Berjaya Kahwin Suami Impian

Berjaya Kahwin Suami Impian

Suami Impian
Pada 2009, seorang pelukis menghasilkan karya memaparkan sepasang kekasih sedang bercinta sebagai tema kerja tangannya.

Empat tahun kemudian, Chloe Mayo, 31, benar-benar mengahwini lelaki yang mempunyai wajah mirip dengan imej khayalannya sebelum ini. Menurut Chloe, ketika dia menghasilkan lukisan itu, dia tidak mempunyai teman lelaki, sebaliknya secara spontan melakarkan imej dirinya dengan seorang lelaki yang wujud dalam khayalan.

“Saya tidak memikirkan sesiapa ketika itu,” katanya. Selepas menyiapkan lukisan berkenaan, ia kemudian dibiarkan berhabuk di sudut ruang tamu rumahnya. Untuk mencari pasangan, Chloe menyertai laman mencari jodoh yang diuruskan secara dalam talian dan akhirnya berkenalan dengan Michael Goeman.
Suami Impian
Dua bulan kemudian, mereka bertemu dan Chloe terkejut melihat Goeman, 30, saling tidak tumpah seperti lelaki dalam lukisannya. Kata Chloe, bagi mengelak ditinggalkan Goeman, dia menyorokkan lukisan itu di bawah tilam dan hanya menunjukkannya selepas benar-benar yakin hubungan mereka akan berpanjangan.

“Nasib baik Goeman tidak tawar hati dengan lukisan itu dan kami terus menjalin hubungan selama 18 bulan sebelum dia melamar saya ketika kami bercuti di selatan Perancis,” katanya. Tiga tahun selepas bertemu, Chloe dan Goeman akhirnya berkahwin dan lukisan itu mendapat tempat istimewa di ruang tamu rumah mereka di Worcester Park dekat Croydon di Surrey.

Kata Chloe, dia berpindah balik ke Britain selepas menghabiskan masa bekerja di Australia pada 2009. “Ketika itu saya nampak rumah saya perlu diberi kesegaran baru

Catat Ulasan

11 Ulasan

Sheila Salim berkata…
tak sangkakan. sama pulak :)
Unknown berkata…
woahh..takdir menentukan..
jodoh yg x disangka..=)

*nk lukis muka si jejakan impian jugaklah..mna taw..=P
Unknown berkata…
Mungkin dia dah lama mengimpikan lelaki yang berciri macam tu.. last2 dapat jgk..
Tanpa Nama berkata…
wah...tercapai juga hajatnyer...
my notes berkata…
saya pernah mimpi ttg seorang lelaki lengkap dgn nama dan taraf pendidikannya sebelum saya berkenalan dengannya . saya baru sedar perkara tuh bln lepas bila terjumpa diari lama ... hahahaaa ... kan dah terbongkar !
Unknown berkata…
tak sangka impian dia terlaksana..... tergambar dikertas..... terzahir di alam nyata.....
Sukma berkata…
suratan atau kebetulan...
wantie berkata…
owh..sungguh tak di sangka sangka..

dulu kini dan selamanya hanya pandai lukis orang lidi je. sib baik tak kawin ngan orang lidi. kikikikik...
Harun Ar berkata…
Wah.... impian yang benar-benar terwujud
Alangkah bahagianya
Tanpa Nama berkata…
ilham dari tuhan...
OKje berkata…
Dah kata jodoh...