Berblogging Kerana Nama

Berblogging Kerana Nama

Salam satu blogger. Kejap lagi nak full swing blogwalking. Lama betul tak blogwalking..kikikiki. Alasan yang sama...masa mencemburui aku...

Tempoh hari aku ada berborak dengan rakan aku. Dia tanya aku kenapa berblogging?

Aku jawap aku berblogging kerana wacana blogging ini adalah tempat aku keluarkan idea....selain itu ilmu...dan baru2 ni nak gain sikit duit..kikikiki.

Member aku jawap semua blogger blogging ini kerana nama. Aku tersentak..oiiiii... Aku tak pikir pun nak berlagak bila berblogging. Blog aku pun bukan femes.

Dia beri perumpamaan manusia mati meninggalkan nama. Sebagai blogger...segala entri kita akan kekal di dunia sesawang. Betul tak?

Andaikata kita tiada didunia ni. Anak-anak cucu kita boleh melihat entri..gambar kita..
Selagi dunia sesawang ini ujud selagi itu nama anda kekal untuk rujukan beberapa dekad.

Wah!!!!! Dalam juga member aku berfikir ni..hihihihi.
 
Tapi bila difikirkan sejenak betul gak. Satu hari nanti bila anak-anak dah besar. Dia boleh melihat dan mengenal diri kita melalui entri kita.

Mereka juga boleh melihat gambar-gambar masa mereka kecil. Tak macam kita dulu...sedikit ajer gambar masa kecik. Kalau ada pun alahai lusuhnya..hihihi.

Kalau lagi tragis...cucu-cucu kita pun melihat masa atuk atau nenek mereka muda yang hensem dan gedik dulu...hihihi.

So aku rasa aku berblogging kerana nama.kikiki.

Itulah kelebihan menjadi blogger. Satu teknologi yang diluar kelebihan.

Catat Ulasan

13 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
betul jugak kan?teknologi semakin canggih,banyak cara untuk anak dan seluruh keturunan kita pada masa akan datang melihat jati diri datuk nenek atau pun moyang mereka melalui penulisan kita di masa ini. so,sebagai blogger sepatutnya kita tinggalkan 'sesuatu' yang baik untuk tatapan anak cucu cicit kita di masa depan. tak perlu bersusah payah mengukir batu bersurat lagi..hehehe..
Unknown berkata…
memang jauh dan dalam pemikirannya.. agaknya.. macam mana la reaksi anak cucu bila tengok blog atoknya ni nanti :D
Izzat Eshak berkata…
Kena buat perumpamaan baru ni :
Harimau mati meninggalkan belang,
blogger mati meninggalkan nama :)
Lieza Nordin berkata…
sy blogging sbb isi masa lapang..hek88.. :)) n rasa best bila dpt kenal rmai blogger :))
Aimacomel berkata…
hiii, nama saya aima. jangan lupa baca blog babycomel eh. sebab saya pun berblog kerana nama jugak. hehehehehe, (kemain nak promot diri sendiri) keke

saya pun org tak kenal. blog apatah lagi.jadi saya blogging mmg bukan kerana nama. kalau sebab anak bini, rasanya tak kot. malu kalau mereka baca blog kita. rasa segan pulak :)
haryati berkata…
blogging hanya tuk suke2..sama cam hanif gak, tempat tuk luahkan idea, cerita....
FaizalRSD berkata…
Berblogging kerana nama tu tak la kot,mungkin secara sipi2 je.Saya lebih suka istilahkan aktiviti berblogging ni sebagai perkongsian ilmu/maklumat yang mungkin orang lain tak tahu.Merepek sikit2 u biasalah,heee!
Tanpa Nama berkata…
ada jugak yang blogging sebab nama...

tapi bg aku blogging hanya untuk berkawan

dan bercerita...

dengan gaya tersendiri kan?
Kimi berkata…
Kalau dah femes, mesti orang tahu cara penulisan kite.
Bin Muhammad berkata…
Salam Tuan HI,
Betul...nak tak nak, kita tidak dapat menafikannya. Sebaba itu kita kena berkongsi sesuatu yang bermanfaat di blog. Ajal maut xsiapa tahu... Semoga blog dapat menjadi saham di hari kemudian dan buat panduan dan kenangan generasi akan datang :)
Izzuddin Fauzi berkata…
Bloging kerna nama ada ada baiknya - terutama dalam menjadikan blog sebagai portfolio :)
MyFreeMinded berkata…
betul jugak kan.. kalau sebab "nama" itu, memang setuju lah, tapi kalau "nama" yang maksudnya glamer, idok le teman... blog pun tak terkenal langsung, hahaha
OKje berkata…
Bukan kerana nama kot...berapa kerat je yg kenal pun kalau kerana nama....
Tapi kerana nak buat diary!