teknik post yang sering digunakan oleh blogger.
Teknik ini dipanggil Re-Publish Post atau dipanggil juga Re-Schedule Post.

Apa itu teknik Re-Publish Post. Dimana seseorang blogger yang telah publishkan postnya dan kemudian re-publish semula postnya dengan mengubah semula tarikh atau waktu tersebut.

Sebagai contoh seorang blogger telah publish postnya pada 5.03.2013 dan kemudian re-publish  semula pada 6.03.2013.
Atau seorang blogger telah publishkan postnya pada pukul 7.00am dan kemudian pada pukul 1.00pm ia publishkan semula.

Sebabnya untuk aku hanya ada tiga, iaitu pertama ia nakkan traffic dari rakan bloglist dan kedua ia malas nak membuat entri.artikel.
Dan akhirnya sekali ia pergi bercuti dan terpaksa membuat re-publish post.
So dengan membuat re-schedule post ini, maka blognya dianggap sentiasa di updated!!

Kebaikan
Ini adalah sebahagian teknik blogging yang diamalkan oleh sesetengah blogger dengan harapan dapat meningkatkan traffic.
Kewajaran teknik ini amat berkesan setelah ujudnya bloglist semenjak 2 tahun kebelakangan ini  oleh blogspot.

URL anda di bahagian atas bloglist
Dimana rakan-rakan blogger akan bertukar URL sesama mereka dan kemudian URL anda diletakkan di widget bloglist yang tersedia di blogspot.
Dimana blogspot ini akan updated kedudukan URL ini berdasarkan yang paling awal updated.

Sebagai contoh di dalam bloglist tersebut terdapat 150 URL. Jika anda tidak updated apa-apa entri maka URL anda akan terletak di bahagian bawah sekali.

Dan jika anda baru updated entri, maka URL anda akan terletak dibahagian atas.
Jika anda membuat re-publish, maka URL anda akan sentiasa berada di atas dan mudah dikesan oleh rakan blogger anda.

Meningkatkan Pencapaian Traffic Di Kalangan Rakan Bloglist
Bayangkan jika anda telah exchange URL menggunakan bloglist seramai 200 orang blogger. Waktu seseorang blogger itu membuka blog mereka tidak tetap. Adakala waktu malam, kadang-kadang waktu petang atau pagi.

Sebagai contoh jika anda publish pada pukul 7.00am tetapi blogger tersebut membuka blognya pada pukul 3.00pm.
Secara automatik URL blog anda di bloglist akan menurun ke bawah. Apatah lagi jika blogger tersebut membuat widget spoiler di bloglist yang hanya senaraikan 5 bloglist terawal. Sudah tentu entri anda tidak akan dibaca walaupun ianya menarik!!!

Jika anda membuat re-publish berulang-ulang pada entri anda pada hari itu, entri anda sudah tentu dapat mencapai 90% rakan bloglist anda.
Sebagai contoh anda re-publish pukul 1.00pm...kemudian pukul 5.00pm dan kemudian pukul 8.00pm dan seterusnya hinggalah anda mempunyai entri baru untuk dipublishkan.

Dan untuk membuktikan ini saya telah membuat re-publish pada entri saya semalam bertajuk Alexa Hanif Idrus dan kelajuan entri saya dikesan oleh rakan bloglist semakin baik.

Keburukan
Ianya satu penipuan yang menyusahkan rakan dibloglist mereka.
Sebagai contoh rakan-rakan dibloglist akan pergi blog anda jika anda membuat entri terbaru.

Melalui teknik re-publish ini, rakan anda terpergi dua kali ke entri yang sama kerana mereka ingatkan anda buat entri baru.

Kalau aku, mesti marah kan kerana tertipu, dahlah masa blogwalking tu ciput , kau lak buat hal dengan re-publish post kau..hemmmm

Yang baiknya, si pelaku re-publish post akan mendapat traffic baik kerana berulang-ulang kali rakan bloglist ke blog anda untuk membuat post yang sama..hehehehhehe.

Kesimpulan
Secara peribadi aku rasa tidak menjadi masalah sangat kerana setiap blog yang aku pergi aku boleh ingat..
Cuma janganlah terlalu melampau seperti menggunakan entri yang sama membuat re-publish post setiap 2 jam  selama seminggu !!!!
Itu nak kena hempuk ngan bantal tu..hehehheehe

Nak marah pun tak boleh juga sebab ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh blogspot.
Cuma kata rakan Perancis aku ialah " Don't abuse The Power"
Jangan melampau-lampau manipulasi kuasa aplikasi  re-schedule tersebut...pandai-pandai ler...

Entri ini dipost pada pukul 3.00pm (3.04.2013)
Sebelum tu aku nak beritahu, ini adalah re-publish post setiap 4 jam!!!!!!!!!
Jom kita lihat berkesanannya!!!!!!!!!

Catat Ulasan

33 Ulasan

Anisa Anuar berkata…
xsalah rasanya...byk membantu kalau yg buat segmen or giveaway...

orait jgk...nk gk taw apa akan jadi...nnt update ehh
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif. sheila belum pernah buat camtu. rasanya boleh membuatkan orang lain pening dan pusing kepala kang. hahahahaha. better buat schedule macam sheila ni. boleh rileks selama sebulan dan tinggal untuk blogwalking saje. hahahahhahahaha
Mama Amirul berkata…
errrr...
ada ye yang buat camtu...
pada saya memang tak patut lah kalo republishkan entry...
memanglah nampak macam selalu update blog walhal entry yang sama...
he he he...setakat ni tak buat lagi...auto-published adalah... *_^...

bergantung jugak kot bang? tengok pada sorang2 blogger tu... maybe diaorang ada sebab musabab diaorang yang tersendiri... hu hu hu...
Sukma berkata…
haha...info yg bagus...terkena gak...
Mia Kassim berkata…
Baru tau pasal ni.....huhu
Mmg setiap benda tu ada kebaikan dan keburukkannya...
Unknown berkata…
Gua re-publish gune tarikh asal entri tu cuma ubah mana-mana link yg broken saja :)
Bin Muhammad berkata…
Salam Tuan YB HI,
Selalu juge buat...Kadang2 entri lama2 yg relevan di republish semula. Memang trafik berganda dan berjaya menambah capaian atau dikesan oleh rakan2. Tidak salah tapi jgn keterlaluan sehingga entri yg sama di republish berulang kali berhari-hari!!

p/s: Tuan xambik borang pencalonan ke? Cepat sblm kehabisan :D
Athirah Farah berkata…
setiap ape yang kite buat pasty ade kebaikan dan keburukkan nya kan..hurrmm... so...pikir dulu sebelom buat.kkannn.??
Unknown berkata…
ooooo..sy baru thau..thanks atas sharingnya
nk jugak try..kahkahkah
Tanpa Nama berkata…
heheheehe..teknik yang ok juga ..tapi kathy belum pernah aplikasikan lagi..copy paste ke blog kathy yang lain ada la..koz ada rakan blogger tak follow g blog kathy yang lain..dengan cara tu je kathy harap ada pembaca yang baca entri tertentu ..contohnya entri segmen kathy..
Carlos Santiago berkata…
satu tips yg bagus. kdg aku main publish je. dlm sejam tu, 2 post. lepas ni mlm boleh republish untuk reader malam.
Cikrosecute berkata…
rajin betul cik hanif...
Blog Santai berkata…
kadang-kadang ada artikel yang bagus dalam blog mungkin di update kembali untuk tujuan berkongsi dengan yang belum pernah view that artikel..itu ok kot..tapi kalu tujuan nak dapatkan traffic tu rasanya macam tak best sikitlah..especially kalau dalam masa one day republish a few times..hmmm
Unknown berkata…
belum pernah terfikir nak buat pun. Tp re-publish pun tak apa kut.
Unknown berkata…
macam-macam cara orang guna sekarang ni kan..hmmm.

jemput join first GA saya.=)

http://wanaowen.blogspot.com/2013/04/first-giveaway-by-wana-owen.html
ada gak kat satu blog tu selalu gak guna style gini.. sekali-sekala ok kot
Misterie87 berkata…
Jangan timbul masalah lain di webmaster tools and Google Analytic sudah.
Teacher Basariah berkata…
janji ada post..ye tak?huhu
Miss Syahbanu berkata…
mmg x pernah buat cara mcm ni..hehe tapi xde masalah kot guna cara ni jnji blog berupdate hehehe
afzalsukasuki berkata…
ok2 aku baru faham, maknanya dia hanya update entry yang sama berkali2 la ye?dengan harapan entry dia akan sentiasa berada di atas bloglist kengkawan lain?

aku tak pernah lagi buat macamtu..dalam tempoh 2tahun lebih ni, baru aku tau cara ni kihkihkih
Sya Isya berkata…
belum pernah buat lagi teknik ni kat blog Sya. kalau tak berupdate maka tak berupdate lah. hehe
wantie berkata…
so far tak pernah buat. tapi rasanya kalau buat pun tak pe kot.

Azlan Strider berkata…
kalau copy paste entry tahun lepas and paste balik arini kira republished gak ke tu??aku tak pernah try buat cam ko ckp lg..hehehe

Regards,
-Strider-
haryati berkata…
kdg2 buat camtu gak..hihi takde mslh pun tp tak lebih dr 2 kali sehari la... tp kita pun tak bley la nak sekat kehendak diaorg sbb blog tu diaorg yg punya...
Mawardi yunus berkata…
info yang bagus bro... terima kasig sebab sudi kongsi.. pnh jugak wt bnda ni sbb nkkn trafik hukhukhuk
Unknown berkata…
macam tu pun boleh ke =)
Unknown berkata…
ek.. siyes 1st time tahu...*ish3 jahilnya daku :P
tapi siyes tq bro hanif sebab..... selalu kasik tips vavabomm.. sy byk belajar dr sini jugak, terrrbaiiikk :D
Ina ZaLinA berkata…
ooo ada juga yang buat mcm tu.. setakat ni cik ina belum lagi..
apa pun ada pro dan kontra
hehehe
Adam Hakimie berkata…
blogger platform setkan permalink mengikut bulan dan tahun. oleh itu 'republish post' dalam bulan yang berbeza akan menyebabkan 'broken link' jika entri itu pernah diping dimana2 social sharing atau ping aggregator service. ^_^
Adam Hakimie berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MyFreeMinded berkata…
ada gak camtu ye... betapa ketinggalannya ambo ni..
OKje berkata…
Kuak tipu mu....hehe Baca dgn slang kelate deh!